Sunday, September 20, 2015

Diuji Tawaran Lumayan Jika Buka Tudung. Al-hamdulillah Saya Berjaya Harungi -Lufya Omar

Lufya Omar
HALAMAN HIBURAN

ADA artis yang diuji dengan kewangan menyebabkan ia tidak bertudung. Tetapi artis ini, sejak berubah imej iaitu bertudung litup pada 2 Februari lalu, pelakon Lufya Omar,diuji dengan tawaran bayaran lumayan asalkan dia sanggup membuka tudung.

Lufya, 30, berkata, sebelum ini, kerja lakonan yang ditawarkan tidak  lumayan seperti yang diterima selepas dia berhijab dan menyifatkan perkara itu mungkin salah satu ujian oleh Allah kepadanya.

"Selepas berhijab, ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon tetapi dengan syarat saya perlu berlakon tanpa tudung dan bayarannya juga lumayan.
"Tetapi saya anggap perkara ini sekadar ujian Allah yang mahu menguji iman kita. Ada juga beberapa dugaan lain sepanjang saya bertudung ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Lufya, dia menyifatkan ujian yang dilalui mempunyai hikmah apabila tawaran kerja lakonan semakin bertambah selepas dia menolak untuk membuka hijab bagi tawaran yang memerlukan dia berbuat demikian.

"Alhamdulillah, saya berjaya mengharunginya dan dapat melihat hikmah di sebaliknya.
"Tawaran lakonan pula tidak pernah putus. Diakui ia tidaklah lumayan, tetapi saya dapat rasa keberkatan wang itu, tidak mudah habis," ujarnya.

Sementara itu, beritahu Lufya, dia juga kini bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan kerana mahu kerja yang dilakukan itu menjadi satu dakwah kepada masyarakat.

"Saya bersyukur apabila ramai yang menyokong kerjaya saya, jadi saya mahu membalasnya dengan berdakwah menerusi lakonan dengan memilih watak-watak Islamik.
"Tambahan pula, watak Islamik lebih sesuai dengan penampilan saya sekarang ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lufya baru sahaja selesai penggambaran telefilem Dibawah Langit Mu Aku Berselawat  terbitan Astro Oasis.  (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Yg penting berkat, bukan jumlah.
Dah biasa ditemui, pendapatan besar tp keluarga tunggang langgang, jiwa tak tenang, anak isteri tak mcm orang.

agen wsc biolo surabaya said...

kuatkan imanmu

obat pelangsing wsc biolo said...

jangan tergiur duniawi

Anonymous said...

Nasihat saya untuk Lufya Omar kerana Allah:

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

"Dunia adalah penjara bagi orang mukmin (orang yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa) dan syurga bagi orang kafir." [HR. Tirmidzi No.2246].

Nota: Dunia ini adalah sementara sahaja sedangkan akhirat itu kekal abadi. Beruntunglah orang Islam yang mencintai dan mentaati Allah dan rasulNya dan mendapat ganjaran syurga yang kekal abadi.

Unknown said...

Saudari lufya..ganjaran menanti mu di syurga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails