Monday, September 28, 2015

Ini, Parti Bikini Di P/Pinang, Nak Uji Sensitifiti Umat Islam Ke?..

Sebelum ini tersebar di laman Facebook beberapa page politik mengenai sebuah banner yang mempromosikan sebuah parti bikini oleh sebuah kelab Malam di Pulau Pinang.

Banner yang dipasang di kawasan yang penduduk majoritinya Melayu dan berbilang kaum di Juru itu telah menimbulkan kemarahan pengguna media sosial yang menganggap tidakkan itu tidak bertanggungjawab dan menyalahkan kerajaan Pulau Pinang kerana ia tidak menjaga sensetiviti.

Memetik laporan Ismaweb, mereka telah cuba menghubungi pihak pengurusan kelab malam berkenaan dan mereka mengesahkan pesta berkenaan telah dibatalkan.

“Parti tu takkan buat, dah cancel,” katanya yang enggan mendedahkan namanya ketika dihubungi Ismaweb.

Katanya lagi, banyak perkara yang menghalang hingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa membatalkan parti berkenaan.

“Ia tidak akan dilakukan langsung,” katanya dan terus mematikan talian telefon.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, banner berkenaan telahpun ditanggalkan oleh pihak penganjur selepas dinasihatkan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), petang Jumaat lalu.

Parti yang dicadangkan dianjurkan pada 1 Oktober ini juga dibatalkan. Penganjur juga dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Biarkan pihak PBT menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu berkenaan jika melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kain rentang terbabit. 

Sengaja nak uji sensitifiti umat Islam ke? (IH) 

9 comments:

Anonymous said...

Mintak komen dari geng amanah. klu amanah meletakkan islam dlm perjuangan inilah salah satu contoh yg akan timbul pada masa hadapan... kecuali meneruskan ideologi menjaga semanagat pakatan yg dipegang sekarang. Jgn tergadai agama dah lah.. kelak akhirat kelu tak terkata..

Anonymous said...

Ha yang nilah yang depa dok cari2 dan perjuangkan ................ apa komen macai dan balaci Dap ? ........... cangkul pun cangkullah akhir sekali tercangkul atas kapla depa !

mansor said...

isunya ialah malaysia ada menteri agama, banyak mufti2, tapi tiada tindakan konkrit....kononnya UMNO nak menjuarai Islam....lakukanlah kuasa ada ditangan UMNO..tapi apa depa tu buat....korek hidung aje ke...kikikikikikik

Abdul Said said...

Janganlah nak jadikan isu benda macam ni. Terutama orang Melayu yang kononnya nak tunjuk alim. Porahhh. Beberapa tahun dahulu perkara serupa berlaku di Selangor, semasa UMNO berkuasa. Almarhum Datuk Ishak Baharum bertindak menangkap tiga orang perempuan Melayu dalam pertandingan ratu cantik. Almrhum Datuk Mufti dibuang kerja oleh Kerajaan UMNO Selangor. Ada korang bising. Ada korang buat petisyen. Semua diam. Bila berlaku di Pulau Pinang mentang-mentang DAP perintah semua buat sibuk. Ada ke betina Melayu dalam aktiviti tu??. Konsistenlah sikit bai. Bila UMNO buat semua senyap!! Bila menteri buat semua senyap!!! Bila orang lain buat cepat-cepat kena tangkap!!!

Anonymous said...

Isunya kerajaan malaysia??? Pertahan jgn tak pertahan... biasanya acara mcm ni perlu mendapat permit kerajaan negeri. Nak gatung banner pun kena dptkan cop majlis perbandaran... ni buakan acara peringkat international... ha....ha....

Anonymous said...

Isunya kerajaan malaysia??? Pertahan jgn tak pertahan... biasanya acara mcm ni perlu mendapat permit kerajaan negeri. Nak gatung banner pun kena dptkan cop majlis perbandaran... ni buakan acara peringkat international... ha....ha....

Anonymous said...

perlu dingat...
beberapa hari lagi bulan oktober,
maka berulang semula cabaran DAP kepada PAS dan ISLAM dengan oktoberfestnya.

Anoynimous said...

Sapa yg mengancam islam dimalaysia ni?
Kafir ke Islam yg mengancam islam?
Telunjuk lurus kelingking berkait

Unknown said...

P.Pinamg sekarang dibawah "pakatan harapan"
Mat Sabu mana...takkan nak biaqkan pesta macam ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails