Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] Hina sangatkah menjadi seorang wakil rakyat yang tidak berparti? Apakah gelaran Ahli Parlimen Bebas melambangkan seseorang itu tiada pendirian politik dan tidak layak menjadi pemimpin rakyat?
Di samping itu, apa istimewanya menjadi wakil rakyat bagi orang yang berparti? Adakah dengan menjadi ahli mana-mana parti politik bererti seseorang itu lebih mulia?
Sebaliknya, di manakah keutamaan dan kesetiaan seseorang yang terpilih menjadi ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri itu? Pada arahan dan prosedur partinya atau mutlak pada rakyat?
Apapun, kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bahawa martabatnya akan jika bergelar ahli parlimen bebas seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau bekas ahli parlimen, Ibrahim Ali, adalah satu keangkuhan.
Beliau membuat kenyataan itu bagi menjelaskan mengapa beliau dan kawan-kawannya dari PAS tidak mahu meletak jawatan sebagai ahli parlimen atau Adun walaupun kini berusaha keras menubuhkan sebuah parti politik baru.
PAS dengan lantang menyatakan mana-mana wakil rakyatnya yang mahu menubuhkan parti baru menggantikan PAS, seharusnya mengosongkan kerusi mereka kerana ia bertentangan dengan bai’ah yang pernah mereka buat.
Namun Khalid sebagai koordinator Gerakan Harapan Baru (GHB) mengambil kesempatan untuk menyindir wakil rakyat yang tidak berparti pula.
"Kami tak akan keluar Pas, kami tak nak jadi wakil rakyat bebas," demikian tegas Khalid mewakili seluruh wakil rakyat Pas yang merancang menyertai sebuah parti Harapan Baru.
Antara wakil rakyat yang termasuk dalam kategori melanggar bai’ah PAS ini termasuklah Dr Hatta Ramli, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mujahid Yusuf, Dr Siti Mariah Mahmud, Datuk Raja Kamarul Bahrin, Datuk Nizar Jamaluddin dan Husam Musa.
“Kami tak akan keluar. Kami hanya tunggu Harapan Baru terbentuk sebagai sebuah parti, pada masa itu keanggotaan kami sebagai ahli Pas akan gugur dengan sendirinya.
“Kalau kami keluar Pas, kami akan jadi wakil rakyat bebas. Itu kami tak mahu,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid turut menyindir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.
“Jika kami jadi wakil rakyat bebas, kami kena duduk dengan Khalid Ibrahim di Parlimen. Kami tak nak duduk dengan dia, nanti jatuhlah taraf kami macam Ibrahim Ali.
“Sebab itu kita nak ada parti, bila kita duduk dalam Parlimen, kita akan dilihat sebagai satu parti,” katanya.
Soalnya, akhlak dan lojik apakah yang digunakan Khalid ini pada satu sisi sudah mahu mufarakah dari PAS tetapi pada segi lain mahu terus “meminjam nama” PAS untuk “memuliakan” kedudukan mereka sebagai seorang Yang Berhormat?
Sudah tentu pendirian dan kenyataan ini dibuat atas dasar politik. Bagaimanapun yang menyedihkan ialah parti baru yang hendak ditubuhkan mereka ialah yang bertunjangkan Islam. Beginikah sikap pemimpin Islam?
Sekalipun mereka sudah hilang hormat kepada ulama-ulama yang memimpin PAS tidak perlulah mereka “menunjuk pandai” dan menyakat serta mencabar pemimpin PAS supaya memecat keahlian mereka dari PAS.
Atas perkiraan politik, mereka menjangka akan memungut modal besar untuk dijaja pada rakyat bahawa mereka menubuhkan GHB dan parti politik baharu kerana “dipecat” dari PAS.
Sekaligus untuk catatan sejarah, tindakan mereka itu akan menjadi sesuatu yang “halal” dan diharapkan tidak akan timbul persoalan sebenarnya mereka mengkhianati perjuangan PAS hanya kerana tidak dipilih menjadi pemimpin!
Jika demikian silat politik GHB yang cuba memutarbelit sejarah, wajarkah ia mendakwa mahu menubuhkan sebuah parti politik Islam yang berakhlak dan layak menggantikan PAS?
Menurut Khalid lagi perisytiharan penubuhan parti politik baru itu akan dibuat pada 31 Ogos ini dan pelancarannya akan dilakukan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2015.
Mungkinkah GHB menjangka bahawa ‘peristiwa politik’ baru yang diatur pada tarikh berkenaan tidak akan berlaku kerana pelbagai masalah teknikal. Umpamanya, ia mungkin tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Atau, mungkin kerana rundingan mengambil alih parti berdaftar Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masih belum selesai kerana parti itu juga menghadapi masalah pentadbiran dan teknikal yang rumit.
KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang ditubuhkan sebagai parti serpihan PAS pada 1995 berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu.
Ramai juga Ada ahli parti serpihan Umno, Semangat 46 yang menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996.[5] AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.
Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti dan PKR dilantik sebagai Presiden baru AKIM dan meminda perlembagaannya dan menukar nama rasminya menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air atau KITA.
Adakah kerana khuatir diulet masalah teknikal dan rundingan mengambil alih KITA belum selesai maka penghijrah politik berkenaan mahu terus berteduh di bawah panji-panji PAS?
Atau, adakah muslihat sebenarnya ialah mereka bimbang jika PAS mampu membuktikan bahawa bai’ah mereka semasa menjadi calon PAS dahulu boleh diterima mahkamah sebagai perakuan bersumpah atau Statutory Declaration?
Jika demikian sudah pasti sebaik sahaja melangkah keluar dari laman politik PAS, undang-undang akan menetapkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dikira batal!
GHB tentu insaf bahawa bukan mudah mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU 2013 dahulu kerana pengundi tentu faham bahawa GHB adalah pengkhianat kerana akan bertanding semula menentang calon PAS!
Dicatat oleh ELBI RISALAH
10 comments:
Jangan samakan semua ADUN dan MP PAS yang sedang dalam proses penubuhan parti baru itu dengan Pak Brahim dan TSK mereka berdua dipecat dari parti masing-masing tapi pelik pula dalam PAS ini pemimpin mereka telah hilang kepercayaan pada semua yang akan menubuhkan parti baru kenapa menjeja dan menyalak kesana kemari ambil saja tindakan tatatertib atau terus pecat barulah mereka itu boleh dianggap berparti bebas seperti TSK dan pak Brahim jika selagi mana asyik menyalak macam anjing untuk mendapat perhatian tuannya lupakanlah ,itu bermakna kepimpinan tertinggi PAS sudah hilang arah dan hala tuju pabila pepimpin yang disingkir tidak lagi mahu menoleh kebelakang seperti presiden yang disanjung oleh pengampu dan penjilat,inilah hasil tuain yang .diterima.
Khalid and the gang (geng kalah dlm pemilihan parti,kecewa kerana di tolak akar umbi, kecewa kerana presiden lebih takutkan allah dr dap maupun anwar) maka sbb utama xmau lepas jwtn adalah kerana duit elaun.itu shj, pelbagai alasan direka cipta utk puak2 liberal ni terus terima elaun.
mereka ini semuanya bacul, takut dilaknat oleh sumpaah bai'ah. aku ingatkan dlm GHB tak ada org macam Ahmad Mazlan, rupanya ada juga
Sekarang ni DAP tak payah ulas atau komen apa-apa kerana barua-barua mereka terutamanya org Melayu GHB telah dapat diperkudakannya bagi memburukan PAS
MP2 dan Adun2 GHB mau jentik teloq Presiden dan UG.... kasi facial dia punya muka dengan arang.... mau test apa lu orang boleh buat bila orang jentik you punya teloq ketika lu tengah berdiri dan berkuasa, you cakap you ada veto, apasat tak kasi veto sama GHB.... lu tak ada veto la..... lu temberang busat je, lu cuma ada kalau lu orang tak ambil action... lu rasalah sengal sebab lu punya kena jentik.... kalau lu ambil action lu kena lagi teruk sebab lu punya teloq akan kena hantam dengan hakim punya hammer di court.... mana satu lu mau?
Ngaku je lah GHB dah mula gelabah bilamana sokongan setakat ini utk GHB hanya di kalangan mereka tg sanggup ditarik hidung oleh DAP! Mana ramai golongan sebegini..
Eh.. ingatkan tak terasa akan keanjingannya yg dibela oleh tuannya DAP..
Kita tunggu dan lihat pru akan datang. Di kelantan pas akan jd pascai. ( ambo pengundi k kerian )
Serupa di Temerloh,mangkok hayun Nasarudin mkn gaji but a,habuk pun tak de,setakat dtg sekali sekali bg kuliah,lbh baik jd lebai full time.Tak layak jd MP until beri khidmat pd Rakyat Temerloh.Sibuk dgn politik tp sumbangan hancus,lps ni jgn hrp kami nak habiskan duit dan Tenaga undi mangkok.Mmg kami tertipu,bungkus ko lps ni,nasib baik ada adun dap tmpt mengadu.Hoi!!Apa hukum mkn gaji buta!!Ckp agama pandai tp realitinya hampas,mana janji2 ko utk Rakyat Tloh SE masa Pru 13,Skrg bersantai duk di kuantan,blah la ulamak cap Ayam!!
Post a Comment