Sunday, August 02, 2015

Hati Kami Juga Luka, Larang Solat Di Negara U/Islam Terbesar Di Dunia.. -Rakyat M'sia.

 


KUALA LUMPUR: "Hati kami juga luka ..... Kerana larangan Sholat Idul Fitri di negara umat Islam terbesar di dunia. Begitu baik dan lembutnya Presiden Indonesia Jokowi?
IbnuHasyim

"Tragedi yang melukai hati umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa juga. Begitulah sifat orang Islam, bersaudara dengan sesiapa saja tidak kira agama dalam membela kebenaran.. Demikian kenyataan dibuat olen Weblog Ibnu Hasyim di Malaysia mewakili suara rakyat Malaysia yang berbagai agama dan kaum, berikutan satu tinjauan yang dibuat. 
 
Weblog ini juga turut prihatin terhadap kenyataan Jawatankuasa Umat Untuk Tolikara (Komat Tolikara) dalam menagih kebenaran dan keadilan.


Jawatankuasa Umat untuk Tolikara Papua (Komat Tolikara) menyampaikan penemuannya.
 
Menurut jurucakapnya Adnin Armas menegaskan bahawa penyelesaian tragedi di Tolikara itu boleh diselesaikan secara adat tetapi undang-undang juga perlu tetap ditegakkan.

"Iya, pakai adat nggak apa-apa tetapi undang-undang juga tetap ditegakkan," tegas Adnin kepada media hidayatullah.com se usai sidang akhbar di Restoran Pulau Dua, Senayan, Jakarta, Rabu (31/07/2015).
"Nggak boleh kalau penyelesaian dilakukan secara adat kemudian proses undang-undang dihentikan," tegas Adnin.

Menurut Adnin, jika penyelesaian secara adat dikedepankan kemudian proses undang-undang dihentikan atau tidak ditegakkan, maka boleh meruntuhkan kewibawaan peraturan undang-undang yang ada di Indonesia. Selain itu, tegasnya, pada saat tragedi di Tolikara berlangsung itu pelanggaran undang-undang telah berlaku.

"Itu boleh meruntuhkan kewibawaan undang-undang kerana melanggar undang-undang telah dilakukan," cetus Adnin.
"Jika tidak dilakukan proses hukum, lalu apa artinya penegakkan hukum?"
"Melarang solat Aidil Fitri itu sangat melukai hati umat Islam di seluruh dunia," jelas Adnin.

Sebagaimana diketahui pada Jumaat (17/07/2015) pagi terjadi tragedi melontar batu kepada warga muslim Tolikara saat melaksanakan solat Aidil Fitri serta pembakaran kedai, dan rumah warga yang merambah ke masjid Baitul Muttaqin Tolikara.


"Terima kasih kepada Hidayatullah.com sebagai penyumber info kepada kami." Ucap editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim. (IH)

Lihat mengenai hal ini sebelum ini..
  • Pekan Kecil Papua, Tapi Bendera Israel Popular.
  • Serangan Pengganas Kristian Atas Jamaah Solat Aidi...
  • Lapor Langsung Dari Tolikara: Solat Jumaat Pertama...
  • Rusuhan Agama Di Papua: Ibnu Hasyim Sokong Desak C...
  • Interbiau Khas Dengan Imam Masjid Tolikara. Rusuha...
  • Toleransi Islam Dibalas Pembakaran..
  • Mengapa Presiden Jokowi Diam Semasa Teroris Kristi...
  • NGO & Orang Kaya Malaysia, Jengok-jengoklah Ke Sin...
  • Pengganas Gereja Injil Diundang Jokowi Ke Istana, ...
  • No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails