Monday, September 07, 2015

Premis Judi Ekor Haram Disudut Negara Diserbu, Haram Disudut Agama Tidak.

ANGGOTA STAGG menyoal siasat salah seorang ejen judi ekor haram yang ditahan dalam satu operasi besar-besaran membanteras kegiatan berkenaan di Negeri Sembilan semalam.

SEREMBAN – Sebanyak 26 buah premis ejen judi ekor haram di empat buah daerah di negeri ini dan Melaka digempur Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman dalam operasi besar-besaran sejak kelmarin.
Operasi secara serentak bermula pada pukul 4.15 petang itu membawa kepada penahanan 34 orang disyaki ejen yang terdiri daripada 24 lelaki tempatan dan 10 wanita.
Mereka yang berusia 23 hingga 53 tahun yang ditahan itu dipercayai penulis judi ekor haram, namun tiada tangkapan dibuat membabitkan pembeli.
Seramai 146 anggota dan pegawai STAGG Bukit Aman terlibat dalam operasi tersebut.
Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, premis yang diserbu itu melibatkan kedai menjual telefon bimbit, kedai runcit dan kedai kopi di sekitar Tampin, Port Dickson, Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan serta Alor Gajah di Melaka.
“Siasatan awal mendapati kegiatan judi itu didalangi oleh ejen dan subejen yang terlibat secara langsung dengan penganjur judi di daerah berkenaan.
“Mengikut risikan STAGG, mereka (suspek) dipercayai menjalankan aktiviti haram tersebut sejak enam bulan lalu dan dilakukan secara terbuka," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. (Kosmo!)
Ini ajen ekor haram di sudut agama tetapi halal di sudut negara. Inilah negara umatt Islam Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails