Friday, August 21, 2015

Guru Tadika Antara Suspek Promosi Aktiviti Pengganas

 ANGGOTA polis mengiringi salah seorang anggota militan IS yang ditahan di Perlis kelmarin.
KUALA LUMPUR – Enam anggota keselamatan antara 10 warga tempatan yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan pergerakan kumpulan militan Islamic State (IS) di negara ini dalam serbuan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di seluruh negara kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan 24 hingga 42 tahun terdiri daripada enam anggota keselamatan, dua kakitangan jabatan kerajaan serta masing-masing seorang bekas pereka bentuk dalaman dan guru tadika.
“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mempromosi ideologi kumpulan pengganas IS, mengumpul dana untuk membantu aktiviti kumpulan pengganas itu serta mengatur pemergian warga tempatan untuk menyertai IS di Syria.
“Kami juga mendapati kesemua tangkapan ini terbabit dalam merancang untuk membeli senjata api bagi tujuan melancarkan serangan di Malaysia serta membantu penyusupan masuk suspek IS yang kembali dari Syria,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails