Saturday, September 26, 2015

Pengisytiharan Serta-merta P/Pinang Sebagai Kerajaan Pakatan Harapan?


PAS mencurigai wujud agenda tersembunyai di sebalik jemputan sidang meja bulat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan perkara itu kerana pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya sedangkan mereka mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat PKR pada 15 September lalu.

Katanya, apa yang berlaku ketika itu adalah hanya persidangan untuk membincangkan isu melibatkan kepentingan rakyat bukannya penubuhan Pakatan Harapan.

“Perjumpaan antara Pas dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu, langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.
“Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tuan Ibrahim berkata, daripada maklumat yang diperlehinya, terdapat pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan.

Malah dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan baharu ini,” soalnya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yakin keputusan Pas untuk tidak menyertai persidangan meja buat adalah tepat dan parti itu terus mara ke hadapan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

“Pada waktu ini, Pas sebagai parti pembangkang terbesar, tidak akan terlibat dalam Pakatan Harapan kerana Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan juga Parti Pekerja @ Amanah,” katanya.

FACEBOOK Dato’ Tuan Ibrahim

No comments:

Post a Comment