HALAMAN HIBURAN
BARU-BARU ini pelakon Tasha Shilla mencetuskan kontroversi dengan penampilan baju 'tak cukup' kain ketika menghadiri satu majlis perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis yang diadakan di Kuala Lumpur.
Fesyennya yang mendedahkan bahagian perut, paha dan belakang badannya itu menarik perhatian salah seorang pakar agama untuk menegur perbuatan Tasha Shilla itu.
Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, selain perlu mengikut garis panduan pemakaian mengikut Islam.
Apatah lagi cara pemakaian sebegitu juga secara tidak langsung menyumbang dosa kepada mereka yang melihatnya.
"Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.
"Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.
Malah Tuan Asmawi mahu pihak-pihak agama mengambil perhatian serius terhadap fesyen artis agar tidak meniru fesyen artis-artis barat.
"Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.
"Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure," tegurnya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tegur menegur dalam Islam suatu kewajiban untuk menyelamatkan manusia. Tidak menegur pemaksiat adalah suatu bencana terhadap diri, masyarakat dan negara seluruhnya. Adanya teguran, ertinya, masih ada yang sayang. Al-hamdulillah! (IH)
Suatu pendekatan dakwah yang menarik. Perlu banyak blog-blog dakwah begini..
ReplyDeleteGambar ustazah kat atas tu tolong kaburkan... kongsi dosa. Gambar ustaz takpa cantik dah.
ReplyDeleteBenar kata pak ibn hasyim tetapi benar ke apa seperti yang ditulis dan di praktikkan oleh saudara?Rasanya kebanyakan yang ditulis hanay mengenakan kawan yang seolah2 menjadi musuh aje,Yang ternyata kerajaan menggukan cara yang haram jarang Pak hasyim kenakan ,hendaknya lagi mana ada Pak hasyim menasihati ulamk Pas yang sedikit terlanjur bahasa.Cubalah jadi penulis yang duduk di rangah masyarakat.bukan ditepi jurang.ada faham pak hasyim?
ReplyDeleteSebahagian kecil orang Melayu tidak sedar diri suka berlagak melebihi orang kulit putih Amerika dan Eropah. Rambut hitam diwarnakan dengan dye kuning dan coklat tetapi bulu kening hitam - mandi wajib sudah tentu tidak sah sebab dye , berpakaian dedah aurat seperti orang merempat sebab tidak mampu beli kain, cakap mat saleh tetapi grammar lintang pukang, minum arak berbotol-botol dan berlagak sombong dan bongkak. Bila dah mabuk, mereka berkelakuan seperti orang zaman batu.
ReplyDeleteSebenarnya, orang Amerika dan Eropah memandang rendah kepada orang-orang Asia yang tidak sedar diri ini. Mereka menggunakan istilah 'ape' untuk orang-orang yang suka meniru ini. Kita berpendidikan Amerika dan Eropah pun terkejut melihat makhluk yang tidak sedar diri ini cuba meniru dan bergaya seperti orang putih.
ape
āp/
noun: a large primate that lacks a tail, including the gorilla, chimpanzees, orangutan, and gibbons.
verb: imitate the behavior or manner of (someone or something), especially in an absurd or unthinking way.
Kita orang berpendidikan Amerika dan Eropah pun merasa kesian melihat makhluk yang lupa asal-usul ini. Jika mereka mahu meniru orang Barat, amalkan akhlak Barat yang mempunyai persamaan dengan akhlak Islam. Insaflah sebelum kamu dikafankan !
Berpakaian Tetapi Telanjang:
ReplyDeleteDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, malah tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim)
Aku sokong ustaz PPIM bg nasihat kt tasha tp aku rasa dh brapa kali dia hal mcm nie. Asyik nasihat ja ..tk boleh gak .jenis artis nie tk mkn saman..cuba terus ambil tindakan gam terus dari keluar tv. Klu tk mencemarkan agama islam ja.
ReplyDeleteKepada September 11, 2015 at 11:49 AM..
ReplyDelete1. Apa maksud "Benar kata pak ibn hasyim tetapi benar ke apa seperti yang ditulis dan di praktikkan oleh saudara?" Kamu boleh buktikan tuduhan terhadap saya itu?
2. Cuba jelaskan siapa kamu, supaya kami kenal apa peranan kamu dalam menegakkan Islam dan dakwah di negara ini. Apakah kamu lebih teruk, tidak bercakap yang benar dan tidak buat apa-apa dalam menegakkan Islam?
3. Paling kurang, untuk menegakkan Islam kamu kena undi atau menyuruh oang mengundi parti yang mahu menegakkan negara Islam seperti PAS. Wajib tolak UMNO, pengkhianat agama.
Ada paham?