Sunday, September 20, 2015

Ini Jawapan, Mengapa MAS Hidang Arak, Anda Boleh Terima?


KL:Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Datuk Idris Jala semalam dalam sidang perpaduan negara semalam telah tampil menjawab soalan yang selalu ditanya oleh orang ramai terhadap MAS.

Menurut beliau, dia pernah diminta memberi pendelasan dari segi agama mengapa MAS terus menghidang alkohol dalam pesawat ketika beliau mengambil alih jawatan tertinggi dalam syarikat penerbangan nasional itu.

Beliau menceritakan perbualannya dengan seorang kakitangan di sebuah sesi dewan bandar di mana lelaki itu meminta beliau untuk menjelaskan mengapa syarikat penerbangan itu menghidang arak sedangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

"Lelaki ini berdiri semasa sesi Q & A dan berkata kepada saya,
'Boss, kita adalah sebuah negara Islam, Malaysia Airlines adalah sayarikat penerbangan nasional. Kenapa kita menghidangkan alkohol dalam pesawat sedangkan Brunei dan Arab Saudi tidak berbuat demikian? Jangan berikan alasan kerana ada pelanggan yang mahukan. Saya mahu jawapan dari segi agama daripada anda,'

Idris berkata, beliau mengambil mikrofon dan memberitahu lelaki itu bahawa beliau akan memberikan jawapan dari segi agama tetapi mahu lelaki itu menjawab dua soalan pertamanya.

"Saya bertanya kepadanya, 'Adakah kamu percaya bahawa Allah Maha Berkuasa, dan dia boleh berbuat apa-apa yang dia mahukan dengan KuasaNya? Lelaki itu membalas 'Ya'.
"Kemudian saya bertanya kepadanya lagi, 'Adakah anda percaya bahawa Tuhan tidak sukakan dosa dan tidak sukakan alkohol?' Dia sekali lagi menjawab 'Ya, Allah tak suka alkohol'.
"Saya berkata, 'Jika anda berkata Allah Maha Berkuasa, tidak suka dosa, mengapa Dia tidak menggunakan kuasanya utuk menghapuskan dosa dan alkohol?'.
"Dan saya memberitahunya saya akan memberikan jawapan itu dan saya berkata, 'Ia adalah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Adil, Dia memberikan kita kebebasan untuk memilih berbuat dosa atau tidak, minum atau tidak dan itu adalah konsep Tuhan.
"Jika anda fikir bahawa Allah sahaja berkuasa, maka Dia hanyalah ada Kuasa. Dia akan gunakan kuasanya untuk menghapuskan semua dosa. Maka kita semua tidak akan membuat dosa tetapi Allah bukanlah Tuhan yang memaksa orang," katanya.

Perbualan menarik itu menerima tepukan gemuruh dari kakitangan MAS termasuklah lelaki yang bertanyakan soalan itu tadi.

"Dia berkata, "Boss, saya rasa saya bersetuju dengan anda. Mungkin sekarang anda boleh meletakkan nota di menu dan mengatakan menu itu tidak halal,'," kata Idris kepada penonton persidangan itu semalam.-Siakapkeli.my

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Anda atau ustaz-ustaz UMNO boleh terima?

7 comments:

Anoynimous said...

Hadoii macam tu akal pemimpin?
sepatutnya pemimpin menghalang berlakunya kemungkarang bukan memberi pilihan sama ada nak buat baik atau buat mungkar

Anonymous said...

Buat apa blogger siar kenyataan Idris Jala, dia tu beragama Kristian.

Tanpa nama said...

Saya seorang yang dangkal pengetahuan mengenai agama ktistian, jika anon 8:58 mengatakan ldris Jala seorang Kristian maka membolehkan arak dihidangkan dalam flight MAS, jd jika ada penganut Kristian di sini, sy ingin bertanya adakah Agama Kristian menghalalkan meminum arak? Setahu sy tidak.

Tanpa nama said...

Saya seorang yang dangkal pengetahuan mengenai agama ktistian, jika anon 8:58 mengatakan ldris Jala seorang Kristian maka membolehkan arak dihidangkan dalam flight MAS, jd jika ada penganut Kristian di sini, sy ingin bertanya adakah Agama Kristian menghalalkan meminum arak? Setahu sy tidak.

Anonymous said...

Man, want to play God.

"Dan berkatalah org org musyrik, " Jika Allah menghendaki, tidaklah kami menyembah selain drpdNya suatu apa pun, dan tidak juga bapak bapak kami. Dan tidaklah kami haramkan selain yg diperintahNya suatu apa pun." Demikian itulah yg diperbuat (dikatakan) org org sebelum mrk. Mk bukankah kewajipan atas para rasul itu selain menyampaikan dgn sejelas jelasnya." 16:35.

Anonymous said...

Sebenarnya Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNya melakukan kejahatan dan kezaliman sesuka hati mereka. Bahkan Allah telah menurunkan azab yang dahsyat di dunia dan akhirat ke atas hamba-hambaNya yang telah mengingkari perintah Allah dan rasulNya. Oleh sebab itulah Allah mengutuskan rasul-rasulNya dan hukum-hukum Allah untuk membimbing hamba-hambanya ke jalan yang lurus dan benar yang diredhai oleh Allah:

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." Al-Baqarah 2:2-3)

Hanya ALLAH YANG MAHA BERKUASA dan sesungguhnya semua hamba-hambaNya termasuk nabi Isa tidak mempunyai sebarang kuasa. Jika Allah mahu, Allah boleh menggunakan kuasanya untuk menghapuskan kemungkaran dan kesesatan dan orang-orang kafir serta-merta. Sebenarnya Allah mengadakan pelbagai peraturan, hukum dan larangan untuk manusia semata-mata untuk kebaikan hamba-hambaNya dan menguji kesabaran dan kepatuhan mereka terhadap perintah Allah dan rasulNya:

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"(Al-Mulk 67:2)

Manusia boleh memilih untuk berbuat dosa atau tidak tetapi mereka mesti bertanggung-jawab ke atas tindakan-tindakan mereka. Ini tidak bererti mereka bebas melakukan dosa jenayah, kezaliman dll sesuka hati mereka sebab tindakan mereka mempunyai kesan buruk ke atas orang ramai. Jika mereka melakukan dosa atau kesalahan, mereka akan ditangkap dan dibicarakan mengikut hukum-hukum Allah di dunia ini. Jika mereka terlepas dari hukuman dunia, mereka yang akan dibicarakan dalam mahkamah Allah di akhirat kecuali Allah mengampuni dosa mereka.

Arak adalah jelas haram berdasarkan Al-Qur'an dan hadis:

Maksudnya:
Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat arak, peminum, penghidang, penjual, pembeli, pemerah, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya”

Idris Jala adalah penganut Kristian maka orang-orang Islam mesti berhati-hati dengan jawapan beliau yang boleh mengelirukan orang Islam. Orang Kristian makan daging babi walaupun kitab Bible mengharamkan daging babi. Sebahagian besar orang Kristian menyembah manusia bernama Jesus sebagai tuhan sedangkan Jesus tidak pernah mendakwa dirinya tuhan !

Anonymous said...

Bila logik akal mengatasi hukum, maka inilah hazilnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails