DAP dikatakan 'besar kepala' apabila tidak mahu PAS diterima dalam gabungan Pakatan Rakyat 2.0.
PAS tidak akan diterima dalam gabungan Pakatan Rakyat 2.0, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Dakwanya parti Islam itu kini berada di tahap tidak memungkinkan untuk merujuk kembali dengan DAP selepas mengisytiharkannya sebagai musuh.
"Bagaimana kami boleh menyertai pakatan itu bila PAS hendak bertanding menentang kami," soalnya.
Menurut Guan Eng lagi, PAS beranggapan musuh utamanya kini adalah DAP, dan bukan lagi Umno-Barisan Nasional (BN). Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sebagai berkata bahawa partinya akan mempertimbangkan keperluan untuk bertanding di kerusi-kerusi DAP pada pilihan raya akan datang. Guan Eng bagaimanapun bertegas tidak terkejut dengan kenyataan Hadi dan DAP akan menerima cabaran itu.
Sementara itu, PKR bertegas masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP, kata Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, PKR membuat keputusan itu selepas berbincang secara mendalam dan menerima mana-mana pihak yang berpendirian untuk melakukan reformasi secara total termasuk PAS.
"Itu pandangan Lim Guan Eng. Terpulang kepada DAP, yang saya nyatakan baru-baru ini bukan kenyataan dan pendirian saya tapi itu pendirian PKR.
"Ini bukan pendirian saya atau (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail). Kita sudah bincang panjang, termasuk pandangan dan maklum balas yang diterima Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menyatakan PKR sentiasa bersifat inklusif," katanya kepada pemberita di Rawang, hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata, PKR mahu duduk semeja berbincang dengan DAP dan PAS kerana percaya parti pembangkang perlu bermuafakat bagi menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi daripada terus merudum.
"Sebagai sebuah parti yang diberikan mandat oleh rakyat untuk bertanggungjawab menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi negara dengan melibatkan semua pihak, kita mesti ada rasa rendah diri untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak tapi dengan matlamat yang sama.
"Itu pendirian PKR," katanya. (IH)
12 comments:
Apa yang PAS kesah ni??.. PAS kan rela bersendiri dan semakin kuat selepas ditendang DAP (ada sorang tuan guru yang cakap camtu)
pAS KAN KE kuat LAGIPUN PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.
2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing
3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????
4. Masa Muktamar lebai lebai dan pro ulama macam seronok sakan guna CAI masa memilih. Ini cara islam ka cara yahudi guna cai ni tuan tuan
5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua
6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.
AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.
ISLE-ISLE
Katanya Pas dan umno nk ber UG.. tak kalah jgk la pas di kelantan.. hik hik hik
Yg kalah pembangkang dun salor...
bercakap seperti bukan islam .kamu yang tak perlukan DAP .kamu pula kata DAP besra kepala,Yangmana satu ni .seperi lama aku perhatikan ,,yang selalu buat kenyataan mnghentam DAP ialah presideng kau,Padahal Azizah dan Azmin mnegaku mahu bersama Pas lagi dalam Pakatan 2.Sepatutnya Pakatan 2 tak perlu Pas bersma .hanya DAP ,PKR dan Amanah Shaja .Tiba2 Hadi mengatakan bahawa Pas akan meletak calun bertnading di kerusi DAP .apa maknay ini semua? buruk punya perangai yang tidak melamabangkan seorang berilmu islam .malu akau dengan bangsa lain sikap dan perangai ulamak sakit jiwa,eiiiiiiii geramnya .nak maki kan dapat dosa pula.
Baguih la pembangkang pakat dok betengkaq yang dapat laba UMNO/BN tu la gila kosa nama nya yang PAS gila nak hudud yang DAP nak menag pilihan raya yang PKR pula nak bagi DSAI kuluaq jel dan AMANAH kepala cangkui pula nak balaih dendam kat PAS ha hampa tengok la nanti hampa saesama hampa nanti betumbuk bila dalam bilik mesyuarat sorang kata kayu sorang kata paku yang sorang lagi kata penukui dan yang sorang lagi tukang katok ha elok dah tu ahkiaq sekali UMNO/BN gelak kat hampa sebab depa dapat kerusi banyak yang jadi gila rakyat semua naik ytang turun hujan dengan buah nyiok saja itu pun dengan rahmat ALLAH.Fikiaq sendiri lah hampa semua oghang ceredik.
Bukan tuan guru yg tulis artikel ni.. so boleh abaikan je..
Inilah akibatnya bila bercakap tak ingat Allah s.w.t. Main lepas je. Bak kata budak-budak mulut takde insuran atau mulut longkang. Bila berlaku sesuatu tidak seperti yang dihajati mulalah kelam kabut. Cakap pun macam orang mabuk tuak. Kalau rasa tak boleh pimpin PAS atau tidak boleh berfikir dan bertindak seperti orang waras eloklah letak jawatan dan duduk di pondok atau surau. Jangan buat malu Islam.
Betul bukan tuang guru yang tuliskan artikel ni,jadi Ibn Hasyim pandai2 tulis ke.Tetapi ada kenyataan tuan guru bahawa semua tempat DAP akan di letak calun wakil Pas,jadi apa sebab di Selangor ni seperti bekersama dengan DAP .tak malu ke/mana nak letak kalau DAP kata itu Pas takut letak jawaytan exco sebab duit takda dalam poket ,Pas miskin ,hinanya.
Sokong komen lucu ni tq sbb berkongsi idea lucu yg membina.pas nak buat hudud dikata nak berkawan dgn umno.cangkul nak cepat keputrajaya dikata taat pd dap.2x5saja.tp aku rasa kalau awal awal dah tolak hudud tp kata nak buat islam tak boleh pakai tu.sudah tu pulak sibuk nak cangkul pas bkn nya cangkul umno.hadi maroh berapi dgn dap sbb buat pas pecah.ramai pulak dok simbah minyak bkn nya nak cuba padamkan api.nasib baik pkr bg sejuk sikit.nuar menginsafi diri dibalik jeriji.supaya dpt keluar menjadi pemimpin dgn jiwa yg bersih.berusaha lah kita semua menguasai ego sendiri supaya keadilan dpt ditegakkan.apa yg pasti tampa islam keadilan akan susah utk ditegakkan jd betullah tindakkan nuar utk mengheret pas bersama.
Pas je ke letak jawatan.. dap,pkr hang dok backup.. aku pun undi dap la pru13.. letak la jawatan skali.. kata undi pakatan.. baru adil.. phuii
PERINGATAN UNTUK ORANG ISLAM:
Alangkah malangnya segelintir manusia mengaku beragama Islam tetapi mereka sanggup bernaung di bawah pemimpin-pemimpin kafir Dapig dan rela diperalatkan untuk menfitnah Tuan Guru dan parti Islam.
"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam."
(An-Nisaa' ayat 138-140)
Mana pergi melayu Islam dlm umno, pkr dan ghb. Semua dayus x berani laksana Islam & hudud dlm ngra sendiri.
Post a Comment