Gambar Tunku Aminah dan Tunku Ismail yang diambil daripada Instagram milik putera Johor itu.
JOHOR BARU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.
Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat.
"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," kata Tunku Idris.
Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung. Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.
"Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" soal Tunku Idris.
Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya. Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir.
"Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya - siapalah kita untuk menghakimi," kata Tunku Idris. -mstar-
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesihan, kepada mereka yang masih tercari-cari pengertian aurat dan pakaian dalam Islam. Mana ulama-ulama kerajaan pembimbing umah, apa lagi dalam membina tarbiah keluarga pemimpin-pmimpin negara ini.. Ulama dan umarak perlu berganding sama-sama..
15 comments:
NOH GADUT..MANA NOH GADUT..
SONYAP SAJA DATUK NI...
Sudah kena beli dgn wang (baca dah lama dahh..) sama jg seperti pan yg dibeli oleh dap utk jual agama demi pakatan(kononnya)..geng 18 sure tersenyum dgn komen ambe ni..hudud xperlu lg sekarang, kena ikut kata dap(baca dicucuk idung)..punggah
Hello Rambo.. Malaysia ni DAP ke yang perintah? Apa kena mengena hudud dengan PAN dan DAP? Kenapa hudud tudak ko kaitkan dengan UMNO? Opss.. UMNO bukan kerajaan ekkk... kehkehkeh..
RAMBO KAU SEKOLAH KE TIDAK....?
HURU HARA TULISAN KAU.
Ramboo sekolah darjah 3 pun x lulus..poorah...
RAMBO baru keluar hutan...sbb tu terpinga2
kah4
Haji Hadi, Dr Harun Din ! Tolong bagi jawaban . Kenapa diam saja, cakap hudud berdegar degar, ada dua standardkah pasal menutup aurat ? Tunku Ismail & Tunku Aminah tak bersalah .
Yen..adakah hj hadi & harun din saja yg mengajar agama..kenapa awak tak sebut mufti johor atau pun sultan johor..sebab sultan johor bapa dia..ketua agama islam negeri johor..kenapa nak tuding pd orang lain..tentang aurat masa sekolah rendah pn sudah diajar tentang aurat
Tanggongjwb noh gadut penasohat JAJ. Mkn gaji buta atau sibuk korban lembu. Contoh ulama ussuk. Bodek aje tau. Pastu masyukk. Kahkah
Allah dan rasulNya telah memerintahkan orang-orang Islam (Muslim) menutup aurat mereka. Malangnya masih terdapat manusia-manusia jahil yang menggunakan alasan-alasan karut atau bodoh untuk mengingkari atau menentang hukum-hukum Allah.
MENUTUP AURAT ADALAH WAJIB KE ATAS SEMUA ORANG ISLAM (MUSLIM) TERMASUKLAH ORANG ARAB DAN ORANG MELAYU:
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."(Al-A'raaf 7:26)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."(An-Nuur 24:31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Al-Ahzaab 33:59)
Maka berkatalah seorang jahil yang tidak pula menyedari kejahilan dirinya sendiri "LEMBU pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain."
Bagaimana seorang manusia boleh membuat kenyataan yang bertentangan dengan ajaran Islam? Mana mufti dan ulama-ulama Johor...... tidurkah?
Salam semua,
Saya teringat suatu kisah 2 orang pemuda memarahi seorang umara'. Kata umara' itu, Allah pernah mengutuskan 2 orang yang lebih baik daripada kamu untuk menegur (berdakwah) kepada orang yang lebih zalim daripada aku, Allah menyuruh menegur dengan bahasa yang lemah-lembut.
2 orang yang lebih baik daripada kamu bermaksud Nabi Musa dan dan Nabi Harun sementara orang yang lebih zalim daripada aku bermaksud Firaun!!!
Habis tu korang ni lebih baik daripada Nabi Musa dan Nabi Harun ke, yang Putera Johor tu lebih jahat daripada Firaun ke??? Logiklah kalau abang mempertahankan adiknya. Kalau nak tegur tu bersantun dan berhikmahlah.
Hidayah Allah datang kepada hampir semua penduduk Mekah selepas pembukaan Kota Mekah selepas lebih kurang 20 tahun Rasulullah berdakwah S.A.W. Tak ada pulak Rasulullah memarahi ketua-ketua di sana 'sudah kena beli dengan wang'!!!
Dan jangan ingat orang yang tak tutup aurat tu masuk neraka, perbuatan tak tutup aurat tu berdosa tapi mana tahu dengan izin Allah pahala buat baiknya lebih daripada dosanya dia yang masuk syurga korang yang sibuk salahkan mufti, Dato Haron Din, Haji Hadi tapi berdakwah sendiri tak nak, dosa lebih banyak daripada pahala masuk neraka!!!
Saya bukanlah nak melabel orang neraka syurga tetapi Islam itu luas, bukan pasal menutup aurat dan hudud je. Tidak menghampiri orang yang zalim dan berbuat baik pun sebahagian daripada ajaran Islam!!!
Yang jahil,
Nobody
En Rambo III,
Hudud je ke ajaran Islam??? bersikap adil bukan sebahagian daripada ajaran Islam ke??? Tidak menghampiri orang yang zalim kelak terkena percikan api neraka bukan ajaran Islam ke??? Memang ada nas pasal tu!!!
Kita label orang tunggangan DAP kita ni bukan kuda tunggangan UMNO ke??? Kita kata DAP tolak HUDUD, UMNO bukan je tolak HUDUD, menganiaya rakyat dengan GST, menghabiskan duit negara dengan 1MDB, melingkupkan FELDA habis orang tua Melayu Islam berhutang ratusan ribu ringgit dan menganiaya orang seperti Anwar dan ramai lagi, ada ke pimpinan PAS yang baru bersuara membela rakyat dan Islam???
Yang saya tahu meroyan pasal pengkhianat, munafiq haraki, rosak akidah, jebon dan sebagainya pasal dah tak sehaluan dengan PAS. Dah bodoh nak mampus siapa nak ikut!!!
Yang jahil,
Nobody
Berdasarkan komen mr Nobody di atas, Mr Nobody sangat suka manusia hidup dalam keadaan berdosa seperti mendedahkan aurat selepas baligh hingga hari kematian manusia. Bayangkan berapa banyak dosa yang ditanggung oleh manusia itu jika dia hidup selama 80 tahun. Sepatutnya orang-orang Islam bertaubat dan meninggalkan kemungkaran dan kesesatan dan kembali ke jalan yang lurus dan benar yang diredhai oleh Allah Yang maha Esa.
Mr Nobody lupa bahawa sebelum pembukaan Kota Mekah, Nabi Muhammad s.a.w.dan tentera Islam telah berperang berulang-kali dengan tentera kafir dari Mekah dan sekutu-sekutu kafir mereka yang cuba memusnahkan Islam dan orang Islam.
Mr Nobody telah membuat andaian yang salah dengan menulis [Quote]Habis tu korang ni lebih baik daripada Nabi Musa dan Nabi Harun ke, yang Putera Johor tu lebih jahat daripada Firaun ke??? [Unquote]. Sebenarnya kita tidak pernah mendakwa bahawa kita lebih baik dari Nabi Musa dan Nabi Harun.
It seems to me that Mr Nobody is experiencing a hallucination !
Post a Comment