LIHAT foto di atas, di kanan, seorang muslimah sedang solat ditengah sawah. Asal masuk waktu solat, mereka terus melaksanakan kewajipan kepada Allah SWT. Tidak kira bukan di rumah atau di surau/masjid.
Masa gambar ini diambil pertengahan bulan baru-baru ini, Ira begitu namanya, mengikuti kegiatan gotong royong menuai padi. Bersama kira-kira 20 warga Desa Bone-Bone, Kecamatan Baraka, Enrekang, Sulawesi Selatan, seperti disiarkan oleh Hidayatullah.com. Begitu budaya Islam, di negara umat Islam yang terbesar di dunia.
Mereka turun ke sawah bersama-sama agamanya. Masuk saja waktu solat Zohor, Muslimah kelahiran 1988 ini terus tukar pakaian. Usai berwudhu di kolam kecil, ia beralas selamba di atas tanah, lalu solat di antara batang-batang padi yang sudah diketepikan.
Nun, beberapa meter di bawah Ira (lihat foto), seorang lagi Muslimah lain juga kelihatan mendirikan solat. Rupanya, sudah menjadi tradisi warga Desa Bone-Bone bergotong royong memotong padi setiap hari Sabtu pada masa menuai. Dalam satu keluarga, sekurang-kurangnya mesti ada 1 orang ahli keluarga yang turun ke sawah.
Sabtu (15/08/2015) itu, apabila Ira mewakili suaminya yang tidak hadir pertemuan bersama Hidayatullah.com, wanita ini berkali-kali memalingkan wajahnya semasa dipotret. Ia kelihatan macam tidak berkenan untuk ditemuramah.
Sementara itu, petani lelaki juga solat Zohor di berbagai penjuru sawah dan ladang nan luas itu. Mereka berpecah sekaligus berehat sejenak. Refleksi dari tradisi mereka, adakah kerana sibuk kerja boleh menyebabkan kita tidak solat? Itulah budaya yang meniupkan ruh Islam menjiwai diri seorang Muslim, sehingga melahirkan sebuah kekuatan.
Allahu 'akbar!. (IH)
Allahu Akbar 3x indahnya ISLAM
ReplyDelete