Tuesday, August 11, 2015

Model Bogel Petaling Street, Tidak Gila. Bebas Pun Ada Hadnya.

Persana Avril Sollunda
Video: Mahkamah Putuskan Model Bogel Petaling Street, Tidak Gila
Kuala Lumpur – Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, adalah waras dan layak dibicarakan di mahkamah.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor memutuskan demikian selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril Sollunda, 33.


“Semasa kejadian berlaku beliau (tertuduh) dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar, bagaimanapun buat masa ini, keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak dibicarakan,” katanya ketika membaca laporan kesihatan itu semasa sebutan kes itu.

Pada 29 Mei mahkamah memerintahkan Persana Avril dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan, untuk pemeriksaan mental.

Mahkamah menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu.

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin manakala tertuduh diwakili Kelvin Tan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bebas, tetapi kemana-mana kamu pergi kamu akan terantai. Cuma orang Islam, rantaiannya hendaklah rantaian Islam. Ertinya peraturan dan perundangannya hendaklah berdasarkan Islam. Barulah tiap kegiatan kehidupan manusia Muslim adalah dikira ibadat (ibadat umumiah) dan berpahala, iaitu mendapat ganjaran baik di akhirat.

Itulah untungnya manusia-manusia yang berpayung di bawah payung Muslim. Menangani orang bogelpun pamantaunya dapat ganjaran di dunia dan di akhirat. Alhamdulillah, kalau berlaku begitu di negara umat Islam.. 

2 comments:

Anonymous said...

Video Persana Avril ni lebih baik jika dibandingkan dengan video peliwat no 1 Malaysi dengan china doll. Video ni boleh buat kita stim.

Anonymous said...

Perbuatan pompuan ni bukan melambangkan agama yg tertulis dlm kad pengenalan dia. Mungkin dia hindu hanya atas nama,mungkin dia kristian,mungkin dia budha, tapi agama tidak mengajar benda mcm tu, tetapi dunialah yang mengajar.dlm agama kristian pun, perkara macam ini dianggap berdosa,cuma pihak agama cuma dpt beri kaunseling,tegurab,bukan menghakimi kerana menghakimi itu adalah hak Tuhan yg maha esa, manusia cuma boleh berfikir apa yg dia buat itu betul atau salah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails