Friday, September 04, 2015

Bai'ah: Pas K'tan Pertahan Nik Aziz


Allahyarham Nik Aziz.

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar kanan) mempertahankan tindakan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewujudkan sumpah bai'ah mengandungi talak tiga kepada wakil rakyat Pas di negeri ini.

Beliau berkata, sumpah yang dibuat jelas dan mereka yang masih keliru boleh merujuk kepada pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang dikeluarkan oleh media baru-baru ini.

“Banyak hujah mengenainya, kita hormati pandangan-pandangan itu sama seperti kita hormati apa yang dilakukan oleh Tok Guru, beliau telah mengkaji baik dan buruk sumpah bai’ah yang mungkin waktu itu ia dibuat untuk tujuan tertentu.

“Malah wakil rakyat Pas tiada masalah dengan perkara itu rumahtangga mereka kekal baik, aman damai dan bahagia sehingga kini,” katanya  selepas merasmikan Bangunan Akademik Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), di sini, hari ini.

Baru-baru, Ahmad telah menegaskan perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri tersebut sejak 2004. Isu ba'iah Pas menjadi topik hangat apabila wujud di kalangan wakil rakyat Pas yang menyatakan hasrat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), mutakhir ini. (SH)

8 comments:

  1. Zaman Allahyarham TGNA berbeza cara perentah tadbirnya diketika ini perentah tadbir oleh MB dan TMB langsung tiada wibawa yang menjurus kearah yang boleh diwala kan sebabnya semua kerja untuk kepentingan rakyat telah dikesampingkan lihat saja bagaimana keadaan mangsa banjir yang terlibat dengan bantuan bagaimana agihan bantuan disampaikan adakah bantuan telah diagihkan sepenuhnya hinggakan rakyat yang tiada apa punya harta disisih hingga terkini masih lagi berada dibawah khemah bantuan,apakah tugas MB adakah setakat mengeluar kenyataan saja atau untuk mengkayakan diri dan keluarga sendiri seperti mana yang dilaporkan oleh YB-YB yang tidak selari dengan pandangan MB sendiri.

    ReplyDelete
  2. TGNA yamg mencadangkan Bai'ah di Kelantan.Geng Haru Biru (GHB) kata dia ikut TGNA tapi celah Bedah mana pulak ikut TGNA .tang Ba'iah tak nak ikut.. Nak ikut pendapat lain la pulak...Fikir fikirlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu tgna ada,mungkin lebai Hadi masih mcm burung belatok juga.

      Delete
  3. Mereka tu pikir ikut senang mereka aja.biar la mereka tu sbb sudah pandai belaka.kita yg tinggal ni pulak bodoh belaka mana mereka nak dengar kata kita.merekapun ada mufti yg lebih bijak pandai dr kita.biar la tu antara mereka dgn Tuhan kita ckp mana yg patut sj.kalau patut ambik tindakan.kita buat asal lepas kita tak payah nak menjawab pasal dia depan Tuhan nanti.Dia pandai pandai dia la mana kalau Tuhan nak tunjuk.semoga tak jd mcm najib tu sbb sumpah asyik kena mkn sumpah pulak.mereka ni lari sbb ada pendapat sendiri yg dikatakan lebih pandai sekarang nak lawan kita pula.kata nak tegakkan islam tp jd musuh parti islam sendiri.mana yg mereka fikir baik la.kita mmg suruh mereka buat parti sendiri tp kalau dah nak jd musuh kita mmg tak sesuai la.apapun kita tengok sj la kelaku mereka tu

    ReplyDelete
  4. Kalau nak ikut Alquran tu pun memang persumpahan Allah Taala. Tapi masa TGNA dulu Quran kena campak kat kandang lembu kat Kelantan. Menunjukkan orang tak hormat persumpahan Allah. Sumpah Tok Guru pertahankan pulak. Ni menunjukkan sikap orang munafik.
    Kenapa Allah bagi bala tahun lepas di Kelantan sebelum Nik Aziz meninggal? Kalau betul ulamak wali karamah tahanlah, atau mintaklah dgn Allah sisihkan dari mara bahaya. Ni dgn kayu balak sekali hanyut sampai depan rumah. Kami punya paham para wali ni kekasih Allah. Allah Taala tak azab kekasih2 Dia. Allah hanya mengazab orang2 yg ingkar lagi kufur derhaka. Mendustakan Allah, quran dan rasul. Serta kaum yg melampaui batas.

    ReplyDelete
  5. Sendiri kena bala masih tak nak insaf periksa diri sendiri le, Salah satu bala bila berlaku perpecahan pasal sendiri punya perbuatan
    Lepas tu sibuk nak bala bala orang lain, apa punya agamawan

    ReplyDelete
  6. Bukankah TGNA nafi ada tambahan talak 3 dlm baiah? Cuba check balik kenyataannya sblm ni. Tak kan TGNA bohong kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pelik apa,dia mmg kaki tuang dan bohong!!!

      Delete