Perhiasan bagi meraikan perkahwinan seorang banduan di Buraydah, Arab Saudi. - Gambar sabq.org, 14 September, 2015.
Sebuah penjara Arab Saudi masih meneruskan tradisi meraikan banduan mereka yang berkahwin secara besar-besaran.
Ia termasuk menghias ruang sambutan majlis dan menyediakan kemudahan yang diperlukan.
Agensi melaporkan, pihak pengurusan penjara di Buraydah, ibu kota wilayah Qasem di utara Saudi Arabia turut menyediakan makanan dan minuman untuk keluarga dan rakan banduan serta pengantin perempuan.
Malah, pengantin lelaki juga ditawarkan hadiah daripada Putera Mahkota Mohammad Nayef Al Saud yang dijuga menteri dalam negeri.
Buraydah mempunyai tradisi mengadakan majlis perkahwinan untuk penghuninya, sejajar dengan arahan putera mahkota menyediakan penjagaan dan bantuan kepada banduan.
Mengikut peraturan penjara Arab Saudi, tahanan mempunyai hak berkahwin dan bilik keluarga khas disediakan untuk tujuan itu di kebanyakan penjara.
Itulah keadilan, penjara pun menjadi pusat pemulihan dan tarbiah, seperti yang dikehendaki oleh Islam. (IH)
No comments:
Post a Comment