Saturday, September 26, 2015

Bantah Larangan Sembelih Lembu, Beberapa Pemimpin Islam Ditanggkap.


Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam pertempuran sengit di Srinagar. (Foto: AP)

SRINAGAR: Pasukan India telah melepaskan tembakan gas dan menggunakan belantan untuk menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan di wilayah Kashmir yang diduduki oleh India. 

Sekurang-kurangnya 12 orang cedera selepas protes yang diadakan di ibu negara Srinagar dan beberapa wilayah lain yang berubah menjadi pertengkaran sengit, lapor BBC pada Jumaat (25/9/2015).

Para penunjuk rasa marah dengan penangkapan empat pemimpin agama dan larangan 40 jam pada perkhidmatan internet. Larangan tersebut muncul setelah beberapa pemimpin Muslim setempat mendesak warga Kashmir untuk memuat naik foto-foto dari proses penyembelihan haiwan di Hari Raya Aidil Adha.

Saksi mengatakan kepada BBC, pertengkaran meletus selepas penungjuk perasaan anti-India berbaris di jalan-jalan di ibu negara dengan mengangkat poster pejuang bersenjata. Polis India kemudian mensasarkan penunjuk perasaan dengan melepaskan tembakan peluru plastik dan gas.

Ketegangan meningkat di Kashmir setelah mahkamah India melarang penyembelihan lembu. Lembu adalah haiwan suci dalam agama Hindu, agama yang dianuti majoriti warga India, namun di Kashmir sebahagian besar penduduknya adalah Muslim.

Beberapa pemimpin agama dan kelompok perlawanan di Kashmir menyeru rakyat untuk tidak ragu menyembelih lembu di Hari Raya Aidil Adha. Pihak berkuasa India kemudian menyekat akses ke internet sehingga warga Kashmir tidak boleh memuat naik foto penyembelihan lembu. Undang-undang India 1932 menyatakan bahawa penyembelih lembu akan dikenakan hukuman sehingga 10 tahun pejara dan denda. 

Tetapi undang-undang ini tidak dikuatkuasakan di Kashmir selama tujuh dekad terakhir. Selain melarang penyembelihan lembu, polis Kashmir juga telah menangkap beberapa pemuka agama dalam beberapa hari terakhir, termasuk Mirwais Umar Faruq yang dijadualkan akan memimpin Sholat Ied di Srinagar.

Syed Ali Gilani dan Yasin Malik juga menjadi mangsa penangkapan yang mencetuskan kemarahan rakyat Kashmir. (haninmazaya / arrahmah.com)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails