Tuesday, September 08, 2015

Penyanyi Pernah Ditngkap Rejim Suharto, Semasa Jokowi Penjilat?


HALAMAN HIBURAN
Pada 3 September lalu maka genaplah 54 tahun usia pemuzik legenda Indonesia, Iwan Fals. Seperti biasa pelbagai ucapan, hadiah dan doa yang baik-baik diterimanya daripada peminat serta rakan.
Majlis meraikan tarikh itu juga diadakan khusus untuk Iwan Fals dalam suasana sederhana tetapi tetap indah buatnya. Melalui akaun Twitter, penyanyi itu menyataka rasa syukur kerana dihargai ramai. Kesempatan itu juga Iwan Fals mengungkapkan hasratnya sempena hari istimewa itu.
"Terima kasih, semoga menjadikan Indonesia yang teduh dan damai demi esok yang gilang gemilang. Terima kasih," tulis Iwan Fals.
Iwan lahir dan asalnya diberi nama Virgiawan Listanto dan anak pasangan Harsoyo (seorang tentera) dan Lies Suudijah. Ketika baru berusia 13 tahun Iwan menjadi pengamen (pemuzik jalanan) dan sesekali diundang menyanyi di majlis perkahwinan atau keraian lain.
Selepas menamatkan pengajian sekolah menengah di Bandung, Iwan Fals melanjutkan pembelajaran di Sekolah Tinggi Publisistik sebelum menyertai Jakarta Arts Institute. Majalah Time menyenaraikan Iwan Fals sebagai salah seorang Wira Terhebat Asia pada 2002.

Karya Iwan Fals dianggap berani kerana membawa pelbagai tema isu sosial sambil menyampaikan kritikan pedas terhadap pemerintah. Dia sempat ditangkap pihak berkuasa di bawah rejim Suharto.
Tetapi semasa pemerintah Presiden Jokowi, dia pernah dianggap penjilat. Sejak dilantik sebagai duta desa oleh Kementerian Desa Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi, pemuzik senior Iwan Fals kerap mendapat kritikan dan disebut mula lembut. Meski begitu, Iwan mengaku tidak keberatan jika dirinya banyak dipersalahkan.
"Masak saya gak boleh nyalahin negara lain, kamu nyalahin saya aja boleh kok dan dianggap gak peduli dengan harga-harga yang naik, munafik, menyanyi dan menari di atas penderitaan orang lain. Masak sih?" tulis Iwan melalui akaun Twitter peribadinya, Khamis (23/4).
Pelantun 'Bento' tersebut berkata, walaupun ada orang yang menudingnya sebagai penjilat Presiden Joko Widodo. Ayah dari Raya Rambu Rabbani ini tersinggung dengan tuduhan tersebut.
"Lalu dianggap penjilat, sudah minum air kumbahan kaki Jokowi, demi wang dan konsert 4 juta katanya. Hm TERLALU, sakitnya tuh."
Mendapat serangan bertubi-tubi, Iwan mengaku sempat ingin menangis. Namun setelah melihat uban yang tumbuh di kepala, dia lalu mengurungkannya. 
"hehe sbenernya saya mau nangis lo, cuma gak enak sama uban, ntar dibilang cengeng lagi, wah wibawa jatoh dong," tulisnya. (IH)
Video: 

Iwan Fals- Bento (Lirik) HQ.
Apakah tafsirannya 'Bini Suharto'?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails