Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia merupakan keputusan konsensus pembangkang, kata pengerusinya Mohamad Sabu.
Katanya, pendirian mereka akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak, katanya.
"Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
"Kalau mereka kata 'Tidak', maka kami tidak akan menyokongnya," katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud.
Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan Amanah, kumpulan serpihan parti Islam PAS, di negeri itu hari ini.
Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan.
“Kami akan bincangkan dengan rakan kami. Kita tak boleh paksa hudud atas rakyat sekiranya majoriti mereka, Islam dan bukan Islam, tidak bersetuju dengannya.
"Dan kita tak boleh paksa pelaksanaannya sekiranya ia bertentangan dengan perlembagaan," kata Mat Sabu.
Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun berkata, beliau tidak percaya rang undang-undang itu, yang cuba dibawa sebagai rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Hadi berusaha membentangkan rang undang-undang itu bagi membolehkan Kelantan, yang meluluskan enakmen jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri pada Mac, melaksanakan hukuman hudud di negeri di bawah teraju PAS itu.
"Terlalu jauh dari realiti walaupun untuk bercakap mengenai kemungkinan mengundi untuknya. Ia masih belum melalui proses yang sewajarnya.
"Terlalu jauh dari realiti walaupun untuk bercakap mengenai kemungkinan mengundi untuknya. Ia masih belum melalui proses yang sewajarnya.
"Rang undang-undang itu masih dengan Speaker. Ia malah tidak dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk mereka membincangkannya.
"Raja-raja mempunyai bidang kuasa ke atas hal ehwal agama (Islam) dan mereka perlu menyokongnya," kata Mujahid kepada perhimpunan di Kuching itu.
Beliau juga menyifatkan pembentangan rang undang-undang oleh Hadi itu sebagai "mengarut", menggelarkannya "tipu helah politik Barisan Nasional (BN) untuk memecahkan Pakatan Rakyat (PR)".
"Hadi ditipu. Beliau diperdaya untuk masuk dalam perangkap BN yang hendak memecahkan PR," kata Mujahid, anak kepada salah seorang bekas presiden PAS terdahulu.
Gabungan pembangkang PR hancur awal tahun ini kerana isu hudud di Kelantan dan penolakan DAP terhadap cara unilateral Hadi dalam bertindak dan membuat keputusan.
PAS juga secara rasmi mengesahkan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar agung tahunan parti itu pada Jun.
DAP sedari dulu menentang pelaksanaan undang-undang Islam itu dan menuduh PAS melanggar dasar rangka kerja yang dicapai PR pada 2011, di mana semua pihak dalam gabungan itu bersetuju hudud bukan agenda bersama.
Fidzuan Zaidi, bekas ahli exco PAS Sarawak, dipilih sebagai pengerusi Amanah di negeri itu. (TMI)
27 comments:
Org munafik mmg selalu berdolak dalik.. cakap berbelit2.. mcm tuan president amanah and the geng..
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN 7hb SEPTEMBER 2015 Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak. Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen. Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara. Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak. Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan. Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami. Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami. HJ MOHAMAD BIN SABU Pengerusi Parti Amanah Negara 6 September 2015
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN
7hb SEPTEMBER 2015
Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.
Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen. Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.
Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak. Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan. Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami. Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.
HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi Parti Amanah Negara 6 September 2015
Setidaknya haji hadi ada usaha untuk laksanakan perintah allah... adalah menjadi kewajipan umat islam menyokong usaha itu. Tak pelik klu cina dap mengecilkan usaha ini kerana mereka kafir. Yang peliknya orang yang mengaku islam mencari seribu satu alasan dan menyedihkan lagi memperkecilkan usaha murni ini. Tepuk dada tanya iman...
Teringat komen anwar ibrahim mengenai pendirian beliau tentang negara israel.. kes mat sabu ada sedikit persamaan.. jawapan nak cari jalan selamat.. soalan press pendirian amanah dlm hudud. Jawab pendirian amanah dah la. Kenapa perlu melibatkan parti lain...
Apa masalah buat saja bila dapat kuasa pegang Negeri hudud tarak pun
Ni bukan pemimpin. Ikut sokongan bukan ikut hukum. Pemimpin ialah mampu buat perubahan terutama ttg hudud.
Alhamdullilah PAN telah menjelaskan siapa sebenarnya mereka dan sikap mereka terhadap hudud. Syabas selamat berjuang dibelakang DAP yang sampai bila-bila tidak akan bersetuju dengan Islam dan PKR yang mengikut apa saja Dap asal dapat sokongan.Matlamat mereka adalah Putrajaya. Syabas PAS kerana Istiqamah memperjuangkan Islam dan mengharapkan keredhaan Allah walaupun tidak menang.
AMANAH akan sokong hudud kalau DAP sokong hudud! Agak2 bila agaknya tu? Mungkin lepas LKS & LGE mengucap 2 kalaimah syahadah kot.
En. Mohd Saifuddin dan rakan-rakan lain,
Jangan senang-senang tuduh orang munafiq atau tuduh orang membabi buta. Saya ni agak jahil walaubagaimanapun saya tak faham kenapa kita perlu mengucapkan syabas kepada sesekumpulan kerana istiqamah walaupun tak menang???
Kenapa Rasulullah S.A.W melantik Khalid Al-Walid sebagai panglima perang tetapi tidak pernah melantik Abu Dzar walaupun diminta oleh Abu Dzar sendiri tambahan pula Abu Dzar antara orang yang awal masuk Islam??? Kerana kekuatan dan skill Khalid dalam peperangan!!!! Tak pula saya tahu Rasulullah melantik orang yang tak ada kelebihan dan skill kemudian mengucapkan syabas walaupun tak menang!!
Bagi kita orang Islam, sembahyang, puasa, zakat dan hudud adalah sebahagian daripada Islam. Jangan lupa keadilan sosial, pengagihan harta negara secara samarata dan hak-hak kaum minoriti adalah juga sebahagian daripada Islam!!!
Bagaimana kita nak melaksanakan Hudud dalam keadaan sebagai contoh kita berzina kena hudud anak menteri berzina tak kena hudud???
Jadi, untuk melaksanakan hudud, kita semestinya juga melaksanakan keadilan sosial, pengagihan harta negara secara saksama dan sebagainya. Bagaimana kita nak melaksanakan hudud kepada orang yang mencuri bila mana contohnya kes RM 2.6 billion jangankan pergi mahkamah dan didapati bersalah, nak siasat pun diganggu. Suruh beri penjelasan pun kena pecat macam Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Shafie Abdal.Hudud apa macam tu???
Saya berpendapat kita kembali kepada fiqh alawiyat ataupun keutamaan seperti yang disarankan oleh Imam Ghazali.Alawiyatnya sekarang antara lain rakyat dah terhimpit kerana GST dan harta negara dah berkurangan, manakala bersuara menuntut keadilan memang jangan haraplah.
Daripada saya yang jahil,
Nobody
Salam semua,
Saya juga berpendapat Tuan Guru Haji Hadi telah melakukan kesalahan tektikal yang ketara. Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah pun berulangkali memberi amaran tentang kerjasama dengan UMNO. Almarhum meninggal tak sampaipun setahun habis berantakan seluruhnya. Sekarang tau-tau dah ada pula gencatan senjata dengan UMNO sebab isu hudud. Apa jadi sekarang?? Nak bentangkan ke Parlimen pun gagalkan???
Ingat, orang Mukmin tidak akan jatuh dalam lubang ular dua kali. Saya tak nak menuduh, kalau kita betul-betul mukmin kita kena beringat.
Daripada saya yang jahil,
Nobody
Ko rasa bila agaknya hudud boleh dilaksanakan?? Tahun 2100 pun belum tentu boleh dilaksana kalau bnyk dalih dan mcm2 alasan diberi.. undang2 sekarang yg lebih zalim boleh pulak ko terima pakai.. aku percaya tk smpi 10% rkyat malaysia memahami undang2 sedia ada.. kesian kt ko kalau tahu jahil gie ngaji lg..
Sudahlah.. knp nk buat kerjasama dgn org islam pun tk boleh?? Takkan nk buat kerjasama dgn dap yg 2 kali langgar perjanjian.. patut otak sama je dgn geng tak amanah..
Salam semua,
Mana undang2 sekarang yang lebih zalim yang boleh pulak saya terima pakai??? Bila menulis jangan menuduh2.
Contohnya, undang-undang jalanraya berkenaan lampu isyarat, merah berhenti, hijau jalan zalim ke???
Ataupun tuduhan liwat suka sama suka ke atas saudara Anwar Ibrahim, tuduhan suka-sama suka tetapi kenapa Anwar sorang kena, Saiful tak kena???
Apa masalahnya sekarang, undang-undang ke pelaksanaannya???
Dikatakan Saiful diliwat atas karpet, kenapa karpet tu diambil dari unit kondo lain bukan kondo yang dikatakan terjadinya liwat tu?? Saiful tu tak ingat ke dia kena liwat di unit kondo yang mana atau kena liwat atas karpet ke tak???
Nasib baik tak ada hudud sekarang tau, kalau tak Anwar Ibrahim naya je kena rejam sampai mati.
Hudud, keadilan sosial dan keadilan pengagihan pendapatan negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam.
Selain Hudud, awak rasa bila agaknya keadilan sosial dan keadilan pengagihan pendapatan boleh dilaksanakan?? Tahun 2100 pun belum tentu boleh dilaksana kalau Pemimpin PAS buat gencatan senjata dengan UMNO!!! Saya percaya tak sampai 10% rakyat Malaysia yang tahu keadilan sosial dan keadilan pengagihan pendapatan negara sebahagian daripada ajaran Islam. Kita nak suruh orang jahil pergi mengaji lagi, boleh, jangan lupa insaf, entah-entah orang yang mengaku jahil lebih mengetahui daripada orang yang suruh dia pergi mengaji lagi tu...
Yang masih mengaku jahil,
Nobody
Kata imam syafie.. aku akan tewas berhujah dgn org jahil.. renung2kan
Salam semua,
Setahu saya sebagai contoh, Tuan Guru Hadi sendiri yang mungkir janji, jadi secara tak langsung sebagai presiden, partinya juga turut terkait.
Tak payah jauh, dalam pilihanraya umum yang lepas je ada 2 contoh.
1. Kota Damansara. Tidak ada 1 complaint pun yang dibuat kepada Adun PKR. Serta memang di dalam perjanjian itu kawasan PKR. Kenapa bila pilihanraya tiba-tiba calon PKR dituduh bertuhankan Marx dan Lenin?? Kita orang Islam tak tahu ke dosa tuduh orang Islam macam tu?? Lepas tu kita letak calon sendiri.
2. Bukit Besi. Kenapa tuduh calon PKR jual pil kuda ketika pilihanraya??? Kalau betul buat report polis, bawa saksi, tunjuk bukti. Islam apa kita ni???
Sekarang beritahu saya, siapa yang mungkir janji dulu???
Memang tak ada masalah nak berjanji dengan orang Islam, tetapi tengoklah orang mana?? GST, 1MBD dan macam-macam masalah negara tak selesai, geng tu kita nak berjanji???
Korang nak mampos!!!
Patutlah sampai sekarang tak boleh bentangkan di Parlimen. Sampai 2100 lah kita tak bentang-bentang kalau puak-puak tu asyik menang dan kita asyik kena tipu je.
Rasulullah pilih Khalid dan tak pilih Abu Dzar sebab kelebihan dan skill!!!
Ikutlah contoh Rasulullah, pilih orang yang tak cerdik sampai 2100 la tak ada hudud!!!
Masih mengaku jahil,
Nobody
Salam semua,
Kata saya.... Kalau saya tewas berhujah dengan orang jahil, saya lebih jahil daripada orang tu.... fikir-fikirkanlah.
Yang masih jahil,
Nobody
Sorry.. aku pegang pd kata2 imam syafie..
Bye
Salam semua,
Saya terima kata-kata Imam Syafie tu. Kata-kata Rasulullah pun pegang juga. Jangan sampai diperbodohkan orang. Islam ni bukan hudud je tau!!!
Saya tak pasti elok tak cakap begini, tapi jangan suka merendah-rendahkan orang walaupun orang tu mengatakan dirinya jahil, boleh jadi orang tu merendahkan dirinya. Bukankah Rasulullah juga mempunyai sikap rendah diri???
Masih jahil,
Nobody
p/s Kalau nak tahu orang tu jahil ke tak, tengoklah argument dia.
SPEAKER TAK TERIMA SEBARANG USUL MENGENAI HUDUD
Speaker Pandikar Amin Mulia hari ini berkata beliau belum menerima sebarang usul mengenai rang undang-undang (RUU) hudud untuk dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada RUU itu akan dibawa pada sidang akan datang yang akan bermula bulan depan.
"Saya tidak menerima sebarang usul mengenai perkara itu kerana sesi Parlimen akan datang pada Oktober.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/speaker-tidak-terima-sebarang-usul-mengenai-hudud
KAH KAH KAH
woit
apa makna berita ini?
kah kah kah
ini berita kena kencing
siapa kena kencing?
siapa kencing siapa?
kah kah kah
ini bukan kencing panas
ini kencing sejuk
kah kah kah
PADAN MUKA
SPEAKER TAK TERIMA SEBARANG USUL MENGENAI HUDUD
Speaker Pandikar Amin Mulia hari ini berkata beliau belum menerima sebarang usul mengenai rang undang-undang (RUU) hudud untuk dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada RUU itu akan dibawa pada sidang akan datang yang akan bermula bulan depan.
"Saya tidak menerima sebarang usul mengenai perkara itu kerana sesi Parlimen akan datang pada Oktober.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/speaker-tidak-terima-sebarang-usul-mengenai-hudud
KAH KAH KAH
woit
apa makna berita ini?
kah kah kah
ini berita kena kencing
siapa kena kencing?
siapa kencing siapa?
kah kah kah
ini bukan kencing panas
ini kencing sejuk
kah kah kah
PADAN MUKA
BAB RUU HUDUP PAS KENA TEMBERANG DENGAN UMNO JE. KALAU IKHLAS UMNO DAH BOLEH BUAT CUMA TINGGAL MINTA SOKONGAN TAMBAHAN PAS.
KENA GULI LEBAI NI. SAYA SOKONG HUDUD DAN WAJIB KITA TERIMA TAPI KALAU DAH NAMPAK NAK KENA KUNYIT TAK PAYAH KITA KULUM GULA GULA MEREKA.
BABULUJAA
Kena tipu takpe kita cuba lagi.. akhirat nnti dh ada jwpan dgn Allah SWT.. amin
Masalahnya yg menipu itu presiden parti cap Islam.
Salam semua,
Orang Mukmin tu tidak seharusnya jatuh lubang dua kali. Hati-hati, takut-takut kita ni sebenarnya tak mukmin sebab asyik kena tipu je.
Tu lah, jangan nak pegang kata-kata Imam Syafie saja, kata-kata Rasulullah S.A.W lupa pulak.
Yang masih jahil,
Nobody
2012 - Nik Aziz insists on ‘muzakarah’, ignores Hadi
PAS spiritual leader Niz Abdul Aziz Nik Mat insisted on having a dialogue on Muslim unity with archrival Umno despite denial by president Abdul Hadi Awang that such talks will take place.
Nik Aziz, the Kelantan Menteri Besar, was quoted by Malay daily Sinar Harian as saying he would pursue the idea despite rejection from the party’s top leadership, a move that could renew suspicion of PAS’ loyalty to Pakatan Rakyat.
Relations between the Islamist party and its allies were rocky after allegations of a covert meeting allegedly aimed at sealing a possible cooperation between PAS and Umno surfaced just after the 12th general polls.
“The president disagrees with the muzakarah [goodwill discussion] but never mind if he disagrees. This is my decision and it has nothing to do with anyone else so I am not concerned if others disagree,” he said.
“Whatever their opinion is, it is up to them. I am firm with my decision to hold talks with them (Umno),” Nik Aziz added.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/24/nik-aziz-insists-on-muzakarah-ignores-hadi/
2012 - Nik Aziz suggests ‘muzakarah’ be held before GE, sets conditions
May 19 — PAS' spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has suggested that its proposed 'muzakarah' (talks) with Umno be held before the upcoming 13th general election. However, Nik Aziz, who is also Kelantan Menteri Besar, stressed that Umno would have to meet several conditions that would be determined by PAS if the two parties wanted to engage in consensus building towards achieving unity. "If Umno wants to unite with PAS, it must change its policies whereby Islam must come first. It must not be the decision of one person but an official decision of the party. -
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nik-aziz-suggests-muzakarah-be-held-before-ge-sets-conditions/#sthash.ssUxNQdG.dpuf
Post a Comment