Friday, August 28, 2015
DAP, PKR, GHB Bincang K'jaan Baru Dengan BN.. Kini Siapa Nak K'sama BN?
Pembangkang sedia berbincang dengan BN bentuk kerajaan baharu
Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baharu selepas desakan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin kuat.
Dalam kenyataan bersama hari ini mereka berkata, agenda teras pembentukan kerajaan baru tanpa Najib adalah perubahan politik dengan salah satunya adalah membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kini menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.
"Ahli Parlimen daripada DAP, PKR dan GHB bersedia untuk membincangkan cadangan oleh ahli Parlimen BN untuk membentuk satu majoriti menggantikan kerjaan Najib dengan perubahan politik sebagai teras agenda kerajaan baru.
"Pembebasan Anwar sepatutnya menjadi salah satu tugas sebagai usaha membentuk majoriti baru. Semua pendakwaa politik juga perlu dibatalkan," katanya.
Kenyataan bersama itu ditandatangani DAP Lim Kit Siang (Gelang Patah), Anthony Loke Siew Fook (Seremban), Teresa Kok (Seputih), Liew Chin Tong (Kluang) dan Teo Kok Seong (Rasah).
Daripada PKR adalah Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Johari Abdul (Sg Petani), Wong Chen (Kelana Jaya), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), dan S Manikavasagam (Kapar).
Ahli Parlimen mewakili GHB adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Khalid Samad (Shah Alam).
Katanya, mereka juga mencapai beberapa resolusi ketika mengadakan pertemuan di Parlimen semalam.
Mereka bersetuju menyokong Bersih 4 hujung minggu ini dan menggesa Najib serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak ada tindakan keras sepanjang himpunan.
Mereka juga akan mengambil bahagian dan Jawatankuasa Perunding Dana Politik jika isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib secara misteri oleh pihak luar didedahkan.
Syarat lain adalah bidang majlis itu akan diperluaskan kepada perubahan sistem pilihan raya dan jaminan kebebasan perlu diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Awal bulan ini, Najib mengumumkan jawatankuasa perundingan kebangsaan tangani isu pembiayaan politik bagi memastikan dana disalurkan secara integriti.
Namun pengumumannya dipandang skeptikal kerana dibuat ketika dirinya sendiri hebat dikritik dan dipersoalkan tentang derma RM2.6 bilion yang disalurkan daripada negara Timur Tengah. (TMI)
Jadi sekarang, siapa yang hendak kerjasama dengan BN? DAP, PKR, GHB atau PAS? Bincang kerajaan baru dengan BN.. Makin terserlah sudah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Tuan Haji
Dalam keadaan sekarang tindakan PKD, DAP dan GHB mengajak BN bekerjasama tak sama dengan kerjasama gelap yang dibuat oleh HH dengan UMNO selepas PRU 2008 untuk menubuhkan kerajaan UG dgn UMNO di Perak dan Selangor. Keadaan politik dan ekonomi negara masa itu tidak sama dgn sekarang.
Sekarang kita berkemungkinan besar akan berhadapan dengan malapetaka ekonomi dan politik yang besar jika Najib terus berkuasa. Ia adalah satu kerjasama untuk menyelamatkan negara kita demi masa depan anak cucu kita dari dimusnahkan oleh Najib.
Selepas PRU 2008 dulu, ancaman ini xde untuk menyokong tindakan sulit HH untuk berpakat dgn UMNO secara gelap dan sulit.
Sebemarnya negeri yang paling ideal untuk HH menrealisasikan impian UGnya ialah di Terengganu. Dengan sikap yoyo Ahmad Said sekarang, kedudukan UMNO dan PAS hampir seimbang, sama kuat. HH patut m3ngunakan kebijaksanaannya untuk mengajak UMNO Terengganu tubuh kerajaan unity dgn PAS. Tapi malang, HH xnampak peluang di negerinya yang dia sepatutnya memp7nyai pegaruh peribadi yang kuat tetapi s3bok untuk kacau di negeri2 yang dia tidak mempunyai pengaruh peribadi yang kuat seperti Selangor dan Kelantan.
Maaflah Pak Hasyim Pakcu masuk mencelah.
Sekali sekala Pakcu terfikir yang puak gabungan pembangkang ni kalu tadak untung mana dia sanggup bekerjasa dengan kerajaan. Apa lagi dalam suasana kalut ribut dan suasana tak menentu ni maka inilah peluang nak menangguk diair keruh.Apa lagi dikenakan syarat seumpama satu tawaran anak dara yang tak laku..tapi ditawar dengan berbagai syarat ..aneh...siapa yang mahu weh..jadi mungkin syarat tersebut akan tetap kekal sebagai anak dara tua yang tak akan disunting selamanya. Kalau disunting pun akan menjadi masalah pada rumah tangga kerana tak pandai memasak ikut selesa ....puak PKR, DAP dan GHB hanya minat masak tempoyak jah......selera lama yang tak berubah...walahualam.
Ada beza... antara satu parti tergedik-gedik nak bekerjasama dengan umno sahaja tanpa syarat yang jelas atas dasar Melayu Islam yang hanya diketahui beberapa pemimpin parti dan dilakukan secara senyap-senyap macam orang buat salah; dengan gabungan beberapa parti bercadang nak bekerjasama dengan barisan nasional dengan syarat-syarat tertentu atas dasar nasional yang dimaklumkan kepada ahli-ahli parti dan umum.
Apa2 sajalah labu.. terangkah, gelapkah, senyapkah.. yg pastinya kamu pkr & ghb hnya jd tukar angguk bila mursyidul am LKS bersuara.. cuba kalau TGHH yg bg statement begitu pasti bertahun2 kamu mengkeji dan mencerca beliau.. tahniah ghb kami dah tahu siapa dan apa matlamat anda..
Kena ikat hudung dgn DAP lah tu puak gabungan tuh.. sebabnya DAP takut PAS menang PRU14 dgn sokongan org melayu termasuk dari UMNO.. sbb tu suruh cpt2 anwar keluar dr penjara.. DAP takkan mahu punya calon PM dari PAS..
Kena ikat hudung dgn DAP lah tu puak gabungan tuh.. sebabnya DAP takut PAS menang PRU14 dgn sokongan org melayu termasuk dari UMNO.. sbb tu suruh cpt2 anwar keluar dr penjara.. DAP takkan mahu punya calon PM dari PAS..
Ha ha ha.
Lucu kisah 'anak dara tua yang tak akan disunting selamanya', dari Pakcu Rantau Panjang.
Bersangka baik dgn Allah setiap usaha kita.
If they can't joint us we joint them.
Setiap yg brlaku pasti ada hikmahnya. Kena yakin dgn allah. Kalau kita x yakin ertinya kita masih kurang sujud padaNya.
Yg penting aku bukan lagi yg akan memberi undi pada PAS....
Lebai2 buat buat dakwah lagi bagus...
Tubuh parti tapi tak bercita2 nak ambil urus pemerintahan, buang masa saja.
Presidennya mcm Yaser Arafat saja....berperang masa mudanya dgn israel....dah tua...boleh berpeluk2 dgn israel.
kerjasama untuk jatuhkan Najib.. adalah perkara kritikal sekarang.. puak PAS jangan lambat sedar dari tidur.. HH dan HD masih duk bela Najib.. sungguh memalukan.. politik mesti cepat bertindak.. cepat dan kena pada tempat.. kalau PAS masih pakai kaedah lama.. baik jadi ABIM je.. berdakwah tak payah masuk politik.. apabila orang Islam kecewa dengan pendekatan parti Islam.. jangan duk mengata orang lari dari Islam pulak... mereka tu cuaakkk dengan gaya politik bos-bos PAS.. nama je parti Islam... amalan lansungg melencongg..
Kuat sgt bc malaysiakini.... kenyataan hj hadi n dato harun din dh dimanipulasikan mereka.. aku tggu sampai bila la Pas nk bgabung dgn amno??? Tp ghb map pkr tkedek2 nk gabung skg ni. Mcm harammm......
KENAPA KERJASAMA ANTARA PKR DAP & GHB MENGAJAK BN UNTUK TUMBANGKAN NAJIB DAN WUJUDKAN KERAJAAN PERALIHAN ini di anggap sebagai UG versi pakatan rakyat 2.0 tanpa PAS...
Puak PAS kata hangpa nak UG boleh mai kami nak UG hangpa kata tak boleh....mana adil macam nie...
Pada aku sebenarnya memang tak boleh sebab hangpa pie bincang sorang2 tak bawa kawan2 pie bersama....
Bila pie sorang2 dia dah kira kot lain sebab boleh menimbulkan prasangka....jika dilihat dari segi persepsi macam2 perkara akan diperkatan untuk menimbulkan fitnah...
Ia berbeza dengan pie membuat tawaran dalam satu pakatan iaitu PKR DAP & GHB... bila dah ditetapkan ketetapan bersama maka turunlah berpencak bersilat atas nama bersama....dan jika ada masalah hadapilah bersama....
dan perkara ini boleh dilihat dalam perkara KONSENSUSU NASIONAL yang PKR usulkan dimana dia ajak PAS & DAP mai dengaq penerangan apa dia KONSENSUS NASIONAL tu, sians satu ketetapan bersama baru pie tawar kat BN... mcm tu jugak tawaran KIT SIANG yang mana beliau juga sarankan supaya DAP PKR PAS bersama BN mai perelok balik Malaysia....
Ini berbeza dengan UG PAS dimana pie sorg2 sembang balik tirai sapa pun tak tau tawar apa sembang apa....bila kantoi baru kalut nak habaq.....dan yg best sekali mai bertahun pecah lubang sekali lagi dok pie tawar kat KU LI jadi PM..... awat lekeh sangatkan pimpinan dlm Pakatan Rakyat...sampai dok pie jumpa musuh dan tawarkan jawatan.
Ini yang kita tak mau dimana kita tak nak menimbulkan persepsi yg membawa masalah kpd kita di depan hari...mudah2an anda semua faham...
Hebat GHB baru ni, belum ape2 dah mintak bincang dg kerajaan ... bincang penubuhan kerajaan baru dg BN. Tabik .... Sayang, hidup di bawah ehsan dan tajaan DAP. LKS dan LKS kata, ha kamu GHB, pakai nama Islam, tapi jangan jalankan Hudud, terima Malaysia for Malaysian samarata for all tak de bumi dan bukan bumi, lawan PAS yg nak melaksanakan Hudud. Gitulah lebih kurang. Insaflah.
Kalau ikut cerita Pak haji Ibnu ni nampaknya tersenyum lebarlah Anwar di penjara sana. Apabila bebas nanti peluang meliwat akan terus cerah dan mengelintong akan terus berjalan. Sekarang ramai Pak Kaduk melayu yang tengah menunggu untuk diliwat.
Kalau ikut cerita Pak haji Ibnu ni nampaknya tersenyum lebarlah Anwar di penjara sana. Apabila bebas nanti peluang meliwat akan terus cerah dan mengelintong akan terus berjalan. Sekarang ramai Pak Kaduk melayu yang tengah menunggu untuk diliwat.
kerjasama dengan BN
bukan dengan UMNO ...
BN ada 14 party ... sabah sarawak ...
dalam umno ada yang haprak ada yang masih sebut kalimah allah seperti muhyiddin dan safiee ... ada yang dah insaf seperti tun dr m ..
lu pikir
Siapa lah BN tanpa UMNO....
Pak cu cheng otak lembab
Biarkan anj n serigal menyalak, kabilah2 GHB teruskan misi
Siapa lah UMNO kalau melayu tolol yang bagi undi, betul tak TGHH dan walaun semua
Post a Comment