Friday, September 18, 2015

Logo Parti Amanah Negara, Macam IMAYAM Tamil Nadu, India. Ha Ha Ha..


MAKA berkatalah blog Ameno World ...

PAN (AMANAH) Patut Tukar Logo Sebelum Station TV India Saman. 

Ciplak.


Itu pandangan pertama aku. Maaf la. Bukan nak menuduh. Tapi kemon, sapa tak rasa macam tue bila membandingkan antara dua logo Imayam & PAN

Alasan PAN, persamaan itu merupakan satu kebetulan. 

Ya, boleh diterima jika parti kau ditubuhkan pada 10,20 tahun lepas. Di zaman internet takde atau kurang meluas. Di zaman budak2 tak reti nak mengoogle dan sebagainya.

Tapi jika ini alasan yang kau bagi pada zaman info di hujung jari, seriyus kau beranggapan bahawa rakyat Malaysia neh munkee-munkee belaka.

Sesiapa saja pun akan terfikir begini ;

- Yelah pimpinan PAN tatau, bukan dia yang me-reka.
- Macam mana nak buktikan si pereka tue tak google dulu sebelum reka logo?
- Betul juga kita tak boleh membuktikan si pereka logo PAN menciplak idea menerusi google.
- Tetapi terbukti pula si tv putu mayam tue dah terlebih dahulu wujud dan terlebih dahulu menggunakan logo tersebut.
- Suasana politik kat Malaysia neh bercelaru kau tahu. Bayangkan kalau ada disini yang ke sana pergi feed info ke tv putu mayam di India tue dan PAN kena saman sebab ciplak logo, tak terasa menyusahkan hidup kau semua ke?
- Aku ada baca komen dari Eddy Gordon. Dia kata zaman TPPA nanti. Buta2 je PAN boleh disaman oleh Imayam TV atas dasar hak cipta. Kita pun tatau hal akan datang. Mampu ke tak mampu ke kita menghalang Malaysia dari sign TPPA tapi takan PAN nak amek risiko macam tue pula?

Baik tukar. Malu. Persamaan tue jelas. Bukan kecik-kecik anak. Sebijik nak mampos. Kaler je berbeza. Masing2 ada tulisan kat bawah. 

Banyak di kalangan pembangkang yang terer me-reka logo. Setakat PAN nak cari, petik jari je. Aku sendiri boleh rekemen beberapa member. In fact di kalangan aktivis PAN sendiri mengenali kawan2 yang mahir dalam grafik mafik neh. Calling2 je habis citer.

Tak terasa tersindir ke? Aku baca di laman sosial.  PAN kena troll. (Di Indonesia pun ada PAN: Parti Amanat Nasional-IH.)

Parti curi lama punya. 
Ahli, kerusi curi PAS punya.
Logo curi India punya.
Kaler curi PR punya.
Mana yang originally dari AMANAH?

Bukan aku yang karang. Aku salin balik la pe yang korang kena troll. Tapi aku tak nafikan. Berguling gak aku ketawa.

Pendapat aku secara peribadi, bab warna dan reformasikan parti lama boleh diterima lagi. Bab ahli PAS keluar dan masuk PAN, itu atas dasar hak ahli2 itu sendiri. Bab pembahagian kerusi aku takmo campur. Parti2 politik neh memang semak dan suka bergaduh bagai. Itu korang punya pasal. 

Cuma bab logo maaf cakap, aku memang terasa ianya diciplak. Cakap la kebetulan ke apa ke tapi persepsi orang bukan sesuatu yang kau boleh kawal brada. 

Dan aku harap. Tolong la jangan jaja parti PAN neh ialah parti ISLAM yang baru. Seriyus KELAKAR jadinya nanti. Aku kerat leher. Betapa aku berani JAMIN. Yang korang akan buat kelakar nanti atas nama ISLAM.

Mungkin boleh adopt idelogi seperti PSM. Untuk memperjuangan kepentingan marhaen. Tak perlu ISLAM pada nama, label atau jajaan. Kita lihat dari tindakan sudah. Kalau korang rasa korang ISLAM, maka buat je la seperti mana yang ISLAM anjurkan. Buat apa beria2 nak orang faham dan mengiktirafkan korang parti ISLAM baru mengantikan PAS pada saat apa2 action pun tak buat lagi. Ah sembang. 
Kbai. 

Itu kata Ameno WorldMaaf artikel ini diangkat dari Ameno World, ni, baru nak minta izin. (IH)

7 comments:

  1. Kalau logo sama dengan IM AYAM, elok tukar nama parti jadi IM ITIK.

    ReplyDelete
  2. Sebuah parti baru mendakwa bahawa ia adalah parti Islam tetapi ciri-ciri yang terdapat pada parti baru itu berlawanan dengan ciri-ciri parti Islam:

    (1) Parti tersebut bekerjasama dengan parti kafir yang menentang hukum Allah dan memusuhi parti Islam. Bahkan parti kafir menggunakan parti ini untuk memusnahkan parti Islam. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bekerjasama dengan musuh Islam !

    (2) Seorang wanita bukan mahram telah bersandar manja pada badan pemimpin parti tersebut dalam suatu perhimpunan orang ramai. Pemimpin Islam yang tulen tidak akan membiarkan wanita bukan mahram berbuat demikian.

    Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

    لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

    Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

    (3) Parti baru itu telah menggunakan parti lain untuk wujud dan logo pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpinya tidak bersifat kreatif dan innovatif.

    (4) Presiden parti baru itu dilaporkan berkata ahli parlimen partinya sedia undi tolak Hudud (hukum Allah) ikut konsensus. Parti ini bukan parti Islam sebab parti Islam akan berusaha melaksanakan hukum Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah... aku tetap sokong parti baru ni sebab aku tahu dengan jelas di dalam PAS gerak kerjanya kini cukup jahanam.

      Delete
  3. bendera pas sama dgn bendera bangladesh? bendera pertubuhn dicambodia.macam mana ya. pas tiru bngla atau bngla tiru pas? bole terngkn sikit ?

    ReplyDelete
  4. PAS....Bangla....PAS...Jepun
    Kalau perintah Msia berbondong2 Bangla n Jepun dtg Msia kerana bendera mrk sama.....

    ReplyDelete
  5. Hai. Pasal logo pun nk kecoh. Lebih kurang sama tp tk sama. So apa masalah nye? Bendera malaysia dgn usa hampir sama. Msia ciplak usa?

    ReplyDelete