Monday, August 17, 2015

Kes Fitnah Saifuddin/Khalid Ibrahim Serlahkan Ketokohan Presiden PAS..



KENYATAAN MEDIA
16 OGOS 2015
LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG

Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.


Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.

Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.

Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.

Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.

Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.

Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. 

Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.

Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.

Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan.

Permainan politik yang begitu dasyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancr sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.

Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.

Sekian Terima Kasih
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
ADUN PELABUHAN KLANG

Komen Tranung Kite OnlineKenyataan Media TSKI: Terserlah Sudah Hikmah Pendirian Tuan Guru Hj Hadi.

Komen Weblog Ibnu HasyimPada saya punca perpecahan PR bermula dengan Langkah Kajang yang dirancang PKR secara bersendirian. Rancangan bermula dengan penggulingan Khalid Ibrahim yang cuba diambil alih oleh Anwar atau isterinya.

Bila berlaku pertembungan dengan Sultan, Abdul Hadi tampil menyelamatkan suasana, hingga naiknya Azmin. Ini membuktikan Abdul Hadi berwibawa menjadi tokoh hebat antara pembangkan-pembangkang.


Ditakdirkan PRU akan datang menyebabkan UMNO/BN tersungkur, politik Malaysia mungkin jadi macam politik Selangor. Kalau terjadi begitu, Sosok Abdul Hadi amat penting sebagai penyelamat rakyat Malaysia. Bukan Anwar yang di dalam penjara, bukan juga Guan Eng atau Kit Siang yang bermodel PAP Singapura..

Jangan perkecilkan Presiden PAS itu. Kita patut berbangga, kerana beliau satu-satunya orang Asia yang dipilih sebagai pimpinan majlis ulama sedunia, selepas presidennya Dr Yusuf Qardawi. Puluhan tahun Anwar Ibrahim berkawan dengan Yusuf Qardawi, tetapi Abdul Hadi yang dipilih sebagai timbalannya.

Kerana apa? Kerana dunia iktiraf ilmu dan kepimpinannya. Allahu Akbar! Hentikan mengejek-ejek presiden satu-satunya, parti Islam se Malaysia.



Lihat sebelum ini..
Komen albangikuching.wordpress.com/:
IMG-20150815-WA0049

10 comments:

Anonymous said...

Lebai Hadi dah minta maaf ka pasal kes fitnah pil kuda

He4

Anonymous said...

Sangat benar duhai Ibnu Hashim.

Anonymous said...

Hj Hadi sebagai Presiden parti PAS patut dah lama letak jawatan sbb memalukan PAS dgn hanya sepenggal memegang negeri Terengganu dan sampai sekarang masih GAGAL utk merampas semulaTerenggannu negeri kelahirannya.

Ibnu Hasyim said...

Sila baca ini..

Blogger Wan Rosli said...
SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI

1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda? (MAHKAMAH DAPATI TGHA X ADA MENUDUH SESIAPA SECARA KHUSUS JADI BELIAU TIDAK BERSALAH!)

2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb? (KALAU LAYAK KENAPA SULTAN SGOR X MEMILIH BELIAU SBG MB?)

3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb? (PAS BERHAK ATAU SULTAN YG BERHAK DLM MELANTIK JAWATAN MB?)

4. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha.. (DAP GUNA DUIT POKET SENDIRI KE BYR GAJI? INGATKAN GUNA DUIT RAKYAT TADI!)

5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro? (DOA UMUM MACAM DOA LAKNAT PADA UMNO JUGAK LAH!)

6. ahli mengeboo pemimpin2 pro? (BENAR.. KERANA GHB MASIH TAK MAHU KELUAR PAS WALAUPUN DAH ISYTIHAR PARTI BARU!)

7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro? (TAK BOLEH KE? KALAU DAP MAKI HAMUN TGHA, GHB BUAT APA PULAK?)

8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji? (JGN NAK BOHONG! PENERANGAN SUDAH DIBUAT DLM SALAH SATU MESYUARAT TAPI DAP TOLAK MENTAH2 WALAUPUN IA DIBUAT MENGIKUT LUNAS SISTEM DEMOKRASI IAITU MELALUI PARLIMEN! INI HANYA FITNAH GHB DAN KETUA MEREKA LGE!)

9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang.. (KALAU GELARAN YG BETUL TIDAK SALAH.. SEUMPAMA SEORG YG MENCURI PATUT DIPANGGIL PENCURI!)

10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor? (TAK.. KENAPA?)

11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?(KENAPA? DI SGOR PUN DAP BAYAR GAJI KE?)

12. dia selalu ponteng sidang parlimen? (LGE TAK PERNAH PONTENG KE?)

13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng? (ITU BARU PERMULAAN DAN AKAN DIBUAT PERINGKAT DEMI PERINGKAT.. X PERLU GOPOH!)

14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai.. (IKUT KATA ASMAWI MUNI YG DAH MASUK GHB, CAI TIDAK LANGGAR PERATURAN KEMPEN.. PAHAM? JADI X ADA ISU!)

August 16, 2015 at 6:21 AM

cucu mamak kutty said...

kenapa hadi tak nafikan tuduhan hasan ali yg hadi le perancang UG ngan um no,suruh hasan ali tarik balik tuduhan tu dan min tak maaf secara terbuka,klu tidak ken apa hadi tak sdaman je hasan ali kerana memfitnah hadi.....pada aku apa yg hasan ali tu ada le satu yg benar selagi hadi tak nafikan dan saman hasan ali kerana memfitnah beliau....aku tunggu hadi saman hasan ali pulak....tu pun klu ada teloq

Anonymous said...

Suadahlah kau Ibn hasyim,kau pulak tukang tambah,JANGAN ,Manusia ni ada akal.bolih berfikir yang mana benar yangman salahnya,jangan kau pual seolah2 membenarkan semua dan ingin menaikan maruah hadi mapakah kau selam ini tidak melihat ,tidak membaca.tidak meneliti apa yang telah dibahasakan olih hadi pada kumpulan G18,apakah kau tak meliahat apa yang telah berlaku selam ini?Jangansmapai ramau pual yang akan tiba kepada kau,berpada2lah kalau nak membela ,Apakah kau dah jumpa dan tanya Anwar sendiri apa yang telah dilalakukan oleh Hadi kepadd dia? tolonglah .dalam keadan negar seperti ini kau mencari isu untuk menaikan hadi ,apa ni.

Anonymous said...

bila berniat nk pecah baru nak pulun hudud...la ni mana hudud..mana uasaha mantap yg menunjukkan ikhlas nk buat hudud...kalu pun nk tunggu giliran bentang parlimen mana roadshow atau tarbiyah besar besaran nak fahamkan rakyat sebelum pembentangan...semua senyap...otak tuhan bagi tak mampu nk bersangka baik dah...yg dok sobok GHB...komen sini sana kata org lain semua bengkok agama...

Aliyya Najihah said...

Sejak bila Hadi jadi Timbalan Yusof Al Qardawi?

Anonymous said...

Kes Fitnah Saifuddin/Khalid Ibrahim Serlahkan Ketokohan Presiden PAS.. - PERASAAAN!
tERLEBIH MAKAN PIL KUDA KE APA?

Anonymous said...

Ketokohan hadi awang. Hahaha. Lucu nya. Dulu pas ada 3 negeri. Now tinggal kelantan je. Tk lama lagi kelantan pun lesap. Pas dah putus dgn dap. Tp masih perentah selangor dgn dap. Pelik pas muka tk malu. Tiada maruah exco pas. Hadi awe jugak. Rakyat sedang nilai politik auta pas. Kluk klek. U turn & korner baring. Lebai duit & fulus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails