BISHOP mengambil keputusan meletak jawatan selepas mencetuskan kemarahan rakyat Australia.- AGENSI
SYDNEY – Speaker Parlimen Australia, Bronwyn Bishop mengumumkan peletakan jawatannya semalam susulan kemarahan rakyat berhubung perbelanjaan perjalanan pemimpin berkenaan.
Perkembangan itu berlaku selepas Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu bahawa keistimewaan yang dimiliki ahli-ahli politik di negara itu akan disemak semula.
Bishop yang merupakan anggota Parti Liberal pimpinan Abbott dikritik selama lebih tiga minggu selepas pihak media melaporkan beliau menggunakan wang pembayar cukai bagi membiayai kos perjalanannya termasuk membayar AS$3,600 (RM13,762) untuk menaiki helikopter sejauh 80 kilometer ke satu majlis mengumpul dana politik pada November 2014.
“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini. Namun, kerana perasaan sayang dan menghormati institusi Parlimen serta rakyat Australia, saya meletak jawatan sebagai Speaker,” kata Bishop, 72, yang memegang jawatan itu sejak 2013.
Abbott berkata, satu semakan asas mengenai keistimewaan anggota Parlimen akan dilakukan kerana orang ramai berhak untuk mendapat jaminan bahawa wang pembayar cukai tidak disalahgunakan.
“Apa yang berlaku sejak beberapa hari lalu bukan berpunca daripada individu tertentu tetapi menjurus kepada sistem keistimewaan itu sendiri,” kata Abbott pada satu sidang akhbar.
“Terdapat terlalu banyak situasi yang mana anggota Parlimen boleh melakukan perkara yang diperuntukkan di bawah keistimewaannya tetapi boleh menimbulkan kemarahan umum,” tambahnya.
Terdahulu Bishop memberitahu, beliau akan membayar semula tuntutan kos helikopter itu bersama penalti 25 peratus dan menyifatkan bayaran yang dikenakan sebagai terlalu mahal serta tidak munasabah. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia rakyat Tak Marah?
4 comments:
Orang kafir boleh buat macam ni tak kan saorang yang mengaku Muslim tak boleh perkara yang sama! Mana letak maruah!
Ekeleh !!!! ......itu baru $3,600 dollar.....apa barang bro kalau nak di bandingkan dgn $700,000,000 dollar.
Ekeleh !!!! ......itu baru $3,600 dollar.....apa barang bro kalau nak di bandingkan dgn $700,000,000 dollar.
Best la cerita alasan boleh spin sana sini..msna satu orng kaya gila yg nak derma 2.6bn difunia ini?
Adakah rakyat semua bofoh gila utk yakin percaya dgn semua scenario tygan yg ditayangkan
Bsnyak2 istigfar...
Byk persoalan tak dijwp..BETHATI hati negara menuju kehncuran disebabkn dismna bila orng yg diberi Amanah tak menjlnkn Amanah dgn baik dan jujur
ALLAHU AKBAR.
Post a Comment