Friday, July 10, 2015

Video: Kisah Seorang Pengemis Graduan. Tak Disiarkan Di TV3

 
KUALA LUMPUR: Satu ucapan berkisarkan kesengsaraan golongan muda yang disampaikan oleh seorang anak muda di hadapan pemimpin tertinggi negara menjadi trending di media sosial.

Ucapan tersebut yang disampaikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Zahra, 23, yang merupakan graduan ijazah undang-undang mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia yang kagum dengan keberaniannya menyampaikan ucapan sedemikian rupa.

Ucapan yang disampaikan oleh Zahra berkisarkan kesengsaraan anak muda zaman kini yang terpaksa 'survive' untuk hidup di negara sendiri. Ucapan itu disampaikan di sidang 'Laporan Sosio-ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi' yang berlansung pada 17 Jun tahun lepas.

Video ucapan terbabit dimuat naik oleh MTEM pada 7 Julai lalu.

Belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga,” kata Zahra dalam ucapannya.
Apabila saya diminta untuk bercakap di pentas ini, di hadapan timbalan perdana menteri, inilah peluang untuk saya suarakan luahan hati generasi saya.
"Saya tahu saya tidak bersendirian kerana ramai kawan-kawan saya turut terseksa,” kata Zahra.

Ucapan tersebut disudahi dengan ayat "Saya Zahra dan sayangkan Malaysia". Di media sosial, ucapan Zahra menjadi topik hangat terutamanya dalam kalangan pengguna Twitter. Mereka menzahirkan kekaguman terhadap ucapan tersebut dengan hashtag #SayaZahra. Kebanyakan mereka bersetuju dengan Zahra. - Siakapkeli.my
 

Nama Saya Zahra Dan Saya Sayangkan Malaysia - Rakaman Yang Tak Disiarkan Di TV3

2 comments:

Anonymous said...

Setakat jadi penghibur majlis dan memenuhi cita rasa urusetia.Balik dari event tak siapa yang peduli.

Anonymous said...

Selagi seseorang itu sibuk berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu atau apa 2 bangsa, wajar pendokong dan penyokongnya jadi PENGEMIS, kerana NABI tidak mengakui sebagai umatnya bila berjuang demi bangsa. Kini ramai dah jadi PENGEMIS BRIM..... Untung 2 lepas negara BANGKRAP dan kita semua bermula semula membangunkan ekonomi dan politik secara yang lebih baik tanpa BN....

TAK TAHU LAH PULAK KALAU SAMPAI TAHAP NEGARA DAH DI BANGKRAP KAN OLEH BN..... RAKYAT YANG MASIH BERJIWA PENGEMIS AKAN TERUS MENYOKONG BN.... DEMI NAK KAN RM500/= BRIM.

(DR.G)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails