Tuesday, September 15, 2015

Bulan Depan Himpunan Hijau Pula , H60K.

Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri, PAS hari ini melancarkan “Himpunan 60 Ribu” (H60K)
Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu, kata pengarahnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
"Matlamat berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat.
"Semua itu perlu sokongan serta dukungan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan," katanya pada sidang media khas Pelancaran Program "Himpunan 60 Ribu" (H60K) di Galeri Media Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Menurut anggota Parlimen Pasir Mas itu lagi, himpunan tersebut juga ekoran desakan akar umbi supaya parti itu memberi penjelasan serta mengambil tindakan susulan selepas kemelut melanda.
"Ahli tuntut sesuatu dari kepimpinan. Ia datang dari suara semangat akar umbi untuk kukuhkan Pas dan tunjuk istiqamah pada parti PAS," katanya.
Kata Nik Abduh lagi, pada perhimpunan tersebut PAS juga akan menjemput semua parti untuk menyertai perhimpunan tersebut, termasuklah PKR, DAP dan BN. 
"Kita jemput semua parti politik, DAP, PKR, serta NGO," katanya.
Strategi sebelum PRU
Bagaimanapun, Nik Abduh turut menafikan perhimpunan tersebut sebagai respon kepada perhimpunan BERSIH 4 atau pun Baju Merah.
Perhimpunan 50 PAS itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu, dan menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.
Pada himpunan tersebut juga PAS turut mengundang penceramah popular Azhar Idrus sebagai penyeri majlis.
Perhimpunan itu dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.
Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ikon penting mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat. 
PAS juga sedang berdepan krisis besar selepas sekumpulan bekas pemimpin kanannya yang tewas dalam pemilihan lalu kini membentuk sebuah parti Islam baru. (MK)

16 comments:

  1. PEMUDA PAS konon nak tunjuk mereka ada sokongan rakyat terhadap mereka.hanya geng 2 lebai dari sekolah pondok saja yg akan datang atau anak2 pak lebai yg belajar di sekitar KL yg akan datang. Anak2 melayu yg berakal tidak akan sokong PAS selagi HADI AWANG dan HARUN DIN menguasai pimpinan pas kerana mereka berdua penghalang PAS untuk bergerak maju kehadapan.Mereka berdua ini terllalu kolot tambah Nik Abduh bertambah kolotlah PARTI PAS.

    ReplyDelete
  2. Wahai pemuda PAS lebih baik hampa pergi tangkap anak2 ikan dilaut dan bagi dekat wanita PAS supaya mereka dapat buat budu dan kerupok lekor. itu lebih menfaat sedikit sumbangan terhadap kemaknusiaan drpd membuat perhimpunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik pergi ka kawasan Jeli dan tembak babi hutan yg rosakkan tanaman penduduk miskin

      Delete
  3. Wahai Ketua Pemuda Pas hang pergi ke persidangan Parlimen hang duk buat apa.MP2 berbahas hal2 ekonomi dan kewangan hang duduk nganga mulut sahaja tak tau nak bercakap apa2 sebab hang berlagak pandai konon anak NIK AZIZ.Geng2 AMANAH banyak juga bercakap. Hampa geng Serban dan lebai2 buat malu orang2 melayu sahaja.

    ReplyDelete
  4. http://bloglist-malaysia.blogspot.my/2015/09/pas-akan-buat-demo-hijau-yang-haram.html

    ReplyDelete
  5. http://bloglist-malaysia.blogspot.my/2015/09/pas-akan-buat-demo-hijau-yang-haram.html

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya n mendapat keberkatan dr Allah.

    ReplyDelete
  7. Bagus pemuda PAS buat sesuatu kerana dalam bersih4,cina dah seperti diberi betis mahu peha.Jangan takut jantan2 DAP dan PKR kerana mereka ini adalah pondan dan talibarut komunis.

    ReplyDelete
  8. Go,go penyokong PAS kami akan sentiasa bersamu menegakkan Agama Islam dan Bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  9. Kalau jadi perhimpunan ini pastinya Lim Tokong dan Mat Sabu akan terkencing dan tak lena tidur.

    ReplyDelete
  10. Wahai org-org PAN gie sibukkan diri kamu semua mencari ahli baru.. jgn dok bising dgn parti org lain.. cermin diri dulu bila nk bercakap.. bau longkang

    ReplyDelete
  11. Cerdik juga nik abduh ni. Tak patut org gelar dia ni abudoh. Dia guna UAI utk tarik ramai org especially org muda. Depa dtg nak berhibur dengo lawak UAI. Tak hairan kalau himpunan ramai dtg. Tapi takkan target 60k je, ahli ada sejuta.

    ReplyDelete
  12. buatlah himpunan hijau dekat/bersama mangda2 banjir yg masih tinggal di dalam khemah. Nik abdoh & geng kopiahserban boleh melaungkan dengan sekuat2nya "Ya baiah ya baiah ya baiah yaaaa baaaaiiiaaaah ..

    ReplyDelete
  13. Orng pasir mas pun dah mula benci dengan mu nik abduh. Dulu ore undi krn mhormati arwah tok guru dan selebihnya meluat pd kerenah ibrahim ali. Law ni rakyat pasir mas sudah celek mata. Huduh2 ibrahim ali ada juga jasa ( jambatan ibrahim ali tendong ) abduh tak dak apa! Mangsa banjir di pesisir sungai pasir mas ada diberi perhatian? Abduh... mu spatutnya lebih baik banyak buat kerja drp bpolitik setelah bgelar ketua pemuda.

    ReplyDelete
  14. Nik abduh nak jemput uai? Mungkin ramai yg datang. Selepas tu ni bedoh kena istihar berapa kutipan dapat dan bayaran unt uai . Ini baru telus. Nanti jadi macam isu baaih. Dulu tak mengaku buat takut dipandang jijik oleh pengundi, sekarang dan terbongkar. Pecah rahsia yg dianggap tolol oleh khayalak ramai. Menyesal undi pas.

    ReplyDelete
  15. Nik abduh nak jemput uai? Mungkin ramai yg datang. Selepas tu ni bedoh kena istihar berapa kutipan dapat dan bayaran unt uai . Ini baru telus. Nanti jadi macam isu baaih. Dulu tak mengaku buat takut dipandang jijik oleh pengundi, sekarang dan terbongkar. Pecah rahsia yg dianggap tolol oleh khayalak ramai. Menyesal undi pas.

    ReplyDelete