Saturday, August 29, 2015
PAS Tak Sertai Bersih 4 Kerana... -K/Pemua PAS
Sikap penganjur perhimpunan Bersih 4 menjemput parti Islam itu pada saat-saat akhir seperti terdapat agenda tersembunyi, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Menurut akhbar milik Umno Utusan Malaysia, Nik Abduh sudah memutuskan PAS juga tidak akan menyertai perhimpunan itu atas sebab masalah dalaman yang dihadapi dengan pembangkang serta objektif perhimpunan Bersih 4 yang didakwanya menyimpang.
Nik Abduh turut mendakwa terdapat dalam kalangan penganjur perhimpunan itu yang bersikap negatif terhadap mereka.
"PAS tidak sertai demonstrasi (perhimpunan haram Bersih 4) sebab krisis dalam pakatan pembangkang, dan kita melihat ada dalam kalangan penganjur Bersih ini bersikap pesimis dan negatif terhadap PAS," katanya dalam akhbar milik Umno itu.
Katanya, PAS wajar bersikap berhati-hati lebih-lebih lagi apabila terdapatnya penglibatan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam perhimpunan itu.
"Kedua, kita lihat Bersih tidak seperti dulu. Dulu walaupun PAS bukan diberi peranan utama tetapi kita dipanggil untuk berbincang dari awal, tetapi kali ini dipanggil pada saat-saat akhir.
"Tambahan pula di belakang itu ada Gerakan Harapan Baru, jadi kita perlu berhati-hati," katanya.
"PAS bersetuju demonstrasi, malah kita sudah buat banyak demonstrasi secara aman di negara ini untuk menuntut keadilan demi rakyat.
"Namun kali ini kita tidak menyertainya, kita mengelak daripada berlakunya provokasi ketika perhimpunan ini berlangsung.
"Di sebelah kita ada unit Amal, manakala di sebelah sana ada Arif (pecahan unit Amal yang menyertai GHB), kita bimbang berlaku pertembungan dan provokasi di antara kedua-dua pihak ketika demonstrasi tersebut," katanya.
Namun, Nik Abduh berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana mereka bersetuju dengan asas penubuhan Bersih sebelum ini. - 29 Ogos, 2015.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Ai pas masuk utusan habis meroyan la puak ghb ni.pinggang tak retak nasi tak dingin.
Buang masa saja dgn kerenah Nik Abduh dan Pas ni.
mu rasa mu besar?....pigi jalan daaaaaa
rakyat tak kepingin dgn pemimpin yg lembab dan sombong diri
Jenis pemimpin yg tak tahu masalah rakyat...
PAS duduk bawah tempurung lg baik
PAS dah jadi UMNO...lepas ni berita TV dan akhbar UMNO akan memuji kepimpinan PAS sampai melangit. Yang tu Tok Hadi dan ketua pemuda PAS nak sangat. Apa lagi penyokong PAS tunggu. Dah nampak kepimpinan PAS dah tukar warna jadi biru. Kalau nak wallaun juga jenis tolol la nampaknya.
TAK PERLU PANGGIL PAS UNTUK BINCANG.... SAMPAI DEPAN HIDUNG PRESIDEN DEPA LAIN DIPUTUS LAIN YANG JADI.... AL MAKLUMLAH U-TURN
Kepimpinan PAS semuanya bersifat pengecut dan bacul. Isle...isle...di mulut tapi minta berjuang untuk rakyat batang hidung pun tak nampak. Respek buat kepimpinan GHB, PKR dan DAP. Tahniah. Rakyat respek sama u all. Bukan macam peimipin PAS...mana jantan kamu.
klu ketua pemuda pas ni tak pi bersih bukan krn ada yg tak kena dgn bersih,ckp je pimpinan pas yg tinggal dlm pas ni pengecut dan bacul,senag cerita,jgn nak berbelit2 alasan yg di beri
Perhimpunan memang diperlukan jika betul kita ingin tukar PM..ini hak rakyat..tapi jika perhimpunan ini dicemari dengan aktiviti yang tidak bermoral..tak de guna kita bazirkan masa untuk berhimpun.
semoga kita diberi kemudahan dalam kemelut ini..
Dgr cerita bersih 4.0 tkde sambutan dari org melayu.. oh kesiannya..
Ini bermakna GHB bukan lah hebat seperti yg dikata.. pd pengundi melor kelantan tu.. tolong lah undi selain pas sbbnya nnti kesian pd calon lawan takut hilang wang pertaruhan plak nnti keh keh keh...
klu lau dgr cerita dari abobodoh tu,jadi kau pun sama bodoh mcm ketua pemuda pas yg kompom bodoh dan pengecut tu
ulamak klu pengecut,kan ke lebih afdhal masok dlm kain bini,ambik bau je
Tak ada PAS dalam BERSIH 4.0 pun rasanya lebih elok!
Sekarang PAS pun bukan berminat kepada yang BERSIH, dalam Muktamar yang lepas pun banyak kekotoran... macam UMNGOK!
Kalau banyak kotor mesti org dah tknak.. skrg dh terbalik.. yg kata ala2 bersih mcm ghb plak org tkmoh.. caner tu?? Renung2kan..
Huha huha bagus pendapat masing masing.pendapat hadi dlihat sedikit keras tp hadi bkn berdiri sendiri.dia bkn tdk mendengar pendapat org selain pendapat geng ghb.jd jika ingin mengutuk barangkali tak perlu kutuk hadi seorg.perlu diberi perhatian pas mempunyai pandangan sendiri.bkn mengikut sj arus yg lalu.barangkali entah akan hanyut kemana nanti.sila lihat perkembangan yg seterusnya.apa yg pasti najib sudah tersepit.apakah hudud dpt menyelamatkannya.sama sama lah kita tunggu sept atau okt nanti.pada masa itu pendapat kita mungkin akan menjadi lain pula
Walaupun tanpa penyertaan PAS, Bersih 4 berjaya menghimpunkan lebih 100 000 peserta. Pemimpin PAS mesti panas hati tengok ramai rakyat menyertai Bersih 4 ni.
Nak tanya PAS ni... kalau tak bersih... ibadah solat sah tak?
Yg lepas 500 ribu yg hadir.. skrg separuh pun tk sampai.. tkdenya aku nk dengki.. cuba tnya LKS dlm hati manyak monyok.. 90% hadir sepet2 belaka
Lain kali belajar fiqah bab solat.. kalau badan kotor tapi bukan najis sah solat.. kalau badan bersih harum wangi tapi tak mandi wajib solat ko tak sah..
Sebab itulah aku tanya soalan tu kepada PAS... maknanya sah solat tapi busuk.
Takpa tak hadir Bersih.... tapi faham2 sendirilah kalau benar2 berjuang untuk kebenaran.
Sbb tu juga aku bagi 2 jawapan.. walaupun kotor pd zahir Allah SWT terima solat tu.. maknanya bersih didalam.. kalau bersih diluar tapi kotor didalam sendiri mau ingatlah..
Post a Comment