Tuesday, September 29, 2015

Kapal Selam Lengkap Berpeluru Berpandu Tba-tiba Timbul Di P/Pg, Apa Rahsia?

PENUMPANG feri Pulau Pinang hari ini terkejut selepas sebuah kapal selam milik Australia lengkap dengan peluru berpandu telah timbul berhampiran dengan laluan feri yang dinaiki mereka.Kehadiran Kapal Selam HMAS Sheean milik Tentera Laut Australia tersebut menjadi perhatian ramai rakyat P.Pinang khususnya penumpang Feri yang sedang berulang alik dari Pulau ke Tanah Besar.Kapal selam berkuasa diesel-elektrik lengkap peluru berpandu itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.
 
 
Menurut wakil Tentera Laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan merapat ke Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.

Selepas selesai mendarat di Pulau Pinang HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah dan akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.

Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke Pengkalan Laut mereka di Barat Australia.

Orang ramai diminta bertenang berikutan tersebarnya gambar-gambar ini di media sosial di mana ada mendakwa ia menggugat keselamatan negara dan sebarang spekulasi bukan-bukan perlulah dihentikan. (IH)
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails