Salah satu aksi pemenggalan kepala dalam perundangan oleh ISIS
Pelaku pemenggalan tersebut, lapor pada Iraqi News, telah berusia 28 tahun. Dia meluat melihat atasannya datang ke rumahnya, mengajak bercakap dengan isterinya bahkan disebut-sebut menggoda untuk berbuat maksiat ketika anak buah itu berada di garisan depan perjuangan.
"Anggota pasukan pejuang itu menemui komandan, lalu memancung kepala atasannya itu setelah bertarung" kata sumber tersebut, seperti yang dilaporkan oleh the Daily Star, Minggu (27/9).
Setelah membunuh bosnya, ahli ISIS ini lari. Tidak jelas sama ada dia membawa serta anak isterinya atau tidak. Organisasi militan khilafah telah memerintahkan penangkapan pelaku. Terkorbannya komander ISIS di Daerah Sharqat membuat gerak organisasi agak terjejas.
Ini adalah daerah strategik bagi para militan sejak Jun 2014 untuk membekalkan logistik ke seantero di Iraq. ISIS dituduh kerap melakukan keganasan seksual kepada wanita di kawasan yang mereka kuasai. Namun hakikatnya, jumlah ahli perempuan yang menyertai tetap ramai.
Setahun terakhir, dari negara-negara Barat sahaja, dianggarkan 600 wanita berangkat berperang menyokong panji khilafah. (IH)
dh sah is adalh khawarij sesat
ReplyDelete