Monday, August 10, 2015

GHP, No Hudud? -Datuk Mustafa Ali



DAP Mungkin Paksa GHB Tinggalkan Hudud -Mustafa

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali tidak menolak kemungkinan parti baharu yang bakal ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan meninggalkan hudud kerana itu merupakan faktor pertikaian di antara DAP dan PAS.
“Pada waktu ini sudah ada orang yang jadi burung kakak tua DAP.
“Sebab benda yang menjadi pertikaian di antara PAS dan DAP ialah hudud. DAP kata awak tinggal hudud. Awak nak bersama kita, awak (mesti) tinggalkan hudud.
“DAP merasakan mereka boleh menguasai pengundi Cina sekarang ini. Dan mereka (GHB) ini nak menang pilihan raya memerlukan undi Cina
“Ok ‘awak mahu undi Cina, tidak ada hudud.’ Dan saya yakin kalau mereka (GHB) ini tidak berhati-hati. Mereka akan tinggal hudud, sebab DAP kata ‘no hudud’.
“Ini adalah ramalan saya,”kata Mustafa, 71 tahun yang telah mengikuti perkembangan DAP sejak dari awal penubuhan pada 1965.

PAP/DAP

Menurutnya, DAP berasal daripada PAP, sebuah parti berasaskan kaum Cina di Singapura.
“Sebab saya ikut DAP sejak awal penubuhan tahun 1965 lagi, sesetengah mereka (GHB) itu mungkin (masih) sekolah lagi masa itu.
“1965, awak ada di mana ?” (soal Mustafa kepada wartawan) “Hah, baru umur 5 tahun” (Ulang Mustafa jawapan yang diberikan wartawan itu)
“Saya dah kenal DAP pada masa itu, DAP melalui perubahan, saya tak menafikannya itu asalnya PAP saya tak nafikan itu. Ya lah itu kita cerita kemudian,”katanya.

Tokong

Mustafa berkata kepimpinan DAP bersikap angkuh kerana dipengaruhi stail kepimpinan berpolitik ‘Tokong’. Menurutnya, ciri kepimpinan seumpama itu telah mencorakkan kepimpinan DAP bersifat ‘authoritarian’ (diktator).

“DAP ini, dia punya dalaman politiknya adalah (stail) Tokong.
“Tokong ini authoritarian (diktator) maknanya kata seorang ni, ‘aku kata macam ni kau kena ikut’. Jadi benda itu terbawa-bawa.
“Ini nak kena ikut, I say no hudud, no hudud.”

GHB ganti PASMA

Menurut Mustafa, pada awalnya PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) dirancang untuk menggantikan PAS, namun kerana NGO itu tidak disokong secara meluas oleh akar umbi PAS, maka ia diganti dengan GHB.

“Rancangan awal yang dibuat sebelum ini sebelum daripada muktamar (PAS), yang diharapkan menggantikan PAS ialah PASMA.
“PASMA sebenarnya nak bekerjasama dengan DAP dan DAP sudah menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PASMA.
“Tetapi selepas itu, PASMA ini mungkin tidak cukup kuat sehingga di kalangan yang baru (daripada GHB) menyatakan PASMA pun bukan boleh diterima pun. Jadi gerakan ini (GHB).
“Seolah-olah Gerakan Harapan Baru ini mengambil tempat PASMA yang diharapkan menggantikan tempat PAS untuk bekerjasama dengan DAP.
“Sewaktu perjumpaan (PASMA) pertama yang dibuat di Kota Bharu, ada beberapa orang pimpinan (PAS) di belakang PASMA ini, saya sebut tanpa menyebut nama..”

Hadirin Hassan Ali lebih besar daripada GHB

Mustafa berkata PAS mengalami beberapa krisis dalaman sejak dari dulu lagi dan krisis yang paling besar adalah pada tahun 1977, ketika Presiden PAS, Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda memecat Menteri Besar Kelantan, Dato’Haji Muhammad Nasir.
Malah, katanya, hadirin yang mengikuti ceramah Datuk Hassan Ali (yang dipecat daripada PAS) pada tahun 2012 jauh lebih ramai daripada hadirin yang mengikuti ceramah GHB.

“Waktu dia (Hassan) dok hentam PAS, jauh lebih besar daripada sekarang ni (GHB).
“Dan biasalah dalam politik ini, cakap kali pertama, orang nak dengar. Apa dia hala tuju ke mana. Mari kali kedua dah tak sama dah (hadirin) macam yang pertama. Jangan ghairah sangat dengan sambutan yang seperti itu.
“Jadi kepada adik-adik saya ini sebagaimana saya mengingatkan Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa empat tahun yang lalu, saya nak peringatkan (semula kepada GHB), jangan terperangkap dengan DAP.
“Saya sebutkan dari segi (krisis) yang dihadapi oleh PAS, yang paling teruk tahun 1977, itu adalah krisis terbesar ketika Dato Nasir (dipecat). Saya ada pada masa itu.

“Yang ini (GHB) tak besar mana. Ini tak besar mana.”

Video: 

Mustafa Ali : Jangan Jadi Alat DAP

Mat Sabu Sindir Ulama

8 comments:

Anonymous said...

Kalau nak bercakapa biarlah dengan berfakta bukan pakai hentam keromo macam orang hilang arah halatuju , jika pasal hudud DAP dan ahli sendiri bercelaru bagaimana pula dengan perangai presiden sendiri yang berdolak dalik dengan kata-kata yang tidak boleh dipakai adakah semua dibolehkan oleh seorang yang mengaku bergelar ulama dalam PAS , usah tuding jari pada orang lain jika empat jari menunjuk kepada kita yang tidak mahu bertanya diri sendiri kenapa ahli sendiri berbelah bagi dengan kepimpinan presiden yang tidak pernah mendengar teguran dari ahli.

Anonymous said...

Pa Mustafa dah tua dan nyanyok pula.Mana Hudud Trganu masa Hadi jadi MB knp ta bentangkan?
Macam cerita perempuan yang rebus batu untuk sedapkan hati anak hingga tertidur. Ini terjadi di zaman Saidina Umar.

Melayu bukan majoriti kerana bukan semua bumiputra beragama Islam.Ada penduduk Borneo yg nama Melayu tetapi Kristian. Ada nama Melayu dn bercakap Melayu di Kelantan tapi keterunan Siam dan beragama Buddha.

UMNO dah fikir kan semua itu sebab itu beri kerakyatan mudah kpd Cina dan India

Anonymous said...

Kah4
Wa sudah cakap
Ini PAS serupa Ularrr...
Kelmarin TP PAS Tn Ibrahim kasi gula2mau pembangkang bersatu
Ini hari pulak Mustaffa kasi racun mau gaduh2 sama pakatan

Apa fesyen ini cakap hahhhh....
Ularrrrmak punya cakap ka?

Bunbinban said...

Hahaha..nmpk dap je diktator. Hadi awang yg jelas2 langgar keputusan jemaah x plak di panggil diktator. Asal bkn geng ustaz je abis di labelkan. Tpi geng ustaz buat bende yg sama....di panggil.pewaris nabi.

Anonymous said...

HEBAT TAK PAS KAWASAN AKU DALAM USAHA NAK BLOCKING HIMPUNAN GHB PADA 22 OGOS 2015 DI KEDAH

Keputusan mesyuarat Khas AJK Kawasan semalam sempena Munaqasyah Ucapan Presiden & Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan.

Tindakan Cawangan

1.Perlu hantar sekurang-kurangnya 20 orang ahli/ penyokong, muslimin & muslimat ke program Himpunan 22 Ogos 2015.

2.Bas sebanyak 5 biji disediakan setakat sekarang, bertolak 12 tgahari dari B.Islam _____ pada 22 Ogos 2015.

3.Kempen keahlian PAS di Cawangan, sekurang-kurangnya 20 org ahli baru, himpun borang yg diisi keperingkat Kawasan utk penyerahan semasa malam Himpunan.

4.Arahan menaikan bendera di Cawangan 2, bendera dibekalkan semasa malam lawatan. 10 keping setiap Cawangan.

DAH JADI MACAM UMNO,

Anonymous said...

PELIK, Mustopa ni tak baca ke apa kata Nik Tak Amar tentang Hudud di Kelantan baru2 ni.Ni stopa ulas lagi tentang Hudud ,Otak dan akal yang Allah kurniakan gunakan sebaik2nya.jangan ikut nafsu kau dah tua renta lagi ,tak habis2 tentnga mneyalahkan DAP .Kau tahu tak DAP tu kafir ,memanglh mereka tak sokong hudud sebab meraka pun tak faham tentnag hudud dan kau pulak tak pandai nak tarbiahkan DAP tentang Hudud dan mungkin kau juga tak faham Hudud.lagi haru.Kau ni membuatkan orang lagi menjarakan diri dari Pas yang tak Pas (tak lulus)

Anonymous said...

Nak buat hukum Hudud tapi ekonomi secara ISLAM pun tak mampu buat lagi..

Anonymous said...

Setuju anom 12.53
Ulamak dan ulamak yg mengakui ulamak, mufti mufti, alim alim yg kerja kan jabatan islam dan bekerja dgn kerajaan, swasta, sendiri dari kelulusan keagamaan kat malaysia 99% sudah rasa kelazatan riba apa kan lagi orang yg bukan fakih.
Ekonomi Malaysia ekonomi negeri ekonomi riba, macam nak jalan hudud
Lagi pun Pak Lebai Pas matlamat bukan nak
menang untuk Islam berkuasa,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails