HALAMAN HIBURAN
BEKAS pelakon drama Gerak Khas yang popular dengan watak Inspektor Aliza, Abby Abadi sah bergelar isteri kepada seorang wartawan Harakah, Muhammad Faizal Zakaria hanya dengan sekali lafaz, hari ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 38, dan Muhammad Faizal, 41, bernikah di Masjid As-Sobirin, Hulu Kelang dalam suasana meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai pasangan mempelai.
Bekas anggota Elite itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta hantaran senaskhah al-Quran. Menurut Abby, keperibadian suaminya itu menawan hatinya malah Muhammad Faizal mempunyai sifat-sifat yang boleh melengkapi kehidupannya.
"Dia seorang yang tenang," kata Abby selepas majlis akad nikah petang tadi.
Bagi Muhammad Faizal pula, sifat keibuan Abby begitu memikat hatinya hingga dia terbuka untuk menerima kehadiran Abby dan menyunting Abby sebagai isteri. Pasangan ini memilih untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun berkenalan dan mengharapkan kebahagiaan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Kemudian, Abby mendirikan rumah tangga dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar namun bercerai pada Jun tahun lalu.
Sebelum ini, Abby memaklumkan mengenai perkahwinannya dengan Muhammad Faizal melalui laman Instagram. (SH)
Maka menangislah syaitan.
Video:
4 comments:
syaitan kalah kalau sudah halal
semoga bahagia
Tahniah abby n faizal. Moga bahagia. Kena cepat dapat anak tau. Baru meriah. Insyaallah
Abby pun dah lama tk hamil. Kalau hamil mesti anaknya comel mcm ibunya. All the best for abby. Tahniah abby moga bahagia
Post a Comment