Saturday, September 12, 2015

Lebih Baik Masuk PKR. -Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Lebih baik masuk PKR dari GHB (Gerakan Harapan Baru) atau Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.
"Lebih baik masuk PKR dari GHB atau Amanah kerana GHB dan AMANAH umumnya hendak hancurkan PAS," katanya kepada Malaysiakini.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri hari ini mengumumkan penyertaan Kamaruddin dan Muhammad ke partinya.
Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk AMANAH.
Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.
Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.
Pemimpin AMANAH Khalid Samad turut hadir dalam sidang media itu.
AMANAH digerakkan bekas pemimpin kanan PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu Jun lalu susulan trend pengundian blok.
Ia pada mulanya dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.
Bagaimanapun, PKR kini mahukan PAS bersama dalam gabungan itu. DAP antara yang paling lantang menentangnya atas dakwaan PAS sudah tersasar daripada dasar mereka.
Perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini juga berpunca daripada perbalahan berpanjangan PAS-DAP, terutamanya dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan. (MK)

3 comments:

Anonymous said...

Hanya parti PAS yang mempunyai objektif dan matlamat yang jelas mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup orang Islam dan melaksanakan perintah Allah dan rasulNya di negara ini. Maka tidak hairanlah parti sekular dan parti kafir cuba menfitnah dan memusnahkan parti PAS. Dan terdapat orang-orang yang mengaku beragama Islam tetapi mereka bernaung di bawah pemimpin-pemimpin kafir untuk memusnahkan parti Islam PAS.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya."(Al-Maaidah 5:51-52)

Sesungguhnya orang-orang kafir tidak akan redha terhadap kamu (orang Islam) sehingga kamu mengikuti mereka:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(Al-Baqarah 2:120)

Anonymous said...

Mohon Tuan Ibnu Hasyim memadamkan (delete) semua iklan-iklan judi dalam ruang comment website tuan. Nampaknya tahi judi begitu terdesak mahu menipu orang ramai.

Terima kasih.

Vimax Canada said...

semoga sukses selalu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails