Sunday, August 09, 2015

Kau Suruh Aku Jujur, Aku Jujur Kau Tipu Aku...


'KAU suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku'. Begitu antara bait sajak berjudul Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana ditulis pada 1987. 

Memetik puisi ulama Nahdatul Ulama Indonesia, Zulkarnain Kamisan memulakan ucapan beliau dengan memainkan klip video sajak dideklamasi Mustofa Bisri - atau lebih dikenali dengan panggilan Gus Mus.
Puisi yang dipersembahkan bagi menangani ketegangan hubungan antara pimpinan atasan dan ahli akar umbi Umno di Johor kian ketara dan di Parit Sulong, ketua bahagiannya mempunyai cara unik menyatakan keresahan masing-masing.

Antara lain Gus Mus mengkritik kerajaan kerana merompak simpanan rakyat.

Aku ini bagaimana?
Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merosakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya

Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku.

"Apa yang kita dengar dalam puisi itu adalah apa yang kita rasa di peringkat akar umbi," kata Zulkarnain disambut dengan kuat "Ya!" oleh perwakilan.
Pada permulaan Zulkarnain memainkan video berkenaan, orang ramai dilihat bersorak dan ketawa.


Meneruskan ucapannya, Zulkarnain menggesa kerajaan menangani isu seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan, dan kos sara hidup yang meningkat.

Katanya, isu tersebut adalah apa yang rakyat hadapi dan memberi amaran pengundi akan menghukum Umno jika ia gagal ditangani.

Umno Parit Sulong itu juga memberi amaran kepada presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak memandang rendah kepada ahli di peringkat akar umbi.

"Presiden perlu tahu bahawa suara akar umbi yang menentukan kepimpinan Umno. Jangan perekeh, jangan khianati akar umbi," tegas beliau.

Bagaimanapun Zulkarnain menegaskan, bahawa beliau masih menghormati kepimpinan Najib. 


Apakah puisi ini menggambarkan negara ini di bawah kepimpinan Najib yang menzalimi bekas timbalannya Muhyiddin Yassin? (IH/MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails