Sunday, August 09, 2015
Tawaran Perundingan PAS-GHB Terbuka Demi Halang BN. GHB Sila Sambut!
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang perpecahan tidak menguntungkan PAS atau Gerakan Harapan Baru kerana ia memberi peluang Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa. - Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.
WEBLOG Ibnu Hasyim menganggap, kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus berharap agar pemimpin parti itu yang berhasrat bergerak bersama Gerakan Harapan Baru (GHB) membatalkan hasrat mereka dan terus kekal bersama parti Islam itu, adalah suatu tawaran perdamaian antara sesama parti buat masa ini.
Menurut The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, sebarang perpecahan tidak menguntungkan PAS mahupun GHB apabila ia bergerak sebagai sebuah parti kelak. Sebaliknya kata beliau, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa akibat perpecahan itu.
"Lebih kecil kita berpecah, lebih besar peluang Umno memerintah," katanya pada sidang media pada rumah terbuka Aidilfitri PAS di Gombak, petang ini.
Menurut editor Webloog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim, "Tawaran perundingan sudah dibuka kepada yang masih sesama parti.. Dengan bukan parti Islam boleh, takkan sesama ahli masih tak boleh. Sila kemukakan syarat perundingan. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.."
Sementara itu, menurut akhbar milik Umno itu, tindakan disiplin boleh diambil berikutan kumpulan "haluan kiri itu" tidak mengendahkan amaran pucuk pimpinan parti dan perbuatan tersebut dilihat bercanggah dengan dasar perlembagaan parti yang tidak membenarkan ahlinya menyertai parti lain.
Tanpa memetik daripada mana-mana sumber, Utusan Malaysia berkata ketetapan awal mungkin dilakukan bagi memastikan GHB yang bakal mengisytiharkan penubuhannya sebagai parti politik pada 14 Ogos ini tidak terus menyebarkan pengaruh bagi menarik lebih ramai ahli untuk melompat ke parti baharu.
Malah dikatakan ahli di peringkat akar umbi terus mendedak barisan pemimpin supaya bertindak lebih tegas menyingkirkan kumpulan tersebut daripada parti lebih awal walaupun secara dasarnya mereka yang menyertai GHB akan terlucut keahlian secara automatik," lapor akhbar tersebut hari ini.
8 Ogos, 2015.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Untuk masa kini rasanya kurang sesuai untuk GHB menyambut ajakan Pas untuk perundingan seolah2damai antara 2 kelompok.sebab ,luka peminmin GHB masih bedrdarah oleh itu biarkan masa yang menentukan akan ada jalan untuk bersama berjuanag ,Biarkan Peminpin ulamak Pas bertengan dahulu ,buang serban atas kepala agar oksijen bersih mneyerap di dalam kepala agar pemikiran masing2 tenang keran sekarang otak ulamak Pas masih berserabut ,tak tahu mana kaedah yang betul ,SekiraayGHB terus mnereima ajakan Pas ,GH akan tahu apa akibat yang akan berlaku pada parti harapan ini dengan tidakan oleh penyokongnya.hati2 dengan umpan serban dan jubah ,
Satu Cadangan yg menarik!!kenapa datang dari TITM!Kenapa tidak melalui AGM!Bagaimana president?bagaimana mursydul am?bagaimana dr.Zuhdi,bagaimana Mohktar snake?bagaimana group-group yg mengeBOOOO,bagaimana group-group yg bersusah payah membuat document2 agent yahudi,LGB,agent DAP,liberal,kominis,jebon,harakiri dan belbagai lagi.Bagaimana DUPP dan AJK2 lain dan ahli-ahli yg fanatik terutamanya dari terengganu.
pada pendapat saya cadangan yg baik ini datangnya dari TITM/ustaz Idris sahaja.Adakah kesemua penjawat atasan PAS mengakui kesilapan sendiri,umpamanya penipuan "CHAI",Fitnah memfitnah yg berleluasa yg dibiarkan oleh yg so called ulama dan grand design yg dirancang sejak sekian lama utuk menjatuhkan golongan progressive. Maaf cakap, saya rasakan "MUSTAHIL" perkara ini dapat lakukan, kerana nasi sudah menjadi bubur.Manamungkin saorang dua sahaja yg mengusulkan,sedangkan top-top gun/policy maker dalam PAS lebih selesa bersendirian.
ADALAH MEMBUANG MASA YG AMAT BERHARGA,jika perkara-perkara ini dibincangkan.Kita sudah tahu akan jawapannya.Adalah TERLEBIH BAIK jika PAS dan GHB, berlumba-lumba berbuat kebaikkan mengikut garispanduan yg ditetapkan oleh parti masing2,pemimpin2 parti masing2 berlumba-lumba mengtarbiah ahli-ahli mereka dgn akhlak yg baik,berlumba-lumba berkhidmad untuk rakyat/masyarkat,sekurang2nya bila ada 2 parti boleh mengajar ahli-ahli apa erti kawan,apa erti amanah,kejujuran dalam mengendalikan gerakkan/kumpulan politik.Persaingaan kerja-kerja yg baik dan sehat antara-satu samalain,adalah lebih baik daripada kita duduk sebumbung,tetapi ada hati yg was-was,kumpulan negeri itu nak kalahkan kumpulan negeri ini,geng ulama tak setaraf dgn geng2 biasa dan berbagai lagi benda-benda yg nega
tive.Bagi saya kewujuddan GHB, adalah sebagai Check and Balance pada PAS,Bukan sebagai pesaing tapi sebagi alternative pada rakyat untuk menguruskan"KEPELBAGAIAN" rakyat untuk mendapat rahmat ALLAH.PAS dah memang confirmed tidak boleh bersama dgn berbilang kaum (sebab nak jadi ketua,walaupun bilangannya sedikit),mereka berpuak-puak dan terlalu menebal terutama dari terengganu.Sekurang2nya GHB membuat tawaran untuk rakyat Malaysia.
Wallahualam.
Mursyidul Am na ka Pulau Nangka Melaka na cari harta karun
Beliau na sambung.usaha yg gagal pada 1997 walau dah betapa 40 hari
Apabila dah tertubuh parti baru bolehlah PAS putuskan melalui AJK Pas Pusat ke MSU ke, Muktamar ke untuk berbincang dengan parti baru. Tetapi mestilah mendapat restu MSU dulu kan atau Mursidul AM. Naib Pres mana boleh buat mcm tu nanti jadi mcm Mat Sabu dipanggil Jebon dan selain nya pula.
Tuan Haji
TITM tidak mewakili kumpulan ultra hardcore dibawah HH yang menguasai kepimpinan PSAS. Acapkali TITM terpaksa buat u turn apabila sikap rekonsiliasi yg ditunjukkn kpd GHB tetpaksa dibuat untuk menyelaraskan dengan pendirian kumpulan HH.
Pimpinan GHB amat arif dengan cara politik TITM dan pemikiran puak HH ini untuk mengambil serius kenyataan TITM ini. Kita juga jangan turut melatah dengan kenyataan TITM ini dengan melupakan keseluruhan senario yg ada gari ini.
Faktanya puak HH terlampau ego dan keras hati dan tidak dapat menerima kewujudan GHB. Mereka terlalu mementingkan diri sendiri untuk mengambil tindakan memulihkan perpecahan yang teruk sedang melandakan PAS. Secara dalaman PAS, sudahkah digerakkan usaha untuk menyembuh luka-luka akibat perpecahan ( yg mereka sengaja cipta juga) di semua peringkat? Apakah sebagai pemimpin sudah mereka sendiri memulakan usaha memulihkan keadaan dengan cakap dan tindakan yg boleh merapatkan perpaduan ahli-ahli. Jawapnya one big NO tuan haji.
Mungkin kita masing2 mempunyai soft spot kpd PAS. Namun kita xleh terlalu emosional dgn nostalgia lama kerana yang lama itu sudah lama berlalu dan realiti yg ada lain samasekali. Hakikat tang jekas ialah HH dan geng masih tebal dgn sikap ego, sombong dan asobiyah kumpulan. Hakikatnya, dia akan menghancurkan PAS DAN KITA TIDAK BOLEH BERBUAT APA-APA( helpless).
So, jangan seriuslah kenyataan TITM. Itu hanya permainan politik TITM untuk servive dlm politik. 100% geng HH pun tak, GHB jauh sekali. Hanya main tarik tali je dia ni...
Ramai yang tak perasan kenapa tak boleh bersama ..sebenarnya group GHb ialah pemimpin dan group ug berfikiran pengurus... Mungkin ada beberapa orang berfikiran macam pemimpin mungkin TITM dan ustaz idris yang lain pengurus .apa beza pemimpin pengurus ..pengurus menggunakan kuasa ..pemimpin gunakan pengaruh ..taip je beza pemimpin dan pengurus ... Atau dalam bi managers and leader's punya banyak beza....perbezaan cara fikir ni dibentuk dari kecil ..dan sangat sukar diubah...walau pun ada doktor atau jurutera dalam pimpinan PAS sekarang semua berfikir macam managers .. Kalau ustaz dalam GHb mereka mereka berfikir sebagai leader's.. Lepas muktamar semua leader's dibuang yang tinggal managers ...dan yang nak keluar PAS sekarang dari akar umbi pun leader ..maka PAS tiada pemimpin yang ada pengurus.. Macam mana nak pimpin rakyat..gabungan tak logik sebab ug pasti nak dok atas pengurus nak pimpin pemimpin manakala boleh ...GHb dok atas pimpin pengurus boleh .....so GHb buat lah parti baru kami semua PAS yang berfikir macam leader akan keluar PAS ..kami sokong jamaah Islam bukan parti walaupun bersama PAS penuh nostalgia. Sejak kecil.
PAS sebuah parti yang ada integriti dan kekuatan tersendiri terutama dari saf kepimpinannya, ulamak belaka.Pasti PAS mampu menghadapi dan mengalahkan UBN dengan mudah dalam PRU14 akan datang. PAS tidak perlu bergabung dengan pihak-pihak lain terutamanya GHB yang dipimpin oleh puak2 JEBON, PARASIT, SEKULAR, ANWARINAS, KUDA TUNGGANGAN DAP, LIBERAL, DLL yang tak larat nak disebut.Jika bergabung pasti SEJARAH LAMA akan berulang....So tak payah lah nak buang AIR LIO memberi cadangan untuk bersatu/bergabung dengan parti2 pembangkang lain.PAS perlu mengotakan apa yang dikata " ISTIQAMAH SEHINGGA MENCAPAI KEMENANGAN ".Tapi bila aku PIKIO2 kenapa TITM ni buat cadangan serupa ini. Apa gunanya nak mengalahkan UMNO sedangkan PAS sendiri tidak berhajat kepada MENANG.
pas hanya untuk ulamak yang cakap kotor2 saja kami tak hinggin langsung.
Wa rasa selagi lebai Hadi sendiri tak menyeru..maka sebarang kenyataan dari org bawahan blh letak tepi..
Buang masa layan..sbb lebai Hadi ni blh guna kuasa vetonya bila2 masa utk u-turn
Jgn sampai dipatuk oleh ular yg sama dua kali
Lg sgt2 bahaya skali..jgn sampai dipatuk belit sorban ularrrrMak fakeh ini berkali2
Klu jumpa ular dgn ularrrrrMak fakeh tu,yg mana satu kita bg mampoosss lebih dahulu?
Maseh ingatkah kat tasek Kenyir? Terapong2 ularrrrrMak ini ber bai'ah mngutuk jebon
Jgn jd tolol siku lutut prcayakan spesis ini lg!
Betul2 dekat hari undi, depa buat fitnah lg!!
Tanam itu bangkai..kasi buang jauh2!
Kasi bungkuss, kasi mampooss!
Bakar kasi hanguuussss!
kalu hadi sendiri yg seru pon belum tentu langkah yg baik utk dsambut kalu refer rekod tuan guru haji hadi..terbaik ialah pas sendiri melipat kali ganda menerusi presiden dan mursyidol am attack bn habis habisan...turun padang mcm dulu...baru akan ada jambatan yg mungkin terbuka dalam PR yg lama...klu setakat tak mau mai meeting pas tu dok meroyan buat statement merapu dlm utusan pakai hasrat THTM jadi tak laku...bab u turn ni mmg dah sebati dlm langkah politik Haji Hadi...bab u turn ni dia mengalahkan M. Kaveas
Ularmak punya cakap...tak ada kerja lain nak tumbang sana tumbang sini...orang sebagai ulamak...damaikan sesama islam...
,Kenapa TITM seorang saja yang beria-ia benar hendakkan PAS bergabung pula dengan GHB padahala GHB belum pun lagi ujud sebagai parti politik setakat ini hanya sebagai NGO yang baru di isytihar belum pun diluluskan oleh ROS untuk berfungsi sebagai sebuah NGO ,nampak sangat kepimpinan AJK pusat PAS mengelabah dan hilang arah pabila tiada sambutan diketika mengadakan ceramah oleh TITM sendiri di kelantan baru-baru ini,apakah suara TITM akan didengari oleh presiden yang bongkak itu,aku baru balik dari selangor dan pada 6/8 iaitu hari hari jumaat aku telah bersembahyang jumaat disebuah masjid di shah alam seksyen 27 ,biasalah sebelum solat diadakan tazkiraoh dan penceramah yang sama juga yang menjadi khotibnya,maka terjadilah ceramah bukan lagi tazkiroh dan khotbah sebabnya aku percaya PAS telah menghantar wakil untuk menyeru ahli bawahan mereka untuk tidak menyahut seruan dari GHB yang begitu kuat dikawasan tersebut,sekarang kita dapat lihat bagaimana gelabah gajah dari pemimpin PAS dengan GHB ini.Kita tunggu dan akan sokong GHB ,takbir!!!!!!!!!!!.
Kau orang fikir lah masak2. Bila beberapa org pemimpin tertinggi PAS berkata "mereka berpolitik bukan menjadi tujuan besar utk mengambilalih Puterajaya tetapi utk mendapat keredhaan Allah"...adakah mahu lagi memilih mereka2 ini. Tak ada tujuan. Tak ada matlamat dlm politik utk menang. Tak ada cita2 mahu menang dan memerintah. Kita mengundi mereka utk menang..tetiba..mereka pula kata tak mau m.enang.
So...buang masa saja memilih mereka.
Jadi aku nampak PAS ini hanya layak sebagai pertubuhan agama. Kira hormati.mereka sbb mereka ahli agama. Mereka layak dan patut dihormati sebagai pertubuhan dakwah TETAPI bukan parti politik. Mereka kini tak bijak dlm berpolitik. Mereka tidak peka keadaan semasa. Yg paling malang mereka tiada cita2 utk menang dan menukar kerajaan yg korup yg ada. Jadi, bila rakyat diajak berpolitik..maka...mereka pemimpin2 yg hendak dipilih kena bijak berpolitik. Jangan menginaya pengundi. Kami tak mahu pepimpin politik yg tak ada cita2 dlm politik. Sbb itu ada ulamak dan ada umara'
.
sprm
sila siasat Khairy anak haram jamaluddin terima rasuah beli ecm libra
Harap kita semua ahli umno bersatu. Nama umno/bn busuk diserata dunia akibat salahlaku pm kita. Mengapa mesti mempertahan sorang individu yg merosakan sebelanga nama umno/bn. Umno bukan parti individu. Umno bukan ketandusan pemimpin. Masyarakat dunia melihat ini sebagai salahlaku kerajaan yg ada dibawah Najib. Banyak keraguam yg ditimbulkan. Banyak pelanggaran undang2 yg termaktub yg dihalalkan dlm kes najib ini. Banyak salahguna kuasa utk mempertahankan najib.
Marilah ahli2 umno sekelian. Kita bersatu. PM najib wajib berundur untuk demi masa depan umno bn.
Sudah terlambat kalau kita masih terus mempertahankan najib. Rakyat nakin muak dgn permainan pm kita. Negara luar mon tidak percaya dan yakin dgn kerajaan yg ada. Sudah jelas itu satu rasuah.
Jangan tetlambat wahai ahli2 umno. Jika pembangkang berjaya memerintah nnt..sudah pasti umno/bn akan lebih teruk. DAP akan tetus betkuasa mendominasi parti2 yg lain. Mereka akan ikut telunjuk DAP. Umno dan org melayu akan metana dikala itu.
Jadi jgn kerana mahu mempertahankan seorang pemimpin yg jatuh kredibilitinya maka keseluruhan umno/bn hancur
Paspispus dh takot kalah....kahkahkah
Post a Comment