Siapa sanggup derma RM2.6b tanpa balasan? Bekas MP, Datuk Husam Musa berkata sumbangan RM2.6 bilion melalui akaun Datuk Seri Najib Razak sememanganya satu bentuk rasuah jika melibatkan tugas rasmi perdana menteri.
Ia tetap menjadi kesalahan walau sumbangan berkenaan dibuat tanpa sebarang balasan, kata ADUN Salor itu yang memetik peruntukan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
“Ini adalah kerana menjadi kesalahan bagi perdana menteri menerima wang secara peribadi tanpa sebarang balasan jika penderma mempunyai hubungan atau kepentingan dengan tugas rasmi perdana menteri menurut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
“Siapakah yang sanggup menderma jumlah sebanyak itu jika tidak berharap sebarang balasan?,” soal Husam dalam kenyataannya.
Katanya, penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang itu merupakan derma dan bukan rasuah juga menimbulkan banyak persoalan.
Lebih-lebih lagi, keputusan itu dibuat tanpa memanggil Najib memberi keterangan, kata bekas naib presiden PAS itu lagi.
“Jika benar wang tersebut adalah wang penderma, bagaimana SPRM boleh mencapai hasil tersebut dalam keadaan perdana menteri belum dipanggil memberikan keterangan?
“Kenapakah dakwaan awal berkenaan wang tersebut disalurkan dari akaun 1MDB boleh pula bertukar kepada wang penderma hanya selepas 48 jam pejabat SPRM diserbu cawangan khas?,” soalnya.
Setakat ini belum dapat disahkan sekiranya pihak yang membuat sumbangan tersebut terlibat dalam sebarang urusan rasmi Najib. (Suntingan dariMK)

Lihat ..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
1 comment:
Putaran alam dlm.kehidupan. Bila kita dilantik menjadi pemimpin jgn kita menindas rakyat kita
Post a Comment