Tuesday, September 15, 2015

2 Wanita Tak Berbaju Lompat Ke Pentas Ganggu Majlis Sidang Muslim. Video/gambar.

 DUA wanita yang masing-masing berumur 25 dan 31 tahun berkelakuan biadap apabila mengganggu satu majlis persidangan muslim di Pontoise, Perancis. Rakaman kejadian memaparkan kedua-dua wanita terbabit yang dalam keadaan tidak memakai baju melompat ke atas pentas dan mengejutkan dua lelaki muslim yang ketika itu sedang berada di pentas.



Kedua-dua wanita tersebut kemudian merampas mikrofon menyebabkan dua lelaki tersebut berundur ke belakang pentas. Di belakang badan wanita terbabit, tertulis ayat "Nobody makes me submit". Orang ramai berang dengan tindakan wanita tersebut sehingga ada yang tampil ke atas pentas dan menendang salah seorang dari wanita terbabit.

Identiti wanita yang terbabit masih belum diketahui tetapi laporan menyebut mereka adalah aktivis dari kumpulan Femen. Kumpulan Femen adalah kumpulan yang bermula di Ukrain pada 2008 terkenal dengan kelakuan mereka bertelanjang untuk menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan atau organisasi yang tidak mereka gemari. (IH)


Video.

2 comments:

Anonymous said...

Agama Islam sedang berkembang di Eropah dan Amerika dengan pesatnya di mana sebilangan orang Yahudi seperti Maryam Jameelah, Michael David Shapiro dan Prof. Abdullah Shleifer dll dan ramai orang-orang Kristian termasuk paderi dan pendakwah Kristian seperti Dr. Jerald F. Dirks, Kenneth L. Jenkins, Dr. Gary Miller, Martin John Mwaipopo, George Anthony dll telah memeluk Islam dan sebahagian gereja berubah menjadi masjid.

"Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."(Ibrahim 14:1)

Maka kita tidak hairanlah jika kita melihat musuh-musuh Islam merasa dengki dan sakit hati melihat perkembangan Islam menyebabkan mereka mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan Islam dan mengganggu majlis-majlis ilmu Islam di Amerika dan Eropah. Bahkan mereka menyerang dan memusnahkan negara-negara umat Islam dan membunuh orang-orang Islam.

Semasa agama Islam sedang berkembang di Barat, sebilangan orang Melayu dan pemimpin Melayu sekular rela diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk menentang ajaran Islam dan hukum Allah di negara ini. Inilah contoh manusia sesat lagi menyesatkan.

"Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya." (Ibrahim 14:2-3)

Anonymous said...

FEMEN = Female Barbarians

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails