JOM KREATIF
Islamophobia di Amerika Syarikat sangat menjadi-jadi. Seorang remaja Muslim ditangkap di sekolah dan diseret oleh polis dengan tangan digari, hanya kerana dia membuat sebuah jam dinding!
Foto Ahmed Mohamed, 14, memakai t-shirt bergambar logo NASA sedang berdiri dengan tangan bergari di belakang sementara seorang polis mengawasinya, beredar luas di internet. (gambar bawah kiri)
Gambar itu di-semula ribuan kali sehingga #IStandWithAhmed manjadi top trending hashtag di Twitter.
Mohamed menceritakan kepada The Dallas Morning News bahawa dia hanya berusaha membuat guru-gurunya terkesan, ketika membawa jam dinding buatannya ke Sekolah Menengah Atas MacArthur hari Isnin (14/9/2015), lapor AFP hari Rabu (16/9/2015).
"Hobi saya mencari sesuatu," kata Mohamed dalam sebuah video yang dimuat naik di laman web akhbar tersebut, yang dirakam di dalam bilik remaja itu yang dipenuhi pernak-pernik elektronik.
"Saya membuat sebuah jam dinding. Sangat mudah sekali. Saya ingin menunjukkan sesuat yang kecil dulu ... tetapi mereka menganggapnya salah, jadi saya ditangkap kerana sebuah bom palsu, "kata Mohamed.
Remaja itu, yang menyukai kelab robotik ketika di sekolah menengah permulaan dan berharap dapat mencari hal sama di sekolah menengah atas, berkata dia tidak mendapatkan tanggapan seperti yang diharapkannya ketika menunjukkan jam dinding itu kepada guru eletronika.
"Dia hanya bersikap seperti, 'O itu bagus sekali'," cerita Mohamed. Guru itu, kata Mohamed, kemudian berkata, "'Saya cadangkan kamu tidak menunjukkannya kepada guru-guru yang lain'."
Namun, penggerak berbunyi saat pelajaran Bahasa Inggeris. Guru mengatakan kepada Mohamed bahawa jam dinding itu kelihatan seperti bom lalu dia menyitanya.
Sekolah memanggil polis dan Mohamed pun ditahan dengan tangan bergari. Remaja Muslim itu dituduh berusaha menakut-nakutkan orang dengan alat ciptaannya. Remaja yang tinggal di Irving, pinggir bandar Dallas itu, berkata polis tidak membenarnya memanggil kedua ibu bapanya semasa soal siasat dalam waktu yang sangat lama.
Selepas dibebaskan, Mohamed dilarang datang ke sekolah selama 3 hari. Hari Rabu (14/9/2015) pihak polis mengatakan bahawa Mohamed tidak mempunyai maksud-maksud berbahaya.
"Kami tidak akan melanjutinya lebih jauh," kata Ketua Polis Irving Larry Bond kepada para wartawan seperti dikutip AFP.
Bond bertegas mengatakan bahawa latar belakang etnik Mohamed tidak ada kaitan dengan sikap polis dalam menangani masalah itu.
"Reaksi kami bagaimana pun akan sama. Itu adalah sebuah alat yang mencurigakan, "kata Bond berdalih.
Ketua Polis Irving itu juga bertegas mengatakan bahawa pegawai mempunyai hak untuk menggari Mohamed dan membawanya ke rumah tahanan kanak-kanak, guna ditanya kelak.
Semua tahanan yang digari untuk keselamatan mereka, kata Bond, seraya menambah, ada saja tahanan yang melarikan diri dari kereta polis. Seorang jurucakap sekolah daerah juga mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil Sekolah Menengah MacArthur, dengan mengatakan kepada wartawan bahawa jika orang-orang melihat sepeti apa jam dinding perhimpunan itu, maka mereka akan memahami keadaannya.
"Kami melakukan semuanya dengan penuh kehati-hatian," ujarnya.
Council on American-Islamic Relations (CAIR), organisasi Muslim terkemuka di Amerika Syarikat, mengesyaki ada komplot politik di balik peristiwa itu terhadap warga Muslim khususnya di kawasan tersebut.
Sebelum ini, Datuk Bandar Irving Beth Van Duyne pernah menuduh bahawa warga Muslim merancang untuk melaksanakan undang-undang syariah di Amerika Syarikat. (IH)
Ikuti sebelumnya, apakata Presiden Obama..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
1 comment:
Di malaysiapun org takut islam juga pak.org melayupun tak suka dengar perkataan hudud.apa kena dgn logo parti geng mat sabu tu.itu la nak cepat sj semua nak langar logopun nak ciplak.memalukan sj.awal awal lg dah kantoi.mereka ni buat imej islam sbb nak curi ahli pas.dengki punya org.kalau mmg iklas buat aje la parti kebajikan.kebajikanpun islam juga.ini sj nak mengelirukan org.
Post a Comment