Saturday, August 22, 2015

Tinggalkan DAP Kerana Strategi DAP Kuasai PKR/PAS -Shen Yee Aun (SYA)


Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) (gambar di sebelah) mendedahkan bagaimana strategi licik DAP menguasai PKR dan PAS sebagai modus operandi untuk memecahkan undi Melayu/Islam di Malaysia.
Menurutnya, dengan perpecahan undi Melayu/Islam kepada UMNO, PAS, PKR dan parti Islam baharu, ia bakal menguntungkan DAP sebagai ‘King Maker’ politik di negara ini.
SYA adalah bekas Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.
Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS
1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan protes membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protes yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB (Selangor) dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab.
3. Kekayaan, kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.
4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang, Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya, Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka.
5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggulingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya, rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingkirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu.
6. Namun begitu, LGE dan DAP bukanlah calang – calang orang. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjudian yang mudah. Oleh itu, semasa kempen dan pemilihan PAS, LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan Lim Guan Eng (LGE) dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin – pemimpin tajaan DAP.
7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang. Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini, DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang.
8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat.
9. Keadaan ini juga membuka ruang untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu. Sekirannya terhadap parti politik Melayu/Islam baharu dalam Pakatan Rakyat maka kebarangkalian untuk pertembungan 3 pihak akan berlaku ( PAS VS UMNO VS Parti Baharu Melayu/Islam Pembangkang ). Keadaan ini akan memberi kelebihan lebih kepada DAP untuk terus memenangi kerusi terbanyak dan selepas ini mungkin lebih banyak dalam pakatan pembangkang mereka.
10. Ketika PAS vs UMNO undi Melayu sudah berpecah kepada 50% 50%. Bayangkan kini ada puak ketiga ?
Berapakah lagi peratusan pengaruh Melayu dalam arena politik di negara kita ?
(Diangkat dari https://jamaahdalamjamaah.wordpress.com)
Bersambung..  SHEN YEE AUN: SAYA TINGGALKAN DAP KERANA PALING CEPAT BERASUAH DI DALAM DUNIA, ANWAR ROSAKKAN DAP.

16 comments:

Anonymous said...

Kah...kah...kah..
weiiii...young boy
cikalang lu joint mana parti
mca....gerakan....umno???

Cikalang lu sulah lapat itu wang "derma" ka
Belapa RM juta itu najib sulah kasi

Kah...kah...kah

Anonymous said...

itulah permainan dap sebenarnya...mamposlah mangkok2 GHB tu...

Anonymous said...

Melayu UMNO jgn di bagi muka lah

Anonymous said...

Point no 4 tu bagus. Baru THH dan jemaah Pas ghb semua tahu apa itu cash is king mcm yg Najib cakap. Azmin pun pengamal CIK jugak. Bukan Azmin saje kebanyakan penguasa melayu perangai macam tu.
Lepas ni suruh lebai dan ulamak Pas muzakarah tentang peristiwa kekalahan perang di masa Rasulullah dulu. Bila sahabat2 tewas kerana memungut Emas yg diumpan tentera kapir. Itulah korang yg sebenar pada hari ni.
Jangan perasanlah jadi daulah Islamiah.

Anonymous said...

Cikalang wa sulah kaya woooo...
sulah lapat "luit derma"
Ini kali wa hantam DAP

Esok wa lapat luit "derma" lg
wa hantam umno pulak

Wa business loooo
sapa kasi luit lebih.. wa proceed saja ma

Anonymous said...

hahhahah....terima kasih tuan ibnu, PAS nak bela orng melayu kerana takut DAP nak menguasai PAS, orng cina datang kat PAS kata orng cina nak tawan melayu hebat-hebat.Tahniah-tahniah biar negara lingkup, asalkan permainan isue perkauman dimainkan.

Anonymous said...

Hj Hadi la ni sudah pandai cakap..."melayu...islam"
Dulu masa muda bukan main....pantang kalau sebut2 pasal bangsa dlm ucapannya..islam tak benar kan lah...islam bukan utk satu bangsa lah...dia tentang umno kerana umno mengamalkan parti berpuak2..
dan lain2 lg lah..
Sejak berkawan dgn Hassan Ali dan berbaik2 dgn umno..pandai pula bercakap pasal melayu..
he3

Dunia dah terbalik kot....!

Anonymous said...

shua adalah org yg menyokong bn selepas keluar dr dap dipercayai dibeli umno bn..jd apa sgt yg kita nak hrpkan dr dia..dia sekarang mengutuk pakatan rakyat dan puji bn..tiba2 dia nak jd penyelamat pas dr tangan dap..kahkahkah..ibnu hisyam lebih ko gi dptkan komen zul nordin dan gobalakrishnan tentang pkr...kahkahkah..habis modal..sokong pas, pas pun dah nak berkecai..

Anonymous said...

Budak kecik itu pun blogger ibnu hashim boleh pungut... apalah tahap bangang punya blogger ni... carilah yang matang sikit wooi...!

Anonymous said...

Very young boy. Mana hj kutip ini budak? Dari Utusan ke? Mcm baru lepas Spm. Haha. Cari lah yg matang sikit. Mcm Wee choo keong ke? Mari kita ketawakan pak hashim. Kahkahkah

Anonymous said...

Bn pimpinan najib sgt teruk. Muhyidin Shafie Apdal dll dah tk sanggop nk sokong najib dah. Takkan rakyat nk sokong najib pulak? Najib bullshit kata mahathir. Najib terus pimpin msia akan jadi spt Greece. Bankrup. Hahaha

Anonymous said...

boleh le pas ambil budak cina ni jadi ketua pemuda untuk gantikan nik abduh yg bodoh dan bangang tu,tentu pas akan lebih berjaya nanti dlm menentang pakatan2.0

Anonymous said...

Yannei dei thamby cit cit poooraaah !........... kami dari parti Ameena Curry son of MIC, anak saudara of PPP and kawan punya kawan punya saudara of IPF sanggup menjadi macai dan balaci Dap. Oleh itu restu dpd tuan guru LKS dan LGE sangat kami cari2 dan kami sanggup membuat fitnah dan tohmahan demi survival politik kami dan sekiranya kami disaman kami akan pohon maaf utk selesaikan masalah sbgmana yg dilakukan oleh mentor kami Saifuddin Nasution.......Dusyum ! Dusyum ! PKR Parti Kelentong Rakyat = GHB Geng Hipokrit Barua = sama2 Kaki Auta !

Unknown said...

Rupanya umno tidak lagi menjadi musuh nombor wahid pascai. Pascai sudah buta mata dengan kebejatan dan angkara huduh umno. Makanya bertepuk tanganlah mat maslan kerana watak paling bodoh dan lembab telah diambil alih oleh pascai. Sungguh .. pascai seumpama telah diindoktrinasi oleh biro tata negara. Hidup melayu.

Unknown said...

Rupanya umno tidak lagi menjadi musuh nombor wahid pascai. Pascai sudah buta mata dengan kebejatan dan angkara huduh umno. Makanya bertepuk tanganlah mat maslan kerana watak paling bodoh dan lembab telah diambil alih oleh pascai. Sungguh .. pascai seumpama telah diindoktrinasi oleh biro tata negara. Hidup melayu.

Unknown said...

Rupanya umno tidak lagi menjadi musuh nombor wahid pascai. Pascai sudah buta mata dengan kebejatan dan angkara huduh umno. Makanya bertepuk tanganlah mat maslan kerana watak paling bodoh dan lembab telah diambil alih oleh pascai. Sungguh .. pascai seumpama telah diindoktrinasi oleh biro tata negara. Hidup melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails