HALAMAN HIBURAN
Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam. Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.
Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .
Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi "antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah"
Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010. Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata
"Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah" (IH)
Vide0:
Janet Jackson Converts to Islam
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-104: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2)
1 comment:
Apa buat citer basi ni... Depa dah berkahwin 2012 lagi.. Dah lama Jenet Jackson pelok Islam dah. Doakan dia memelok Islam dgn ikhlas bukan setakat menyelam aja utk dpt kawin dgn jutawan dan kita doakan perkahwinan mereka kekal hingga akhirat sbab Janet tu tua 9th dari Wesam. Mana tau jutawan selalu dikelilingi pompuan cantik. Takut nanti cinta pd Janet pudar bila selera berubah pd yg muda dan lebih cantik. Diharap tidak macam Jemaima Goldsmith kawin dgn Imran Khan peluk Islam, bercerai Islamnya pun diceraikan. Kita doakan Janet tidak begitu.
Post a Comment