Semalam, perhimpunan ‘baju merah’ telah dijalankan bagi melawan semula Bersih 4.0. Tidak kurang hebatnya juga perhimpunan baju merah ini. Ramai juga yang berpusu-pusu membanjiri ibu kota semalam.
Namun, ada perkara yang terjadi disebalik kemeriahan perhimpunan tersebut. Difahamkan, segelintir daripada mereka yang menyertai perhimpunan merupakan orang kampung yang telah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, mangsa merupakan orang-orang tua yang dipercayai ingin ke ibu kota kerana ingin menyambut hari Malaysia. Namun, apabila tiba di Kuala Lumpur mereka diarahkan untuk memakai baju merah dan berarak mengelilingi kota tersebut.
Hmmm, anak manalah tak marah jika ibu bapanya dianiayai sedemikian rupa. Bayangkan jika mangsa merupakan ibu bapa kita, apa yang kita rasa? (OB)
3 comments:
Ini menunjukkan bertapa singkatnya pemikiran orang orang melayu kampung, masih mudah tertipu, masih tak sedar sedar.Bagi saya ini menunjukkan melayu kampung masih mudah dipergunakan Dan diambil kesempatan, berapa lama lagi may perkara ini akan terjadi, bila mereka akan sedar???
Mak cik tu satu dah tua2 ni tak yah nak sambut hari Malaysia, tengok kat tv sudah lah, kami yang muda2 ni pun tak teruja nak sambut hari malaysia. itulah orang2 melayu suka benar dengan majlis2 dan pesta2. Itulah jadinya.
Anon 6:42
Awak orang bandar, tahu pulak bukak internet, dapat info dari internet dan kawan-kawan.... bolehlah cakap.
Orang melayu kampung yang ada sumber seperti awak tentunya tak tertipu.
Bagi orang melayu kampung yang cuma ada TV1, TV2 dan TV3 (ASTRO pun tak ada) dan baca suratkhabar utama, manalah tahu tentang semua perkara yang awak tahu.
Jangan salahkan mereka..... Salahkan diri kita yang ada info tapi tidak berusaha untuk menyedarkan orang melayu kampung yang ketinggalan.
Kalau tak nak perkara ini terjadi, keluarlah dari 'kepongpong' awak tu dan lihat sendiri keadaan orang melayu kampung.
Azampatim
Post a Comment