Thursday, July 30, 2015

Zahid Dicabar, Jangan Hapuskan Judi Haram Bagi Negara Saja, Tetapi Tidak Yang Haram Bagi Islam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar supaya jangan menghapuskan atau memerangi premis judi habis-habisan yang dilarang pemerintah sahaja, tetapi libatkan juga prenis-premis judi yang ditaja pemerintah tetapi tetap haram di sudut Islam.

Demikian dinyatakan oleh weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi.

"Di Malaysia ada dua jenis judi, satu judi yang dilarang oleh negara, satu lagi yang dilarang oleh agama, terutamanya agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan.
"Contohnya, judi TOTO, judi bola, lumba kuda Empat Nombor Ekor, pusat judi di pusat-pusat peranginan dan lain... Yang ini kerajaan jaga, 'halal' bagi negara, walaupun haram dari sudut Islam.
"Berdegar-degar kerajaan akan bertindak tegas, bahkan memberi jaminan, tiada pihak yang akan terlepas jika memberikan perlindungan kepada premis perjudian yang hanya dilarang oleh pemerintah saja." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Sebelum itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas bergelar timbalan perdana menteri, yang juga menteri dalam negeri turut mengingatkan ketua polis di setiap negeri agar memastikan premis judi di kawasan mereka dihapuskan 100% berkuatkuasa semalam.

"Saya ingin memberitahu bukan sekadar amaran.
"Mana-mana pegawai dan anggota polis, individu sama ada mewakili organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu, memberikan perlindungan kepada rumah judi ini, mereka tidak akan pernah terlepas daripada tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%," katanya ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur malam ini.

"Tahniah Timbalan Perdana Menteri baru, mengenai penghapusan judi. Tapi biarlah penghapusan kepada semua jenis judi, bukan yang di'haramkan'oleh negara sahaja." Jelas Dr Hj Mohd Hasyim lagi.  (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Saya bersetuju dgn Tuan Ibnuhasyim..

Ibnu Hasyim said...

T. kasih atas sokongan moral tuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails