Tuesday, August 18, 2015

Peluang Kerja, Sekarang, Datang Segera, Lumayan.. -Muaz Jabal, Darwin.

Explorers Highway


INI, sedikit catatan perjalanan saya dari Mildura, Victoria, ke Darwin, bandar di utara Australia, dengan kereta melalui highway. Hari ini baru sampai, setelah 3 hari 3 malam perjalanan. Group saya sengaja pilih jalan darat, kami pergi dengan sebuah kereta. 

Kerja-kerja di Mildura dan beberapa tempat sekitarnya sudah agak kurang, dan kami ke Darwin ingin kerja petik buah mangga, untuk cari upah dan gaji lebih. Asalnya kami akan berangkat 6 orang, semuanya asal dari Malaysia, bangsa Melayu dan Islam. Tetapi tiba-tiba terdampar di Midura 3 orang wanita juga dari Malaysia yang kata mereka 'ditipu' oleh sebuah syarikat pengambilan pekerja. 

Mereka dihantar untuk kerja di situ, tetapi kini kerja sudah kehabisan. Mereka merayu minta tolong, setelah group kami berbincang kami setuju membantu memberi pekerjaan kepada mereka. Dua Melayu dan seorang India, semuanya dari Selangor. Mereka ikut kami bersama-sama berangkat ke Darwin, maka jadi 9 orang semuanya.

Kaum Orang Aborigin

Ada suatu pengalaman yang menarik bagi saya dalam perjalanan tersebut. Hari kedua malam dalam perjalanan itu, ketika kereta kami berhenti di suatu kawasan rehat, aku sedang telefon ke Malaysia, sedang bercakap-cakap. Tiba-tiba seorang lelaki berbadan besar hitam tegap menerpa ke arahku. Membuat aku terkejut takut, berdebar-debar dadaku.

Rupa-rupanya dia datang minta rokok. Dia hanya minta sebatang sahaja. Memang rokok di sana amat mahal, hampir RM90 sebungkus. Dan kawasan itu adalah kawasan tempat tinggal mereka. Orang Aborigin adalah penduduk asli atau awal benua Australia dan kepulauan disekitarnya, termasuk juga mencakupi Tasmania dan kepulauan selat Torres. 


Bentuk fizik orang Aborigin serupa dengan orang Papua, kerana memang keturunan orang Papua yang menjelajah ke benua Australia, sekitar 40,000 tahun lalu. dalam perkembangannya, bentuk fizik mereka pada masa ini rata-ratanya lebih kecil dan lebih pendek daripaada orang Papua. Rambut mereka juga keriting, namun sebahagian warnanya kini kemerah-merahan atau coklat pucat, sedangkan warna kulit mereka gelap. 

Kata aborigin daripada bahasa Inggeris yang bermaksud "penduduk asli/penduduk bumiputera", dan mula digunakan sejak abad ke-17 untuk ditujukan kepada penduduk asli Australia pada masa itu. Sebutan ini diambil daripada bahasa latin ab origine, yang bermaksud "dari awal" dan diperuntukan bagi penduduk yang sejak semula tinggal di suatu daerah atau pulau.

Pada mulanya, mereka hidup dari berburu dan mencari ikan. Mereka berburu binatang liar seperti kangaru, dengan tombak, panah, dan bumerang (senjata khas orang Aborigin). Di daerah yang beriklim dingin, kulit kangaru ini digunakan sebagai bahan pakaian. Ilmu kemahiran bercocok tanam dan menternak belum dikenali, disebabkan kelompok anak suku aborigin tidak pernah berkelana jauh dari sumber-sumber air atau sungai.

Mereka juga tidak pernah tinggal lama di suatu daerah. Rumahnya amat sederhana, diperbuat daripada susunan ranting pohon dan dedaunan. dalam masyarakat kesukuannya, mereka dipimpin oleh ketua suku yang biasanya juga merangkap sebagai dukun suku itu. 

Ketua suku juga memimpin upacara keagamaan danperkahwinan. Agama orang aborigin masih tradisional, mereka percaya terhadap adanya Roh Agung yang menciptakan alam semesta dan isinya. Mereka percaya bahawa Roh Agung kadangkala memberi petunjuk dan bimbingan melalui mimpi.

Pada akhir abad ke-18, terdapat di mana-mana sahaja antara 350 dan 750 kelompok-kelompok yang berbeza dan jumlah yang sama daripada jenis bahasa dan dialek. Pada awal abad ke-21, kurang daripada 200 bahasa peribumi tetap dan semua namun sekitar 20 ini sangat diancam kepupusan.

Sebuah laporan dari sumber Australia baru-baru ini mencatat, semakin banyak orang Aborigin (penduduk asli benua Australia) yang meninggalkan Kristian dan menjadi Muslim. Seorang profesor sosiologi agama yang menetap di Australia, Prof.Adam Possamai menuturkan, jumlah penduduk Aborigin dan Kepualuan Selat Torres yang menjadi Muslim meningkat antara 600-1.000 sepanjang 2001-2006. 

Angka ini, kata dia, menunjukkan kenaikan 70-80 persen pada tingkat konversi orang Aborigin terhadap agama lain.
Orang Aborigin memeluk agama Islam telah mengubah cara hidup mereka kepada lebih tamaddun dan sempurna.

Okey, kini saya di Darwin, besok saya akan mula berkerja. Kami akan beri kerja mudah kepada 3 wanita yang bersama kami ini, yakni kerja di dalam bangunan packing buah mangga. Tidak panas, biar kami yang turun padang. 

Tempat ini tidak banyak bezanya dengan Malaysia. Kalau Malaysia merupakan negara panas dan lembap sepanjang tahun, tetapi Darwin terbahagi kepada dua season. Iaitu panas dan kering (July -Dec), dan panas dan lembap (Jan - June). Ia tetap kawasan yang beriklim panas..


Jadi apa yang saya nak jelaskan di sini, sesiapa yang berminat nak kerja di ladang Austerlia, inilah masanya. Peluang kerja masih ada, masa untuk buat duit.. Hubungi segera, untuk terus ke Darwin. Sekarang!

Dariku Yang Benar, 
Muaz Jabal.

17/8/2015, Darwin, Australia.
Tel di Malaysia, sila pakai no 014 2225865. (Ibnu Hasyim akan menjawab, buat masa ini.)
e-mil Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com


Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails