Monday, August 24, 2015

Roket vs Bulan: Penyebab Saya Keluar DAP - Lim Han Long


Sila lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP
1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?
2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
3. Tinggalkan DAP Kerana Strategi DAP Kuasai PKR/PAS ...

4. Selami Pemikiran Seorang Bekas Pemimpin DAP Shen Y...
lim kit siang marah
Warkah Keluar DAP Oleh Lim Han Long Untuk DAP, 
Diterjemah dari Sin Chew.

Saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari DAP. Kandungan surat saya ini telah dihantar melalui e-mel kepada DAP namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dari mereka yang lebih tinggi di dalam parti untuk membaca pandangan saya ini maka saya telah memutuskan untuk menerbitkan surat ini.

Saya pada mulanya tertarik dengan ucapan politik Tony Pua lalu menyertai DAP. Malah pada pilihan raya umum “505” yang lalu, saya telah menawarkan diri untuk menjadi penyelia PACABA.

Pada masa itu saya merasakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP adalah hebat, ideologi parti itu boleh terpakai untuk memerintah negara ini lalu saya memberikan sokongan penuh saya.

Selepas kontroversi roket vs. bulan, saya mula kecewa dengan kebijakan politik DAP. Ianya bukan lagi seperti parti yang saya dokongi sewaktu awal-awal dahulu. Bukan semua orang adalah seperti Tony Pua yang saya hormati dan kagumi.
dap-roket-patah
Sebab saya keluar dari parti adalah seperti berikut:

1. Imej Politik Yang Buruk

Saya tidak menolak hakikat bahawa laporan media sememangnya berat sebelah. Namun demikian pemimpin tertinggi seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga telah menjadi semakin angkuh. Hakikat ini bukanlah tanpa asasnya.

Sebagai contohnya dalam kes untuk berpisah dari PAS baru-baru ini, saya tidak bersetuju dengan pendirian DAP yang sebenarnya menambah lebih banyak minyak ke dalam api. Bekerjasama dan berpisah adalah sesuatu yang lazim dalam politik. Kesatuan Pakatan Rakyat yang mengutamakan kebijakan politik untuk menjadikan Malaysia lebih berintegrasi sepatutnya menjadi satu keutamaan.

Malangnya pada masa-masa kritikal seperti ini, tanpa mengambil kira prestasi pemimpin DAP dari Malaysia Timur atau Malaysia Barat, apa yang saya lihat hanyalah lautan api dan bukannya ketelitian pertimbangan yang dibuat secara matang. Bagaimanakah pemimpin seperti itu kelak memerintah negara?

2. EQ Politik yang Lemah

Hadi Awang berkata ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai agenda mereka sendiri. Ini adalah sesuatu yang masyarakat sedia maklum sebenarnya. Objektif umum Pakatan Rakyat adalah untuk menentang hegemoni dan rasuah. Cadangan PAS agar mencari titik persamaan dalam perbezaan sebenarnya adalah platform yang terbaik. 

Namun DAP terus mengambil sikap “sama ada anda rakan saya atau musuh saya” di atas perbezaan impian di antara parti lalu memilih untuk menyerang PAS sebelum muktamar. Tindakan untuk bermusuhan dan bersengketa bolehlah disamakan dengan tindakan untuk memutuskan kerjasama. Sekiranya kumpulan konservatif di dalam muktamar PAS hanya menerima penghinaan itu tanpa sebarang tindakbalas maka pastilah mereka ini adalah golongan yang tidak berguna. 

Maka terjadilah pengumuman PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Seseorang tidak boleh terus menerus berlagak seperti Lone Ranger. Sesungguhnya apa yang berlangsung ketika ini tidaklah berlaku dalam sekelip mata. DAP bertanggungjawab kerana menyebabkan Pakatan Rakyat runtuh.

Jadi bagaimanakah pihak itu menangani isu-isu nasional yang lebih besar dan konflik pada masa akan datang?

3. Keupayaan Politik Yang Rendah

Saya bersetuju dengan bantahan kuat DAP terhadap pelaksanaan undang-undang hudud. Tetapi selepas membantah, apakah wujud rundingan, penerimaan dan pemahaman? Sebelum kerjasama Pakatan Rakyat wujud, semua orang jelas tentang agenda PAS. Ini adalah bom masa yang cuma menunggu untuk meletup. Sekarang bom ini telah meletup. DAP tidak pula mencari penyelesaian alternatif. 

Maka bolehlah saya andaikan bahawa:
  1. DAP telah mengetahuinya sejak dari mula lagi tetapi tetap meneruskan kerjasama untuk memancing undi.
  2. Saya kecewa dengan keupayaan politik DAP. Tidak disangkal bahawa Hadi dan Umno saling mengintai peluang kerjasama di antara satu sama lain. Di dalam suasana hubungan yang tegang, DAP terus mencadangkan konsep baru Pakatan Rakyat. Ianya bukan sahaja menamatkan harapan dan masa depan Pakatan Rakyat, malah memungkinkan penggabungan Umno dan PAS. Saya sama sekali tidak menyangka bahawa pimpinan tertinggi DAP sebegitu pendek akal.

4. Budaya Politik Yang Buruk

Budaya berseteru dengan menggunakan kritikan-kritikan keras dan membuat kenyataan melulu sudah berakar umbi di kalangan pemimpin kanan DAP. Ianya seperti menggalakkan penyokong DAP untuk bersikap seperti perusuh politik di ruang siber, menghentam sesiapa sahaja yang mengkritik DAP. Jika anda duduk di kedai-kedai kopi di bandar-bandar kecil maka anda akan bertemu dengan golongan tua yang amat tidak berpuas hati dengan gelagat pemimpin-pemimpin DAP. 

Saya berpendapat pemimpin-pemimpin DAP di barisan hadapan tidak mempunyai model budaya politik yang baik dan ada pula pemimpin parti dan ahli-ahli yang angkuh dan bersikap buruk. Mengambil pepatah terkenal MCA: kepala ikan sudah busuk. Maka di manakah jalan untuk menukar kerajaan?

Dengan momentum 505 yang telah pudar maka itulah cabaran sebenar kepada Pakatan Rakyat. Saya berharap apabila anda memadamkan nama saya daripada senarai ahli, anda akan mengambil perhatian serius terhadap empat komen khusus yang telah saya bangkitkan.

Terima Kasih
Lim Han Long
Warkah Keluar DAP Oleh Lim Han Long
BY  · FRIDAY, JUNE 26, 2015 -06-26 12:00:44'
Weblog Ibnu Hasyim: Kita lihat lagi jalan fikiran pemimpin-pemimpin hebat DAP yang keluar parti demi mempertahankan pendirian mereka. 

8 comments:

  1. Saya telah ambil keputusan utk keluar dari PAS dgn alasan sudah tidak mempercayai lg dgn presiden dan AJK pusatnya yg sudah tidak berkaliber, tidak berwawasan. Ucapan presiden dan beberapa orang pemimpin PAS sejak kebelakangan ini yg tidak bersungguh2 utk mahu mengambil Puterajaya memang membuatkan saya kecewa. Ucapan pemimpin2 PAS ini menunjukkan bahawa mereka sengaja mahu meninaya pengundi. Mereka mahu undi dari pengundi tapi mereka tidak ada cita2 utk ambilalih kerajaan yg ada.
    good bye PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bacaan politik kita berbeza..

      Dlm isu hudud saya perhatikan PAS tidak akan langsung kerugian jika UMNO buat2 gagal memberi laluan utk PAS membentang di parlimen.. ini kerana dgn segala macam kebobrokan UMNO yg berjaya didedahkan kebelakangan ini pasti membuatkan golongan baik yg masih tinggal dlm UMNO sudah mula terfikir utk mencari haluan lain iaitu samada PAS ataupun PKR.. pastinya golongan baik ini bersetuju bhw hudud adalah jawapan paling tepat agar tidak berulang lagi perlakuan negatif oleh parti mereka UMNO selama ini ataupun oleh sesiapa shj yg bakal memerintah selepas ini termasuk PR. Jadi di manakah ruginya PAS..?

      Malah lebih beruntung jika berjaya diluluskan maka ia bakal memenuhi hasrat rakyat kelantan yg ingin dipayungi hudud dlm negeri tercinta sejak sekian lama.. di samping itu, matlamat parti PAS itu sendiri juga dgn sendirinya boleh dijayakan. Jadi di manakah ruginya PAS?

      Dari senario yg pertama, UMNO akan kehilangan ahli sedikit demi sedikit di mana UMNO kini ibarat 'Titanic' yg sedang karam maka di ketika ini kapal2 PAS dan PKR amatlah diperlukan utk kerja2 menyelamat!. Manakala, dari senario yg kedua pula, UMNO akan dipulau oleh parti2 komponen lain dlm BN itu sendiri lantaran mereka juga tidak menyokong hudud.. ini diikuti pula bakal kehilangan undi oleh pengundi2 non muslim kpd UMNO.. yg pastinya melemahkan lagi parti UMNO.

      Maka dari kedua2 senario di atas, yg kerugian akhirnya ialah sudah tentu UMNO itu sendiri!!

      Pembentangan RUU itu hanya permulaan dan kalau berjaya, ia akan jadi precedent maka dgn itu lebih mudahlah selepas itu sekiranya ia hendak ditambah baik dari masa ke semasa sehingga tercapailah matlamat keseluruhan hukuman hudud itu sendiri..

      Wallahua'lam..

      Delete
    2. Kami dalam PAS tidak akan menolak jika dikurniakan kemenangan oleh Allah hatta samada dgn atau tanpa PR..

      Delete
  2. Setuju dengan pandangan Wan Rosli.

    ReplyDelete
  3. kenyataan bodoh wan rosli. Bercanggah dengan fiman allah .. aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubahnya.. Kenyatan sampah dari lim Han Long da macam kenyataan bala. siapa yang ajr wat skrip ni iqnya berada si tahap rendah. Adalah pelik bin ajaib seorang cina pertahankan pas lebih daripada partinya sendiri..

    ReplyDelete
  4. Lebih pelik bila GHB yg mengaku islam pertahankan pemimpin2 cina LKS dan LGE lebih dari pemimpin islam partinya sendiri..

    ReplyDelete
  5. Apa yang dipelikan kuasa Allah Kun fa Yakun. Tidak pernahkah anda melalui saat-saat yang tidak di terima akal tetapi terjadi kepada anda. itulah buktinya kuasa Allah

    ReplyDelete
  6. semua orang yang tak percaya kepada kekuasaan tuhan yang satu adalah manusia-manusia paling bodoh dan paling tak perlu kewujudannya di mukabumi Allah ini

    ReplyDelete