Friday, September 18, 2015

Kewangan, Punca Amelina Tidak Bertudung. Apa Komen Anda?

Doakan saya untuk berubah -Amelina
HALAMAN HIBURAN.
KEMUNCULAN penyanyi dangdut Amelina yang popular pada suatu ketika dahulu dinanti-nantikan oleh peminat setelah lama menyepi dalam dunia hiburan. 
Lapor Gosip Malaysia.
Amelina dilihat semakin aktif menyanyi dalam mempromosikan dirinya untuk terus berada dalam industri hiburan. Nampaknya usahanya itu membuahkan hasil apabila dilantik sebagai salah satu duta produk astro.
Usia Amelina juga semakin meningkat dan ramai peminatnya menyarankan supaya Amelina berubah dan menutup aurat kerana artis dangdut yang lain yang sudah pun berubah. 
Namun Amelina mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak dapat berbuat sedemikian.
“Ramai yang bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab. Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi”
“Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu,” ujar Amelina kepada mStar Online baru baru ini berhubung komen para peminat itu.
Kata Penulis Blog Gosip Malaysia: Penulis tidak bersetuju dengan Amelina yang mengatakan bahawa artis dangdut yang sudah berubah mereka sudah mempunyai kewangan yang stabil. Bagi penulis, tidak semestinya kena stabil kewangan dahulu baru nak berubah. Rezeki tu di tangan Allah dan wajib percaya benda tu. Perkara baik tak elok nak dilengah-lengahkan lagipun kita hidup tak tahu smpai bila mungkin esok kita dah tak ada kat dunia ni. Penulis doakan semoga Allah bukakan pintu Amelina untuk berubah.
Ibnu Hasyim: Apa komen anda?
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

13 comments:

  1. Kesian kejahilan yg suami dia kena jawap esuk d akhirat. Sbb sampai dpt anak 6 suami dia x bagi faham tntang agama.

    Walau dah bercerai suami x trlepas d hdapan allah kelak.

    Nak bertudung tunggu duit bnyak? Mcm2 dalih atas dunia ni.

    ReplyDelete
  2. "...Dan jika kamu takut kemiskinan / kepapaan (kerana mentaati perintah Allah swt), mk Allah (swt) akan mencukupkan / mengkayakan kamu dr kurniaNya, jika Dia Menghendaki. Sesungguhnya Allah (swt) Maha Mengetahui lg Maha Bijaksana." 9:28.

    ReplyDelete
  3. Nak kaya kena selalu bersedekah, itu sunnah nabi..

    ReplyDelete
  4. Tak ada masaalah tak brtudung pun. Itu pakaian orang arab. Tak pakai tak kan ilang iman. Iman bukan letak atas tudung. Pakaian taqwa lebih mulia dan utama di sisi tuhan. Tak caya? bacalah Quran 1000x...maksud saya baca tu paham maksud ayat2 nya, bukan utamakan lagu dan tajwid...kalau baca nak berlagu2...bagus nanyi lagu dangdut saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah.. patut la benci sgt dgn ulamak, bicara hal aurat dgn iman pun lintang pukang.. moga diberi hidayah Allah SWT

      Delete
  5. Ni mesti komen dpd macai pkr atau ghb yg berfikiran liberal ............. apa2 pun boleh ......... peluk amoi pun ok , oktober fest pun ok .......... iman tek terjejas semuanya atas niat ! ......... ptui !

    ReplyDelete

  6. "Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".(Al-A'raaf 7:16-17)

    Di dalam ayat ini Allah Ta’ala mengisahkan tentang Iblis yang bersumpah untuk menyesatkan manusia dari jalan yang lurus sekuat tenaga dengan berbagai cara dan dari segala arah dengan berbagai taktik dan strategi. Sesungguhnya manusia yang mengingkari perintah Allah dan rasulNya adalah manusia yang telah ditipu oleh Iblis dan syaitan.

    Rambut adalah aurat wanita:

    Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran. Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.

    Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).(Al-A'raaf 7:26)

    Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar.

    "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Al-Ahzaab 33:59)

    ReplyDelete


  7. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya: Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka buat untuk memukul orang (maksudnya pemerintah yang kejam). Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol (bukhtun) unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat terhidu sejauh perjalanan sekian dan sekian.

    ReplyDelete
  8. Semasa hidup mulut wanita yang mengingkari perintah Allah dan rasulNya bebas bercakap: "Tak ada masaalah tak bertudung pun. Itu pakaian orang arab" atau "saya tidak tutup aurat sebab kerjaya , kewangan,status ,belum sampai masanya lagi, masa belum sesuai dll" atau "bila saya tua keriput nanti, saya tutuplah aurat saya" dll. Manusia yang hidup bebas mencipta pelbagai alasan karut untuk mengingkari perintah Allah dan rasulNya. Hakikatnya ialah mulut mereka yang sombong dan bongkak itu kaku dan tidak mampu berkata-berkata apabila mereka mati. Alasan-alasan bodoh dan karut itu sudah pasti ditolak dalam mahkamah Allah.

    Jika mereka mati dalam keingkaran terhadap Allah dan rasulNya, gelaplah masa depan mereka. Apabila mereka mati, mereka dikafankan di mana aurat mereka ditutup oleh orang lain. Adakah memakai kain kafan itu boleh menghapuskan semua dosa mendedahkan aurat mereka dari baligh hingga hari kematiannya? Itulah wanita yang bodoh yang telah ditipu iblis dan syaitan.

    ReplyDelete
  9. I nak ambik jadi isteri boleh tak?
    Amalina..boleh jawap?

    ReplyDelete
  10. PEMBETULAN KOMEN September 17, 2015 at 7:08 PM

    [Quote] Rambut adalah aurat wanita:

    Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)[Unquote]
    Hadis ini dikatakan hadis palsu. Sila rujuk https://ms-my.facebook.com/DrMAZA/posts/10152875484722990

    RAMBUT ADALAH AURAT WANITA:
    Hampir keseluruhan fuqaha menyatakan rambut aurat adalah berdasar kesimpulan yang mereka fahami dari ayat al-Quran Surah an-Nur ayat 31:

    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(An-Nuur 24:31)

    ReplyDelete
  11. xper xnak tudung (hudud)...masalah sosio ekonomi perlu diutamakan...nanti bila dah kaya (putrajaya) baru kita usahakan utk melaksanakan pemakaian tudung (hudud)...lagipun kita mesti menjaga hati pengundi2 bkn islam...dan kita memerlukan undi2 mereka...jgn kita takutkan...kita bertahaluf dgn mereka jd kita perlu berbincang dulu dgn rakan tahaluf kita

    ReplyDelete
  12. tambahan pulak ayat bertudung ni 2-3 jer dlm quran...x byk...lebih byk ayat quran tuk isu2 yg lebih utama

    ReplyDelete