HALAMAN HIBURAN
KETIKA orang ramai didakwa mengharapkan kemunculan seorang perdana menteri baru, apa yang berlaku adalah pertukaran timbalannya dan menteri baru.
Menulis sebaris ayat dalam Facebook, Aishah mencatat:
“Minta tukar perdana menteri, dapat timbalan menteri baru. Mungkin mesej rakyat belum jelas lagi.”
Kira-kira dua jam kemudian Aishah mencoret lagi:
"Patah tumbuh hilang berganti...yg patah pun jahanam yg ganti pun hampeh...yg seksanya rakyat!!!"
Tengah hari tadi Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet dengan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri.
Turut digugurkan ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).
Sebelum ini Aishah - bekas calon PAS dalam pilihan raya umum lalu - memuat naik statusnya yang mencadangkan supaya kajian dibuat untuk mengetahui berapa ramai rakyat Malaysia mahukan perdana menteri baru. (Sedutan dari Malaysiakini)

1 comment:
Kenapakah masih ada menteri2 yg tak tahu malu masih mahu mempertahankan NAJIB.
Apa kah kerana jawatan. ..duit. ..atau mahu menjaga nama maka sanggup memperjudikan nasib dan harta rakyat.
Post a Comment