Friday, August 14, 2015

Banyak Jasa Pas Kepada Saya, Luah Mat Sabu.

SHAH ALAM - "Saya nampak jasa Pas lebih banyak daripada jasa saya pada Pas, itu saya terima kasih," demikian luahan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohammad Sabu ketika diajukan mengenai kenangan beliau bersama Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut mengakui meninggalkan Pas bukan satu keputusan yang mudah dalam hidupnya.

"Bagi saya Pas tinggalkan saya satu perjuangan yang besar... tetapi saya perlukan platform baharu untuk melakukan lonjakan baharu, sebab kita banyak ketinggalan dengan cara sekarang," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

Sementara itu ketika ditanya adakah Pas tidak menyediakan platform seperti yang beliau kehendaki, Mat Sabu berkata, ruang itu tidak wujud.

"Saya nampak tidak boleh, saya nampak pelantikan Majlis Syura tidak ke arah untuk membuat pembaharuan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai masa depan Harapan Baru dalam arena politik tanah air, Mat Sabu yakin Harapan Baru akan menjadi satu parti yang kuat.

"Saya yakin seyakin-yakinnya," ujarnya.

Harapan Baru yang dilancarkan pada 13 Julai lalu dilihat bakal mewarnai kancah politik di negara ini.

Malahan, pertubuhan ini dikatakan mahu menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0. (SH)

5 comments:

Anonymous said...

Jasa DAP lagi besor. Dapat 'jawatan dalam kerajaan negeri sampai hilang minat dengan hudud sebagai upah kenang jasa.

Anonymous said...

mat sabu adalah org Pas pertama yang hilang jawatan dlm kerajaan negeri Pulau Pinang kerana Pas tolak DAP. dari atas sampai bawah, tak habis2 dgn fitnah dan mengutuk. dgn UMNO, blh berbaik pulak sedangkan yang sedang menghancurkan negara adalah dari puak2 parti tersebut.

maae said...

Harapan baru selari kristianisasi dan pluralisma, untuk apa ? Lihat sahaja "New Hope.." dan logo GHB ini sendiri !

Malaysia sudah wujud dalam acuan nya, berperingkat, sehingga Melayu itu berupaya maju dan berjaya berpendidikan maksima. Dari sifar tenaga doktor, jurutera yang di sisih UM pada awal nya, sehingga tertubuh institusi pengajian tinggi setanding, selaras wujud nya UKM, kini pembelajaran meliputi ekonomi, teknikal, latihan warga kerja berkemahiran asas hingga ke peringkat tertinggi dan telah menjangkau kemajuan dinamik, progresif selaras kehendak kita. Malah dalam aliran agama sendiri pun sudah di wujudkan saluran bestari/ulul al bab ! Pendidikan pondok sendiri sudah mula berubah kepada 'kilang' daya insan yang berprestasi tinggi boleh menceburi apa saja bidang ! Mandiri.

Cuma pengaruh politik menjadikan sebahagian generasi pelapis kekal menjadi jumud dan tidak boleh mentafsir secara berhemah, bijak berfikir di luar kotak yang berpaksikan kebenaran Yang Satu. Mereka masih bersimpuh, terperangkap dalam pengaruh musuh-memusuhi dan sentiasa berprasangka buruk terhadap bangsa nya sendiri yang tidak sealiran cara mereka..

Tiada bangsa, wujudkah Islam ? Itu kenapa Al Quran di turunkan dalam bahasa Arab, di dominasi keturunan Arab agar Yahud dan Nasara terdahulu beragama langit itu tidak boleh menuntut secara mutlak "di atas kedegilan, keingkaran mereka - untuk dengar dan patuh sujud kepada Allah SWT dan para Nabi-Nabi Nya ! " Maka Surah Al Baqarah itu pangkal pokok nya yang bertunjangkan Al Fatihah dan di akhiri zikr Al Fatihah juga menjangkau tinggi hingga ke Arasy Yang Esa. Kunci nya "La-illah-il-Allah"

Harapan apa lagi ? Ingin menjadikan Melayu itu murtad seperti kebanyakan di negara jiran ? Agama Islam tidak menjadikan penganut nya jahilliah. Agama jelmaan manusia itu lah membawa manusia berkait rapat amalan syaitan ! Ilmu dunia dan Islam itu selari peringkat amalan dan status. Ada kah sama tidak berilmu dengan berilmu ? Ada kah sama yang tidak beriman dengan yang beriman ? Ada kah sama sijil, diploma, ijazah dan seterus nya peringkat tertinggi ? Itu kenapa juga kita wajib hormat menghormati dalam budaya ilmu yang berakar umbi malah mewujudkan ketamaddunan seperti terlakar nya sejarah Islam, sehingga kini.

Menjadi Islam itu mesti bijak mentafsir tipu muslihat halus musuh. Bukan menjadi taksub jumud dalam sasilah peradaban songsang, merelakan kebathilan yang mungkin sahaja wujud dari para umara dan ulama yang bathil / lagho !

Memang manusia di suruh memilih jalan yang lurus. Malah jumud dan dan membawa bidaah kufur bukan amalan Nabi Muhammad, memang terkeluar dari jalan lurus, wajib nya di tolak !

Walhal, bidaah baik itu, menjurus membawa kebaikan. Apa yang terbaik, secara terekod, Itu hak kita ! Atas izin Allah jua. Jaga lah amanah ini dengan cara terbaik. Wujud lah kita. Wujud lah Islam. Lain nya Urusan Allah SWT.

Anonymous said...

Pimpinan baru pas dipilih secara chai. Maka lahirlah ulamak chai. Tidak wibawa. Tk boleh baca realiti semasa. Label org lain dgn munafik, jebon, broker, barua dll. Sendiri hampas. Dulu hadi cadang UG dgn umno. Dia dimarah oleh nik aziz. Now hadi dah suka dgn najib. Haha. Dah lupa amanat hj hadi tahun 1981 di banggol peradong?

Anonymous said...

Pimpinan baru pas dipilih secara chai. Maka lahirlah ulamak chai. Tidak wibawa. Tk boleh baca realiti semasa. Label org lain dgn munafik, jebon, broker, barua dll. Sendiri hampas. Dulu hadi cadang UG dgn umno. Dia dimarah oleh nik aziz. Now hadi dah suka dgn najib. Haha. Dah lupa amanat hj hadi tahun 1981 di banggol peradong?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails