Saturday, August 29, 2015

Bersih 4.0: Pusat Beli Belah Tak Tutup, Ada Jualan Murah Pula!


PUSAT beli belah utama yang terletak dalam lokasi sekitar sasaran perhimpunan haram jalanan Bersih 4.0 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini, dijangka beroperasi seperti waktu biasa.

Memetik laporan portal The Rakyat Post, salah satu pusat beli belah antaranya Sogo tetap akan meneruskan perniagaan memandangkan jualan murah besar-besaran sempena pra-Merdeka sedang dijalankan.
“Jualan murah bermula semalam (Khamis) dan akan diteruskan setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sehingga Isnin,” kata seorang jurucakapnya yang enggan dikenali.
Sementara itu, pusat beli belah Pertama Complex yang terletak di sebelahnya juga dijangka beroperasi seperti biasa pada Sabtu dan Ahad ini sempena cuti panjang Hari Merdeka.
Jurucakap syarikat pengurusan kompleks belah belah itu, Uda Holding Sdn. Bhd. memberitahu, mereka tidak rancang untuk meningkatkan kawalan keselamatan semasa himpunan tanpa permit itu berlangsung.
“Ia akan beroperasi seperti biasa seperti tiada apa-apa perkara buruk berlaku di sini sepanjang perhimpunan yang pernah berlaku sebelum ini,” kata jurucakap terbabit.
Jelasnya, pengunjung pusat beli belah berkenaan juga tidak perlu berasa takut untuk datang membeli belah pada hujung minggu ini.
Difahamkan, pusat beli belah yang berada di kawasan sekitar seperti Maju Junction Mall dan sepanjang Jalan Sultan Ismail, juga dijangka beroperasi seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: The Rakyat Post

6 comments:

Anonymous said...

Dari tutup lebih baik bukak... yang mai pakai kuning tu manusia juga... makan minum mesti punya... perniagaan pasti berlaku.... duit masuk...yang datang ni bukan penyamun. Itu cara orang celik ekonomi... sesungguhnya duit jarang datang dalam bentuk derma berbillion.

Anonymous said...

Duit babi akan sentiasa berkeliaran di Malaysia kerana terdapat ramai yang memakannya dan tak kurang juga yang suka akan baunya. Salah seorang pengemar bau babi ialah Mat Sabu.

Unknown said...

Pascai bersuara umno. Memang pascai sudah dibeli umno. Utusan, berita harian tv1 tv 3 medium baru pascai.

Unknown said...

Pascai bersuara umno. Memang pascai sudah dibeli umno. Utusan, berita harian tv1 tv 3 medium baru pascai.

Unknown said...

Pascai bersuara umno. Memang pascai sudah dibeli umno. Utusan, berita harian tv1 tv 3 medium baru pascai.

Anonymous said...

Ibn Hasyim .tolong bagi tahu hadi supayaarahkan pengikit Pas janagn keluar lagi hari ahad ni.Pengikiut Pas duduk diam2 kat rumah jadi seperti kera sumbang.Masyarakat dah tak perlu kepada sokongan Pas lagi .Pas tak ikut perkembangan dunia.Pas kembali kezaman kuno.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails