Tuesday, September 08, 2015

Dan Jika Mereka Hendak Menipumu.. -Abdul Hadi.



FIRMAN Allah SWT dalam Al-Quran:
  • "Dan jika mereka (lawan atau musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia (Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)." (Surah Al-Anfal, ayat 61 - 63)

Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara.

Di antaranya menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh berkonsepkan :

[a] Thawabit (Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)
- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.
[b] Mutaghayyirat (menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)
- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.

Apabila Rasulullah SAW bersama para sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Mekah bagi menunaikan umrah yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya Bai’ah kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid.

Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu.

Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh.

Para sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah. Natijahnya ialah kekukuhan saf perjuangan dalaman dikalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang menerima Islam dengan hidayah Allah juga.

Peristiwa ini juga menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi di sebalik badan untanya, tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada istiqamah, hanya menjadi duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW.
Allah SWT berfirman menerusi Al-Quran :
  • "Sesungguhnya Allah membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk ke-Masjid Haram (Mekah) Insyallah dalam keadaan aman." (Surah Al-Fath, ayat 27)

Tiba-tiba mereka dihalang dengan kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafik terdedah, apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya.

Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di masa itu secara spontan.

Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke Mekah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya.

Ada pun para sahabat pula dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dimeteraikan:

[1] Tidak dibenarkan permulaannya dengan ditulis "Bismillahirrahmanirrahim" dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah "Bismika Allahumma".
[2] Mana-mana kalangan orang Madinah yang melarikan diri ke Mekah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Mekah.
[3] Muhammad dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke Mekah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah mereka ditangguhkan di tahun hadapan.

Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja. Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Kota Mekah).

Allah telah menjinakkan hati-hati manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi.
Menolak sangkaan golongan munafik dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam. Firman Allah:
  • "Berilah berita galakkan kepada orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih. Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah." (Surah An-Nisa', ayat 138 - 139)

Maka Rasulullah SAW menolak tawaran bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam keadaan yang sangat kuat.

Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan di masa lemah menendang kawan di masa kuat.

PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah, tarbiyahkan diri dengan ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya.

Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai kerajaan campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain.

Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang.

Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan di atas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjuangan.

Ada orang menuduh PAS ditipu apabila bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan sehingga kini, sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang, termasuk undang-undang syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir.

Parti semangat 46 sudah mati semangatnya.

Ada orang menuduh PAS ditipu lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat. Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika.

Hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam.

Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang menjadi mata rantai DAP.

Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan Umno sendiri.

Tidak lagi suara menghina dan mengejek seperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempohnya. Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah.

Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan. PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh.

Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya. Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.

Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat. Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani membuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas.

Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.

Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar. Firman Allah SWT :
  • "Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)." (Surah Ar-Ra'du, ayat 17)

Sabda Rasulullah SAW :
  • "Demi Allah! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)."


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS

49 comments:

Anonymous said...

Cammana bila UMNO pulak yg ajak damai ?

Anonymous said...

TGHH bijak bermain dgn ayat2 quran . Tetapi dlm politik beliau gagal utk mengikuti rentak dan lenggok semasa. PAS akan kecundang dgn mainan politik akibat dr kedangkalan fikirannya.

bat8 said...

TGHH apa yang dikata oleh HH dari perspektif ugama tu betul tetapi persoalannya adakah dia amal didalam praktik politiknya? Ini persoalan besar yang kita lihat berpuluh tahun berlaku dgn HH. Dia menghadapi masaalah besar menterjemah Ilmu ugamanya yang tinggi ke dalam amalan politiknya.

Anda Sendiri Fikir said...

Betul ker bro Hadi bukan seorang politikus, lu pernah buat bacaan politiknya pada masa-masa yang lepas dan apa kesudahan. Lu boleh kata Hadi seorang lembab atau lambat mengeluarkan pandang berkaitan politik semasa berbanding dengan golongan profesional ulung dunia. Gua nasihatkan agar lu jangan terlalu melihat kepada kulit tanpa melihat isinya. Apa pun pegangan kamu, lu boleh memberi komen mengikut apa yang lu rasa betul tetapi gua harap lu lebih bersikap jujur pada diri lu sendiri. Jika lu seorang yang amanah, mungkin lu akan faham maksud tersirat pada apa yang gua lontarkan.

Anonymous said...

Hadi dari segi Ilmu Agama memang hebat, tapi dari sudut ketajaman politik dia masih di bawah Ust Hj Fadzil Noor.

wallahualam

Ajiblues

Anonymous said...

Kalau ketajaman politik beliau tidak hebat masakan boleh terkeluar golongan2 khianat?? Rasanya kalau tghh lemah dh lama ulama diketepikan dlm pas.. geng khianat tk boleh nk cucuk jarum.. hebat tuan guru..

Anonymous said...

Penglibatan Haji Hadi dalam PAS sejak 1964 yang telah menyebabkan beliau matang dan bijak dalam politik. Oleh sebab itu beliau bertindak bijaksana dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan politik yang menunjukkan beliau menguasai politik bukan politik menguasai beliau.

Haji Hadi adalah pemimpin parti Islam PAS yang hebat kerana beliau mempunyai ilmu Islam yang tinggi, akhlak yang terpuji. Kelayakan akademik beliau yang tertinggi ialah Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir yang membuktikan beliau telah menguasai ilmu Islam kerana Universiti Al-Azhar mempunyai peraturan yang ketat iaitu Universiti Al-Azhar hanya mengurniakan MA kepada pelajar-pelajarnya yang benar-benar layak dan menguasai ilmu mereka.

Beliau telah menulis 59 buah buku ilmiah yang berfungsi sebagai 'knowledge transfer' untuk orang ramai. Beliau juga selalu berceramah mempromosi Islam sebagai cara hidup untuk mendidik rakyat.Pengetahuan agama Islam dan penglibatan Haji Hadi di peringkat kerajaan, badan bukan kerajaan,parti politik dan antarabangsa telah menyebabkan Haji Hadi menjadi pemimpin yang matang, bijaksana, amanah,jujur, berhati-hati,dedikasi (komited) dan berakhlak mulia dan berpegang teguh pada ajaran Islam. Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendapat dianugerahkan anugerah 'Tokoh Alim Rabbani' oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand pada 15 April 2011.

Orang-orang yang cerdik akan menghargai pelbagai sumbangan Haji Hadi untuk kebaikan bersama. Malangnya masih terdapat sebilangan kecil orang-orang Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi mereka masih sanggup bernaung di bawah pemimpin-pemimpin politik kafir dan menfitnah parti Islam untuk memusnahkan parti Islam. Orang-orang bodoh ini adalah seperti anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh !

Anonymous said...

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat" padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Cuba ajukan ayat ni kat Haji Hadi pulak. Kalau betul Allah menyatukan hati org beriman apasal PAS berpecah bawah pimpinan TGHH? Ini membuktikan TGHH lah yg munafik. Yg pandai main ayat2 quran ni mmg org munafiklah, yg pandai baca quran kemudian dia putar belitkan maksud ayat quran tu utk tujuan politik dia. Supaya penyokong2 dia tak lari dari dia.

Anonymous said...

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
Ayat ni pun utk orang2 mcm Haji Hadi, suka meniaga agama. Jual agama utk kepentingan politik dan kuasa. Bermodalkan serban dan fatwa2 palsu.

Anonymous said...

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah telah diketahui bahawa dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
Ni soalan khusus utk TGHH dan semua pengamal serta pencipta Parti yg menggunakan nama dan ugama Islam termasuklah jalan tarikat. Kalau betullah kamu cakap tarikat&parti kamu antara jalan2 yg boleh menyampaikan manusia kepada Allah dan syurgaNya. Kenapa mengadakan perkara yg takde? Siapa sebenar munafik? Siapa sebenar sesat? 

Anonymous said...

TG Haji Hadi adalah ulama Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dan beliau selalu menyeru manusia supaya mereka mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam amat benci melihat TG Haji Hadi mempromosi Islam sebagai cara hidup di negara ini. Oleh sebab itu kita tidak terkejut melihat musuh-musuh Islam cuba memutar-belitkan ayat-ayat Qur'an untuk menfitnah TG Haji Hadi dan memusnahkan parti Islam tetapi mereka gagal 100% kerana tuduhan munafik telah kembali kepada mereka sendiri !

Peringatan untuk para munafik:

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam."
(An-Nisaa' ayat 138-140)

Anonymous said...

Kalau ada yg taktau apa maksud mereka reka perkara dusta terhadap Allah tu, maknanya bila masa Allah Taala suruh org2 islam buat parti politik?
Bila masa Allah Taala perintah pergi bertanding pilihanraya?
Bila masa Allah lantik korang jadi agen pemegang kunci2 syurga?
Bila masa Allah suruh korang keluar fatwa dan tulis kitab2?

Anonymous said...

Ada yang baru pandai sepatah dua ayat dah berlagak pandai...perrhh...klu gentle g tanya TGHH. Dan ada yang siap tanya mana dtg P&P dlm Islam...makhluk ini dtg dari planet mana...klu x mampu berhujah ...maka lebih baik tanya ostad kat kg masing2...

Anonymous said...

Sbb tu smlm aku dah memberi ingatan.. imam syafie pernah berkata;
aku akan kalah berhujah dgn org yg jahil..
Kalau dh bodoh jahil dan buta hati bukan boleh diajar.. mcm ko ni

Alshams said...

Mmg ada yang berlagak pandai sungguh berlambak kat fb dan klu kat luar ada di setiap ceruk kedai kopi. Tulisan dan komen hampeh...orang macam ini ada banyak kat Chow Kit.

Anonymous said...

Berhati2 dalam ni ada non muslim sedang menyamar..

Anonymous said...

Klu komen politik HH aku suka baca tapi klu komen 1 atau 2 patah dalil atas niat menghentam ..bagiku lebih baik g tanya HH sendiri.

Anonymous said...

Kalau ada yg taktau apa maksud mereka reka perkara dusta terhadap Allah tu, maknanya bila masa Allah Taala suruh org2 islam buat parti politik?
 Bila masa Allah Taala perintah pergi bertanding pilihanraya?
Bila masa Allah lantik korang jadi agen pemegang kunci2 syurga?
Bila masa Allah suruh korang keluar fatwa dan tulis kitab2?

Aku tambah...

Bila masa Allah Taala jadikan ko bodoh hingga tak mahu tambah ilmu?
Bila masa Allah Taala lantik ko jadi tukang nasihat pada org lain?

Anonymous said...

Aku tambah dgn 2 soalan..dituju kepada penanya 4 soalan yg awal tu. Sila jawab.

Anonymous said...

Kau cakap org bodoh bila aku tanya kau tak jawap? Kau lagi bodoh. Aku tanya pasal aku nak tau lah. Itu cara aku nak tambahkan ilmu. Bukan mengikut ikut je apa org cakap.

Anonymous said...

Soalan bodoh maka jawapan pun bodoh...walhasil jangan tanya soalan bodoh.

Anonymous said...

Tu yg aku suruh Haji Hadi yg jawap persoalan quran yg aku tanya. Pasal dia yg suka mengguna ayat2 quran utk berpolitik. Jadi kalau 4 persoalan mudah yg aku tanya kat atas dia tak boleh jawap dgn bukti Alquran. Maknanya dia org yg lagi pandailah dari Allah dan Nabi. Sedang nabi pun tak pernah buat parti politik kat Mekah Madinah. Camana PAS boleh ada? Jalan tarikat pun Nabi tak pernah buat. Yang kau pegi buat sapa suruh? Allah dah cakap terang2:-
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat hukum atau kebenaran Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Ko guna blog ibnuhasyim...ko ingat HH baca...ko g tggnu...jpa HH habis cerita.

Anonymous said...

Camni lah cara org bodoh menjawap. Bila dia sendiri tak paham terus nak bodohkan orang. Sedangkan dia sendiri tak berpikir. Org bodoh mmg tak berpikir. Orang kapir tak percaya quran.

Anonymous said...

Kuasa Allah taala ni semua soalan sampai kat depan mata haji Hadi. Cuma dia nak jawap dgn taknak jawap je. Tapi janganlah hantar anak murid menjawap. Membuatkan penganut PAS nampak bodoh. Kita tanya Quran dia mak bodoh2kan kita. Serupalah mcm dia nak bodoh2kan ayat2 Allah Taala. Tak ke munafik tu.

Anonymous said...

Kau pulak dah macam syiah aku tengok. Suka ikut imam. Syiah ikut imam khomeini kau ikut imam syafie.

Anonymous said...

Ko ingat aku anak murid HH mmg sangkaan ko meleset.. bodoh...Cara soalan ko tu seolah2 org lain semua bodoh...mmg ko belajar ilmu temberang.

Anonymous said...

Kau pun agak2lah nak suruh aku pergi tengganu jumpa haji Hadi nak tanya soalan agama. Aku taknaklah buat keje bodoh beli tiket bas jauh2 nak pegi jumpa HH. Internetkan ada. Murid2 dan pengikut diakan ramai. Nanti sampailah soalan aku kat telinga dia. Kalau kau terasa bodoh terpulanglah.

Anonymous said...

Ko mmg tak gentle...berani dlm alam maya tp x berani g menghadap HH...lepas ini jgn buat tanya soalan bodoh...soalan di tuju kpd HH tapi nak suruh org lain jadi posmen kpd soalan ko..

Anonymous said...

Soalan bodoh datang dari orang yang bodoh...fullstop.

Anonymous said...

Jawapan bodoh dari orang yg kene bodoh dgn ulamak jadian.
Sampai tua kene bodoh nonstop.

Anonymous said...

Aku taknak lah kene bodoh dgn org yg mengaku guru dan ulamak. Jadi aku tanya openlah. Jadi kalau haji Hadi gentle dia jawaplah terang2 di alam maya biar semua org boleh baca hujah dia. Biar org ramai menilai. Ni depan anak murid dgn ahli pas je tunjuk pandai. Camana org nak tau dia sebenar ulamak atau penipu.
Pasal dia sendiri yg memetik ayat quran "Jika mereka menipumu". Apa dia tak menipu ke?

Anonymous said...

Bila TGHH mendakwa nabi bersabda beserta persumpahan dari Allah berbunyi "Demi Allah! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), membuatkan org awam mcm saya nak bertanya
Kalau dulu Nabi boleh satukan Auz Khazraj, Muhajirin Ansar, kenapa sampai dekat HH parti Islam PAS dia ahli jadi berpecah, gaduh sama sendiri, dihina bangsa lain, tuduh menuduh? Ni membuktikan mesti dia tak ikut cara sebenar Nabi. Dia cakap bohong dgn menjual nama Allah dan Rasul.
Dulu ckp nak tegakkan Islam, tapi hati nak jatuhkan UMNO. Kesudah parti sendiri yg bergolak. 
Di mana letak kesempurnaan Islam dalam PAS?

Anonymous said...

Komen Anon 8:54pm yang tidak logik jelas menunjukkan Anon 8:54 berniat jahat untuk menfitnah TGHH. Saya cabar Anon 8:54 untuk memberikan 10 nama parti politik yang tidak pernah mengalami masalah !

Objektif dan matlamat PAS adalah jelas. Ideologi PAS ialah ISLAM. PAS memperjuangkan ISLAM yang sempurna. Perjuangan PAS adalah berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis Nabi. Orang-orang yang mempunyai kepentingan yang bertentangan dengan objektif dan matlamat PAS sudah pasti akan menentang Presiden PAS dan keluar dari PAS !

Anonymous said...

AWAS !

Saya menyeru semua orang Islam supaya berhati-hati apabila membaca komen-komen yang menfitnah TGHH sebab saya yakin terdapat orang-orang kafir yang menyamar sebagai orang Islam untuk menfitnah TGHH !

Anonymous said...

Saya juga mencabar kamu buktikan mana satu nabi dan rasul2 Allah yg menggunakan jalan menubuhkan parti politik Islam dan mengundi pilihanraya dalam menegakkan Islam dari zaman Nabi Adam sampai Muhammad?
Jika anda gagal membuktikannya berdasarkan Quran dan Hadis2 nabi yg Allah kisahkan dlm quran. Kamu termasuk dlm golongan org yg mengada adakan yg takde dlm Quran. Termasuk juga org2 yg menjual ayat2 quran dgn harga yg sedikit.

Anonymous said...

Saya juga menyeru org2 melayu agar lebih berhati hati dgn mana2 individu politik dan non partisan yg mengaku dan mengangkat diri sendiri menjadi tuan guru, ulamak, ustaz, syeikh, wali seolah olah mereka org yg benar2 pakar, alim dan arif ttg Islam. Sedang mereka sebenarnya adalah pakar dan ahli dlm kitab2 yg mereka baca dan karang. Mereka menghasut dan memaksa maksa kita utk mempercayai an mengikut kitab2 yg lain selain Alquran. 
Ini satu fitnah besar lagi dahsyat oleh golongan agama abad ini. Berhati hati dan waspadalah dgn fitnah dajjal akhir zaman ini. Kerana merekalah golongan yg mengajar manusia menduakan Allah Taala. Menyeru dan membaca kitab2 lain selain Alquran Allah SWT.

Anonymous said...

Mmg betul tu.. gaya bahasa dan penulisan beloau seperti org tidak beriman.. minta maaf org kapir yg menyamar.. tulisan dan gaya penulisan anda tidak melambangkan kamu org islam.. bila kami baca hati naluri kami kuat mengatakan kamu tidak faham tentang islam dan beriman dgn Allah dan Rasul..

hasbull said...

Kesian kt ko ni.. merepek sorg2 .. baru belajar Alquran dan hadis kot.. itupun bnyk yg terpesong.. sila mengucap dua kalimah syahadah dan cari guru yg pakar utk rujukan.. t.kasih

hasbull said...

Kesian kt ko ni.. merepek sorg2 .. baru belajar Alquran dan hadis kot.. itupun bnyk yg terpesong.. sila mengucap dua kalimah syahadah dan cari guru yg pakar utk rujukan.. t.kasih

Anonymous said...

Islam sangat ke kau. Aku soal pun kau tak boleh jawap? Yg taraf guru kau pun tak boleh dan berani jawap. Pasal diorang tau dia org yg mendustakan Allah Taala.
Aku nak suruh kau mengucap tak payah la. Org mcm kau ni mengucap kufur, tak mengucap kapir.

Anonymous said...

Kau buktikanlah kat aku kau Islam? Islam tu di sisi kau ke di sisi Allah Taala?

Anonymous said...

Saudara.. bukan tak mampu nk jawab tp soalan ko tu mcm org tkde pedoman bertanya.. kah kah kah
Sendiri tanya sendiri jawablah...

Anonymous said...

Pedoman aku alquran aku tanyalah pakai pedoman. Kau ahli kitab tak dpt nak jawap persoalan quran kau divert la kat aku suruh aku jawap balik. Supaya org tak baca kau bodoh. Kau fitnah pulak aku bagi soalan bodoh.
Ni perangai ahli kitab yg Allah cerita suka memutarbelitkan cerita. Suka menyebar fitnah dan tuduhan liar.

Anonymous said...

Gila agaknya mamat ni... gie lepak hospital tampoi la weyy.. kt sana nnti bnyk jawapan yg ko nk tu..

Anonymous said...

Cakap je lah jujur. Ana tak dapat jawap syekh. Takyah la tuduh org gila. Mungkin sampai masa gila tu akan sampai kat kau balik manalah tau.
Iyalah kalau kita tanya soalan dari quran pun boleh dianggap gila. Macamana pulak kau menilai percakapan Allah dari Alquran?
Tu pasal hari ni ramai ahli sendiri dan org ramai yg menolak dan menghina Pas dan ulamak. Ramai di antara diorang sebenarnya gagal menjawap dan menyelasaikan persoalan agama di kalangan masyarakat.

Anonymous said...

Pi lah,teori OK,praktiknya hampas,asyik tuang mkn elaun free

Anonymous said...

Ulamak tak gelar sesama islam, sbg barua,jebon dan bermacam lg.Cermin diri sendiri,kamu lah sebenarnya baruah

Anonymous said...

Kesimpulan.Dpt ketua bodoh Kaki tuang,anak buah pun ikut bodoh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails