DAP menggesa supaya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha yang didakwa sebagai menghina parti itu.
Menurut Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri, teks khutbah yang dibacakan oleh mimbar sempena Hari Raya Aidiladha Khamis lalu mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang menentang Islam.
Sehubungan itu, Tengku Zulpuri memberi masa selama lima hari bermula hari ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka serta menarik balik teks khutbah tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
"DAP Pahang akan hantar surat pada Jabatan Agama Islam Pahang atau bahagian mufti yang menuntut mereka menarik balik ucapan berbaur fitnah serta memohon maaf secara terbuka melalui media elektronik dalam masa lima hari dari hari ini.
"Sekiranya tiada tindakan atau balasan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang, kami secara individu iaitu orang beragama Islam dalam DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang yang keluarkan khutbah ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.
Teks khutbah Aidiladha itu menyebut:
"Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.
"Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka..."
Sidang media itu turut dihadiri oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sasterawan negara yang baru menyertai DAP Datuk A Samad Said serta pakar perundangan yang turut menyertai DAP Julai lalu Dr Abdul Aziz Bari.
Selain itu, Tengku Zulpuri yang juga ADUN Mentakab berkata, ahli DAP Melayu dan beragama Islam menyelar teks khutbah itu kerana mereka tidak pernah menentang mana-mana rukun Islam.
"Menuduh DAP Melayu Islam menentang Islam, apa yang kami tentang? Rukun Islam ada lima perkara dan kami percaya lima rukun itu. Kami tak pernah cakap dan bantah rukun Islam ini tak ada.
"Dan kami tak ada menyeru supaya sembahyang dua imam. Tak pernah berlaku. Tak pernah suruh baiah gadai isteri. Tak pernah," katanya lagi.
Islam diakui agama rasmi
Sementara itu, bagi A Samad atau Pak Samad pula, pihak jabatan agama Islam dilihat keterlaluan apabila menggunakan khutbah untuk mendakwa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai seorang penentang Melayu.
"Tak ada bayangan bahawa DAP ini menyalahi akidah. Jadi jangan guna alasan rambang bahasa Melayu yang menyertai DAP sebagai alat yang mencemar agama dan menentang Melayu," katanya.
Bagi Abdul Aziz pula, beliau menyelar tindakan JAIP itu dengan mengatakan bahawa ia mungkin boleh didakwa bawah Akta Hasutan kerana mendakwa DAP sebagai sebuah parti anti-Islam.
Katanya, DAP secara konsisten menjelaskan bahawa Islam merupakan agama rasmi dan agama Persekutuan. Justeru, tiada alasan untuk mana-mana pihak mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang anti-Islam.
"Adalah salah untuk melabel sedemikian dan mungkin boleh didakwa bawah Akta Hasutan kerana mengatakan DAP anti-Islam sedangkan parti ini telah menyatakan komitmen mereka bahawa Islam sebagai agama rasmi.
"Ini adalah pendirian kami (DAP) dalam polisi rangka kerja parti. Jadi tak ada debab untuk orang mengatakan bahawa parti ini menentang Islam," kata bekas pensyarah itu. (KedahLani Info)
Tak malu ke pihak yang tahu ilmu islam mengeluarkan teks khutbah seperti ini.mana maruah islam nak di letak?peminpin samun wang rakyat.rasuh berleluasa.penipuan meningkat.kezaliman menjadi2,undang2 jadi carcamaraba,penguasa undang2 jadi setaraf nelayan laut cetek.Dimana MUFTI .dimana penguasa agama islam? diam ,pekak.bisu/butayang tahu hanya kembungkan perut sahaja.jawablah nanti pada Allah apabila sakaratulmaut menjenguk pintu banglo kamu.
ReplyDeleteBila hulubalang hulubarua dap mula bersuara....ko jilat dan hisap kulop LGE....kan lagi bagus.
ReplyDeletetk kisah.....janji kita tolak ularmak penipu dn parti assobiyah melayu yg menjadikn melayu penakut dgn bangsa lain sedangkn melayu berkuasa selamanya
DeleteDap mmg jelas anti islam, mereka dulu zimmi yp kini semakin menghampiri harbinya..aku tentang dap kerana mereka lah perosak dlm pr..no more vote for dap in future..sori bohh..anda keterlaluan..sapot ulamak, tolak pan dan dap.
ReplyDeleteKata mimbar masjid tak boleh jadi medan politik...ni apa ke hal ni....
ReplyDeletesokong rambolll
ReplyDelete(1) DAP Tolak Hudud (Hukum Allah). Sumber:
ReplyDeleteSinar Harian 30 Julai 2012
utusan.com.my 15/12/2014
(2) DAP rejects hudud. Source:
Free Malaysia Today-Mar 16, 2015)
Malay Mail Online-Mar 23, 2015
(3) DAP resolves to reject hudud - Malay Mail Online-Dec 14, 2014 :
SUBANG JAYA, Dec 14 — The DAP unanimously resolved today to state its objection to the implementation of hudud laws anywhere in the country - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-resolves-to-reject-hudud-insists-not-part-of-pakatan-framework#sthash.pV0lddQx.dpuf
KESIMPULAN: Jika DAP menentang Hudud @ Hukum Allah, DAP menentang Islam !
Mengapa sebilangan kecil orang Melayu yang mengaku beragama Islam masih cuba menegakkan benang basah dengan mempertahankan DAP walaupun DAP menolak hukum Allah secara terang-terangan? Adakah orang-orang ini tidak takut pada Allah?
ReplyDeletePeringatan untuk orang-orang yang menentang hukum Allah,
"Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya."(Al-Maaidah 5:52)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Al-Maaidah 5:57)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG KAFIR ."(Al-Maaidah 5:44)
Mengpa marah DAP saja tak marah UMNO/PKR yang juga menolak hukum Allah hudud?
ReplyDeletememang dap anti Islam... perkara pokok untuk orang Islam adalah Hukum Hudud untuk Orang Islam yg di tentang keras oleh penegerusi dap lks n anaknya s/u agung dap lge... aktiviti pesta araq anjuran dan di penegrusikan oleh exco cina dap selangor di ikhlankan secara besar2an di medan umat Islam...lge meraikan pesta araq dgn mengketedarah nak tunjuk kata dia sokong pesta araq oktober fest tahun sudah... memang layak dap di gelar anti Islam... apalah nasib melayu dap yg menyokong n bersekongkol dgn musrsyid dap lks... kami Umat Islam seantario nusantara akan mempertahankan tindakan ke atas MAIP...tunggulah golongan munafiqun melayu dap akan rasa... kerana masa yg akan menentukan segalanya...jgn sampai agama di gadaikan kerana tunduk n bersekongkol dgn kafir laknatullah
ReplyDeletePerkara pokok utk org Islam bukan hudud. Hanya utk ahli PAS wala' mmbabi buta. Hudud dibyst laaasast skali. Perksra pokok utk org Islam ialah m' abdi diri kpd Allah dan Allah shj bkn makhluk Allah ie presideng, selebriti makwe pkwe dll.
DeleteAnon 10:24 adalah contoh manusia bodoh.
ReplyDeleteFakta: Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah menerima hukum-hukum Allah dengan sepenuh hati !
Betul. Tumpukan pada usaha urk kembalikan manusia mengabdikan kpd Allah. Itu yg pertama tama perkara pokok yg kena buat. Bukan terus buat hudud. Kalu melayu org mukmin memang hudud dah lama jalan. Masalahnya melayu hanya Islam bukan mukmin
Deletean Allah Taala:
ReplyDelete“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu.”(Ali Imran, ayat 28)
Hudud tu utk org Islam sahaja. Kalau itu DAP dan org bukan Islam faham tentu tak ada masalah. Kalau sengaja buat tak faham maka kesimpulannya mereka menentang Islam. Kalau org Islam menentang hudud lagilah dasyatnya.
ReplyDeleteKalu nak buat hudud buat betul2. Hudud utk semua bkn org Islam je. Kalu gitu jd tak adil dan timbul fitnah pd Islan
ReplyDelete