Thursday, July 23, 2015

Wayang Cerita Romen, Penonton Diberi Kemudahan Beromen, Mufti Sanggah 'couple seat' Di Perak.


HALAMAN HIBURAN
SERI ISKANDAR: Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) mengambil langkah mempamerkan notis larangan penggunaan kerusi berkembar atau "couple seat" bagi pasangan bukan mahram yang belum berkahwin.

Pawagam yang terletak di Seri Iskandar itu mengeluarkan notis berkenaan atas arahan dari pihak pengurusan pawagam atas nasihat dari Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi dua tahun lalu.


Menurut satu laporan dari Astro AWANI, pawagam tersebut adalah satu-satunya pawagan di kawasan tersebut dan pengunjungnya adalah mereka dari sekitar daerah Perak Tengah. Memandangkan Seri Iskandar menjadi kawasan tumpuan golongan generasi Y berikutan bandar itu menempatkaninstitusi pengajian tinggi, tidak hairanlah pawagam itu menjadi tempat untuk pelajar-pelajar mendapatkan hiburan.

Pawagam LFS mempunyai 12 kerusi berkembar dan tujuh bilik pawagam. Rata-rata pasangan yang sudah berkahwin ketika ditemui oleh tinjauan Astro AWANI berkata ia(notis larangan) adalah langkah yang terbaik bagi mengekang gejala sosial dari berleluasa dalam kalangan generasi muda. Lain pula bagi golongan belia, ramai dari mereka yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

"Bagi golongan belia, ramai yang berkata ianya tidak wajar dan pengunjung wajar diberikan kebebasan dalam menilai tingkah laku dan berfikir secara matang.‎", kata laporan terbabit.

Mengulas perkara terbabit, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahukan operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah.

"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apakah lagi duduk di kerusi bersama itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.
"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambahnya lagi, kemudahan-kemudahan yang boleh mendatangkan maksiat tidak harus di gunakan atau dipromosikan kepada orang ramai.

"Harus ganti dengan kemudahan lain, cara lain. Pihak berkuasa juga wajib melihat isu itu secara serius dan jadi penggalak maksiat kepada umat Islam terutamanya.
"Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.
"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini semua terjadi," Demikian pandangan Mufti.

Tahniah Mufti yang tegas demi membina generasi Islam Malaysia. Al-hamdulillah. (IH)

4 comments:

  1. Lekeleh..cakap je pandai. Kau yang pegi bakar quran sampai hilang pedoman orang tu lagi hina dari peromen tu. Bangga pulak tu campak kat Lumut. Bodoh taknak pikir, itulah punca kenapa orang sekarang bebas bila mufti sendiri yg ubah pedoman agama. Dibacanya kitab hadis banyak2. Memang ramailah ikut nafsu. Quran mufti punya gang la yg pegi ubah. Kau tak payah wayang la mufti. Akibat tindakan kau lagi keji dan buruk kesan akibatnya dari penzina. Memang patutlah ahli kitab ni dilaknat Allah Taala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ko ni kuat beromen.. sbb tu marah marah..

      Delete
    2. Apahal lak. Kuat beromen la cool. Cuba bini kau ajak romen kau tak bagi? Tak berangin dia kang tak dapat kotey. Kau mesti tak penah beromen tu yg kau tak paham.

      Delete
  2. MUDAH SAHAJA GANTIKAN 12 KERUSI BERKEMBAR DENGAN KERUSI STANDART HABIS CERITA. APA NAK KUTUK-KUTUK LAGIPUN ANAK DARA KORANG BUKAN NYA SUKA PUN DUDUK KERUSI BERKEMBAR TU KAN anon .... ki ki ki ki

    ReplyDelete