Wednesday, July 15, 2015

Wakil Rakyat Kumpulan Progresif Bukan Wakil DAP/GHR.. Letak Jawatan. -Dr Mahfodz


Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berharap pemimpin progresif parti itu yang berhasrat meninggalkan mereka tidak lupa pada sokongan anggota. Katanya, ini termasuk anggota PAS yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Beliau mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang lapor Harakahdaily.

“Jangan tuan puan lupa dengan sokongan ahli-ahli PAS yang bekerja keras siang dan malam serta wang ringgit yang disumbangkan bagi memenangkan anda selaku wakil rakyat PAS, maka kerjaya kamu sebagai ahli parlimen dan ADUN bukan hasil titik peluh kamu sendiri.
“Tetapi hasil sokongan dan dukungan daripada semua pihak daripada Tuan Guru Presiden dan pimpinan tertinggi parti dan seluruh ahli-ahli PAS,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Mahfodz justeru menyeru mereka meletakkan jawatan jika mahu meninggalkan PAS bagi mengelakkan “pendapatan syubhah”, yang akhirnya memberikan kesan kepada ketenangan hidup dunia dan akhirat.

"Seruan ana kepada wakil rakyat di Parlimen dan ADUN secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletak jawatan kerana tuan-puan adalah wakil rakyat bukan wakil DAP mahupun Gerakan Harapan Rakyat,” katanya. (IH)

16 comments:

Anonymous said...

Menggelupur lagi.

Aku akan pastikan undi aku dan isteri bukan untuk PAS lagi.

Cukup cukup sudah.

Anonymous said...

Kerana kamu bukan orang pas. Kalau pas asli, apa jadi pon tetap undi pas.

Anonymous said...

Ya...aku pun gitu.
PAS sudah ketinggalan kebekakang...

Tiada lg undi utk PAS

Minta sahut cabaran Dr Mahfus tu....

Anonymous said...

macamana pulak dengan wakil wakil PAS yang bertanding di peringkat parlimen dan DUN dan kemenangan mereka adalah kerana mendapat undi dari pengundi cina DAP,pengundi dari PKR dan pengundi atas pagar saperti saya..tujuan memberi undi adalah atas dasar tahalluf siasi yang diputuskan olih pimpinan dengan tujuan untuk mengambilalih Putrajaya..tidakkah mereka juga mengkhianati pengundi yang bekerja keras siang dan malam tanpa mendapat imbuhan malah mengeluarkan wang dari poket sendiri..adakah mereka juga secara anak jantan akan meletakkan jawatan..

Anonymous said...

pas t!


Anonymous said...

DAP dan PKR pun kena la letak jawatan kalu camtu sbb dulu aku pun undi DAP dan PKR.. ada bran ke??
Statement anda kurang cerdik..

Anonymous said...

Ni mangkuk berserban!!! Tuang Hadi tu ponteng mesyuarat2 tu tak syubhah ke? Rasanya pelancaran tabung uncang bergerak derma pilihanraya yang dilancarkan oleh mat sabu dan pemimpin2 lain sekian lama dah boleh dah cover semua perbelanjaan semua pemimpin berwakil rakyat yang nak tubuh parti baru.

Harap tuang hadi rasanya orang hanya tinggal paper alas punggung di padang ceramah saja.

Anonymous said...

Kesihan.. anda ingin berhujah tp kurang ilmu dan kurang membaca.. anda sorg je yg faham apa yg anda tulis

Anonymous said...

Yelah aku kurang ilmu sebab aku tak ambik pil kuda.

lagu tu laa said...

ada cacing2 kepanasan.kesian cacing2 tu tak pasai2.aku tengah posa ni!

Anonymous said...

Tapi aku tahu haji hadi pada hari perbentangan belanjawan dia pergi London, sedangkan kewajipan dia sebagai wakil rakyat di Parlimen adalah hadir ke Parlimen... itu lebih utama. Aku juga tahu baru2 ini ketika parlimen bersidang dia ke Jepun siap makan mi jepun sekali.... mana lebih utama? Kenapa perkara ini mangkuk berserban tidak sebut tentang pendapatan syubhah? Tak boleh tegur ye sebab dia ulama besar TIMBALAN PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA? Hakikatnya aku tahu dia cuma antara 3 orang NAIB PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA.... aku kurang berilmu.

Anonymous said...

HEBAT ilmu mung tu sbb tu lojik buat FITNAH pilkudo komunis BARUA & broka hok ikut sapo?

HEBAT ilmu mung belajar hok Yahudi ko buleh putar konar langgar monteng halal sokmo

HEBAT ilmu tu hok C4'Tantuya 1'MDB Felda rasuah puloh ratus billion hok puji sokong gilo

HEBAT ilmu tipu takleh lawan bilo pindaan RUU yg buleh dpinda2'OTAK beruk, mung royat hudud

HEBAT ilmu buleh khianat FITNAH belako...hok guno siku LUTOT elok belajar walaq rama2

Anonymous said...

kalau ahli PAS yg berkorban masa wang ringgit dn tenaga utk memenangkan kumpulan GHB yg dr mahfoz risaukan, maka mereka itu juga wajar meninggalkan PAS dan menyertai GHB

malah perwakilan yg mengundi GHB dlm muktamar juga wajar mengikut pemimpin GHB dan keluar dpd PAS

kalau tuang presideng yg juga menyokong pemimpin GHB utk menang pilihanraya yg dr mahfoz risaukan, maka uang presideng juga wajar menyertai GHB..... sebagai ahli biasa.

utk dr mahfoz, ana tktau dia undi siapa dlm muktamar? hanya yg sokong cai saja perlu kekal dlm PAS

fair n square

Anonymous said...

Terpulang lah nk pilih mana satu... yg hang dok kalut sgt pasai apa? Bila baca komen hang mcm harapan baru yg hang dok sgt melobi tu tinggal harapan..dok kalut semacam..

Anonymous said...

9.58 ni ternakan haji hadi yang nombor berapa?

Haji Hadi ada kandang eya eya oooo,
Dalam kandang ada no 1 eya eya oooo,
Kok kok auk auk groh groh pap pap....
Haji Hadi ada kandang eya eya oooo.

Anonymous said...

Kenapa puak ustad ni bengap2... KENAPA DIKAIT DGN DAP. puak ni sebijik mcm umno... mapuh kerah chokeng blako....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails