Monday, September 14, 2015

Ada Pula Pelacur ‘elit’, Penjudi, Tapi Dihukum Penjara..

Mei Mei
BEIJING – Seorang pelacur kelas atasan yang menghebahkan gaya hidup mewah sambil mendakwa dia seorang pekerja Palang Merah dihukum penjara selama lima tahun ke­rana menjalankan aktiviti perjudian haram.
Menurut dokumen di Mahkamah Daerah Dongcheng, Guo Mei Mei dituduh menjalankan operasi judi haram di pangsapurinya di sini dengan pertaruhan mencecah hampir tiga juta Yuan (RM2 juta).
Beberapa gambar di akaun laman sosial wanita itu sebelum ini menunjukkan kereta Maserati dan Lamborghini yang didakwanya dihadiahkan atas kerjanya sebagai seorang pengurus kanan.
Penyebaran gambar tersebut bagaimanapun menimbulkan kemarahan orang awam selain kebimba­ngan sama ada pertubuhan Palang Merah telah me­nyalahgunakan derma yang dite­rima pertubuhan amal itu.
Mei Mei kemudian menarik balik kenyataan me­ngenai pengli­ba­tannya dalam Palang Merah sebelum dia didedahkan menjadi pelacur kepada golongan elit yang kaya di China dengan kadar bayaran kira-kira 300,000 Yuan (RM202,000) untuk satu malam.
Pertubuhan Palang Merah berdepan dengan kesukaran mendapatkan derma sejak diheret ke dalam skandal wanita tersebut, menyebabkan Mei Mei mengeluarkan kenyataan memohon maaf di rangkaian te­levisyen tempatan, sambil memakai baju oren seorang banduan.
“Saya suka menunjuk, saya mempunyai pemikiran budak kecil yang suka berlagak. Saya mahu membe­ritahu pertubuhan Palang Merah bahawa saya memohon maaf. Saya juga mahu memohon maaf lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak mene­rima bantuan,” katanya.
Perjudian kebanyakannya dijalankan secara haram di tanah besar China tetapi dibenarkan di beberapa tempat lain di Hong Kong dan Macau. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lumrah sifat kemanusiaan menolak maksiat judi, dan pelacuran atau najis zina. Hanya kerajaan sekular sahaja yang mempertahankannya, walaupun mengaku negara umat Islam.

3 comments:

Anonymous said...

Hanya org bkn islam yg memusuhi islam yg tak nampak molek islam.islam sudah lama dimalaysia mustahil mereka tak tahu yg islam ni molek belaka selain mereka dengki.semoga Tuhan menunjukkan jln keluar dr kesempitan kita.tp org islam pun mungkin ada yg buat tak molek juga.Tuhan kata bencana adalah disebabkan tangan kamu sendiri.apa yg jadi dikelantan semoga Allah memberi keampunan kepada kita.Dia yg sentiasa menerima hambanya kembali.selagi kita tdk lari dr dasar perjuangan.

Anonymous said...

Fuh kalau Peliwat satu Malaysia melihat gambar wanita cina ni pasti meleleh air liurnya. Kepada Pak Haji Hasyim carilah gambar2 wanita seksi dan cun serta cerita yang lebih menghairahkan untuk dikongsi.

Anonymous said...

Kongkek,liwat semuanya ebih seronok dengan china doll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails